Change?

11 1 0
                                    

Aku bagaikan lipas kudung memasuki area pejabat setelah memparkingkan kereta.

Tersisa 10 minit sebelum mesyuarat dimulakan, semua ini gara-gara aku boleh tertidur bila sedang menyediakan bahan untuk ditunjukkan nanti, untunglah aku sudah sediakan payung sebelum hujan untuk menghadiri mesyuarat yang tiba-tiba seperti ini.

Aku melabuhkan punggungku bila sudah masuk ke bilik meeting itu dan sahabat kerja aku yang kebetulan duduk di sebelahku mengetawakanku

"Puas kau ketawa ya, Yein"

"Maaf, maaf,"

Mesyuarat berjalan dengan lancar seperti aku bayangkan, semua setuju dengan cadangan aku dan aku lega terhadap keputusan itu serta melihat jam yang sudah menunjukkan jam 10 malam.

Aku perlu cepat mengambil Jeahyun pulang, kesian kepada Sungyoon yang harus menjaganya bila sudah habis kerja.

Namun itu hanya anganku untuk balik awal, aku telah dipanggil oleh atasan aku ataupun ceo syarikat ini untuk pertama kalinya.

Aku masuk setelah mengetuk pintu itu dan melihatnya sedang melihat sebuah fail yang tidak aku ketahui apa isinya, apakah dia tidak berpuas hati dengan proposal aku dan membuang aku atau turun jawatan? Ohh tolonglah, aku sudah berbakti dengan nya sudah lama.

Aku hanya memerhatikan gerak-gerinya sebelum aku sudah mula lelah dengan itu.

"Mulai esok, kau jadi PA aku,"

"Hah!"

"Mulai esok atau lusa kau jadi PA aku," katanya sekali lagi dengan menekan ayat PA

Aku memandangnya pelik. "Kenapa tiba-tiba?"

"Memandangkan jawatan kau sekarang sebagai head manager, apa salahnya aku naikkan pangkat kau jadi PA aku,"

"Saya baru 2 bulan lepas di naikkan pangkat,"

"Aku tak kesah. Yang aku tahu lusa kau kena pindah masuk pejabat aku. Tiada penolakan. Silakan keluar dari bilik aku sekarang,"

Perlahan-lahan aku keluar dari biliknya dan duduk di tempat aku sambil berfikir "Kenapa aku? Haih, menjauh lagi aku dengan Yein,"

"Omoo, dah jam 11. Mesti Jeahyunie menunggu lama." Bergegas aku menyambar kunci kereta dan berlari menekan lift. Dan ada si boss dalam lift, tanpa memikirkan apa-apa aku hanya masuk, takkan nak tunggu kot dan berharap lift itu cepat sampai ke tempat parking.

Tiba-tiba telefonku berbunyi dan tertulis nama Sungyoon di situ, aku menghela nafas berat sebelum mengangkat telefon itu tanpa menghiraukan tatapan pelik dari si boss

"Yeoboseyo,"

"Hayra, kau masih lama?"

"Maaf, aku baru selesai. Aku akan segera menjemputnya nanti,"

"Tak payahlah, baik kau terus balik berehat dan jemput dia esok. Sebab dia dah tidur dan kau perlukan rehat yang cukup,"

"Maaf telah menyusahkan mu Yoonie, aku akan menjemputnya esok petang, mungkin"

"Tengoklah tu, ada pula kata mungkin. Sudahlah aku masuk tidur dulu byee take care hoo,"

"Nee, you too" menutup telefon dan keluar lift bila sudah sampai dan memasuki kereta selepas itu aku terus menekan minyak keluar dari area pejabat.

Tiba-tiba bayangan seseorang melintas "Tadi aku masuk lift dengan bosskan? Lantaklah, lebih baik aku cepat sampai rumah, mandi dan tidur"

Namun Hayra tidak melakukannya, sesampai saja dirumah, dia terus menghempaskan badannya di katil tanpa membersihkan dirinya kerana mengantuk dan penat menyelubunginya.

My LifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang