Hari Sabtu yang di katakan oleh Sungyoon akhirnya tiba dan kini aku berada di depan tempat ini lagi, tempat yang menemani aku bila orang tua aku meninggal kerana kemalangan dan bagaimana persahabatan aku dan Sungyoon terjalin.
Rumah anak yatim yang menemani aku selama 4 tahun sebelum akhirnya ada seseorang lelaki mengambil aku dan dia yang menghancurkan duniaku, dunia yang seharusnya indah namun menjadi gelap bila dia masuk ke duniaku.
Dengan melihat betapa bahagianya Jeahyun bermain dengan mereka membuat aku tersenyum terus dan ternyata Youngtaek juga tinggal di sini. Seketika itu, aku melihat ada dua orang adik-beradik sedang di buli.
Aku menegur mereka malah melarikan diri masuk ke dalam rumah,
"Apakah kalian baik-baik sahaja?"
Mengangguk
"Adik mu masih kecil, kenapa kamu membawanya keluar?"
"Sebab bominie nak mama, dia selalu menangis di sini, itu yang Chanie bawa dia ke sini,"
"Nama kamu Chan? Dan dia bomin?"
"Hong Joochan dan Hong Bomin," jawab seseorang dan membuat mereka ke pelukkannya
"Okaa-san," panggilku
Dia memelukku erat dan terlihat air matanya akan mengalir turun, dengan segeranya aku mengelap air mata itu agar tidak jatuh ke mukanya,
"Hayra rindu okaa-san, sangat. Maafkan Hayra sebab tak dapat datang ke sini walaupun Hayra dah bebas dari dia,"
"Tidak sayang, maafkan kaa-san sebab biarkan kamu diambil dia, kalau saja..."
"Shuuu... semua dah berlalu, sekarang Hayra dah selamat dan ada di depan kaa-san,"
Dia tersenyum lalu memeluk aku lagi begitu juga aku yang melepaskan rindu dan terdengar suara Jeahyun memanggil aku
"Eomma, boleh Jeahyun minta sesuatu?""Hurm? Apa yang kamu ingatkan sweetheart?"
Dia menarik tanganku agar mendapat sedikit ruang untuk berbicara dengannya, "Jeahyun nak adik baru,". Aku terkejut dengan penyataannya dan bertanya kenapa tiba-tiba dia meminta begitu. "Jeahyun bosan sebab Jeahyun selalu main sendiri tak ada kawan,"
Aku memeluknya kerana mengapa aku tidak perasan akan hal itu, kenapa aku tidak peka yang dia keseorangan selama ini.
"Dan Jeahyun nak Youngtaek jadi adik Jeahyun,""Huh? Okay, i know want you mean now. Are you okay if i add more?"
Mengangguk
"Thanks sweetheart,"
"No, is me to say it. I know you busy with your work but you always take care of me,"
"Don't mention about it darling, walau apa pun yang terjadi kamu tetap anak eomma, tanggungjawab eomma"
"Ummm, I love eomma so much. So when you will take them?"
"Today? And can you help me?"
"Sure,"
"Actually now Yein noona sedang sedih dan eomma ada hal malam nanti, eomma tak dapat temankan dia. Boleh Jeahyun gembirakan dia?"
"With my new family? Of course i will,"
"Thank you my little lovely," memeluk Jeahyun erat
Setelah itu aku pun menguruskan semua fail yang berurusan dengan mereka dan aku layak mengambil mereka menjadi anak aku.
Jeahyun kelihatan gembira bila dapat bermain dengan Youngtaek tapi tidak dengan Joochan dan Bomin kerana mereka masih baru.
Ternyata mereka dari keluarga penjenayah. Orang tua mereka dipenjarakan kerana kesalahan telah membunuh dan Joochan masih berumur 8 tahun manakala Bomin 4 tahun. Aku merasa simpati dengan nasib mereka dan berharap mereka dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain.
..
.
.
.
"Okay, kita dah sampai,"
"Apakah ini rumah baru kami?" tanya Joochan
"Bukan, ini rumah Yein noona," jawab Jeahyun
"Eomma akan ambil kamu semua esok pagi sebab malam ni eomma ada urusan, jadi sekarang Jeahyun sebagai hyung kena jaga adik-adik ya," pesanku sambil mengacak rambut Jeahyun
"Siap dilaksanakan,"
"Kajja, eomma bawa kamu semua jumpa Yein noona,"
Aku mendukung Bomin manakala tangan aku memimpin tangan Jeahyun dan dia memimpin Youngtaek manakala Youngtaek memimpin Joochan.
Aku membawa mereka berjumpa Yein yang mungkin dalam keadaan yang tak terurus sedikit.
"Apakah mereka anak kau?" Menunjuk ke arah Youngtaek, Joochan dan Bomin
"Yup, dan tolong jagakan mereka sampai esok. Aku ada hal malam ni,"
"Wahh, kenapa tak bagitau awal-awal?" Lari masuk ke bilik dan dapat aku dengar yang dia sedang membersihkan diri
Aku memandang mereka satu persatu lalu meminta mereka mencium ku di pipi sebagai tanda perpisahan, Jeahyun yang memang selalu aku ajar begitu menuju ke depan dan mencium aku, mereka masih ragu-ragu dan bergerak perlahan-lahan menciumku dan aku membalas seperti aku lakukan pada Jeahyun. Selepas itu keluarlah Yein yang sudah selesai mandi dan mulai mengemas rumahnya yang berselerak.
"Noona biar kami bantu," kata Jeahyun
"Kami pun," kata mereka serentak kecuali Bomin yang aku letak di atas sofa dan menolong Yein mengemas rumah
"Aigooo, maafkan noona yang jadikan kamu pembantu disini,"
Mereka menggeleng dan sambung mengemas.
Yein menghela nafas lalu memandang aku "Thanks Hayra nee-chan,"Aku ketawa kerana ini pertama kalinya dia memanggil aku kakak setelah kenal selama 8 tahun.
Yein memancungkan bibirnya kerana geram dan mengabaikan aku lalu bergabung dengan anak-anak aku.
"Eomma pergi dulu yaa,"
"Neee, hati-hati"
..
.
.
.
Setelah selesai bersiap dengan memakai gaun yang dia belikan hari tu, aku menunggunya di depan apartmentku yang bakal ku tinggalkan mulai esok, kerana aku sudah membeli rumah dua tingkat yang berada tidak jauh dengan sekolah mereka dan pejabat.
Aku bersyukur kerana dapat membeli rumah itu dengan titik peluh yang aku usahakan dari bawah bersama Jeahyun dan kini keluarga ku semakin ramai dengan kehadiran 3 orang baru yang bakal aku didik dengan penuh kasih sayang dan sama rata semestinya.
Akan aku jadikan ini sebagai sebuah pengajaran menjadi seorang ibu yang baik untuk mereka dan tidak salah aku meminta sebuah kereta yang akan memuatkan mereka semua.
💮My life💮
TBC
YOU ARE READING
My Life
FanfictionKisah tentang seorang wanita yang keliru dengan pilihan yang telah dia pilih.