Setelah melakukan persiapan, aku akan bertolak ke Jepun pada pukul 10 pagi. Sebelum aku bertolak aku telah menghantar anak-anak aku ke rumah Sungyoon. Aku benar-benar tidak ingin menyusahkannya namun aku sudah termasuk ke dalam masalahnya dan menjadikannya masalah aku.
"Maafkan eomma kerana harus meninggalkan kalian selama 1 minggu," merapikan baju Joochan
"Yang penting mama balik dengan selamat okay," kata Jeahyun yang di samping Youngtaek.
"Baiklah. Selama kalian tinggal dengan Sungyoon samcheon, jangan sampai menyusahkan dia okay, kalau ada apa-apa tanya saja samcheon,"
"Ummm, bye-bye mama," ucap mereka berempat sebelum masuk ke sekolah. Bomin sudah aku daftarkan persekolahannya kerana tadikanya Bomin hanya bersebelahan dengan sekolah rendah abang-abangnya.
"Hati-hati dalam perjalanan ya," pesan Sungyoon.
"Terima kasih,"
"Kau bertolak jam berapa?"
"10, tapi aku kena jumpa keluarga dia dulu,"
"Untuk apa?"
"Aku pun tak tau untuk apa, minggu lepas suruh aku ke sana tapi kata tak jadi lepas tu suruh datang sebelum bertolak ke Jepun,"
"Apa kau akan melawat tempat itu?"
"Mungkin,"
.
.
.
.
"Selamat bercuti ya sayang," ucap mama
"Kalau dah sampai, bagi tau papa," pesan papa
"Baiklah, kami pergi dulu," pandu keretanya keluar dari pekarangan rumah orang tuanya
Hayra yang berada di samping aku sedang sibuk dengan telefonnya, aku tidak tahu apa yang sedang dia tengokkan tapi jika dilihat dari wajahnya yang kadang-kadang kelihatan kehairanan lalu sedih membuat aku yang di sebelahnya terasa menakutkan kerana keperibadiannya yang pelik
"Kau tengok apa?"
"Berita,"
"Lah, aku ingatkan apa tadi. Kenapa kena buat riak muka macam tu,"
"Berita tentang kejadian kebakaran 7 tahun yang lalu,"
"Kenapa kau baca berita seperti itu? Apalagi kejadiannya sudah 7 tahun,"
Dia menghela nafas perlahan lalu bersandar selepas menutup telefonnya,
"Saja, lagipun aku rasa tidak salah jika membacanya walaupun sudah 7 tahun,"
"Ya memang tidak salah cuma pelik, kenapa tidak membaca berita terkini sahaja?"
"Apakah kau seorang yang banyak cakap?"
"Huh? Maksud kau?"
"Apa kata kau fokus dekat depan daripada nanti kita mengalami kemalangan sebab kau asyik bersembang dengan aku," melihat telefonnya semula
Aku hanya tersenyum paksa lalu melihat ke hadapan semula, kini aku berfikir apakah aku memilih jalan yang betul?
"Selamat pagi tuan Daeyeol dan puan Hayra,"
"Selamat pagi," ucap kami lalu mengikuti nya
"Apakah kau yang memilih tempat ini?" tanya Hayra
"Tidak, mama yang pilih sebab ini memang hotel kesukaan mama di kawasan Kyoto,"
"Cantik," sambil melihat pemandangan
"Ini bilik tuan dan puan,"
"Tunggu, apakah kami harus berkongsi satu bilik?" tanya Hayra dalam bahasa jepun
YOU ARE READING
My Life
FanfictionKisah tentang seorang wanita yang keliru dengan pilihan yang telah dia pilih.