❝ Just as I was about to take my shoes off, on the rooftop there I see, ❞
❝ A girl with braided hair here before me, despite myself, I go and scream, ❞
❝ Hey, don't do it please! ❞
━━━━❪ 🍂 ❫━━━━
Tap tap tap
Kaki aku menaiki satu per satu tangga dengan langkah yang lemah. Aku pasti yang wajah aku kelihatan kosong dan muram. Seperti biasa.
Tak ada beza pun. Tu jelah apa yang aku rasa selama aku berada di permukaan bumi.
Bosan betul hidup ni.
Apabila aku tiba di hadapan sebuah pintu lalu tanganku mencapai pemegang pintu tersebut untuk membukanya.
Bumbung.
Itulah kawasan yang aku telah tiba sekarang ni.
"..."
Aku baru sahaja ingin membuka kasut sekolah milik aku namun satu figura menangkap perhatianku.
Seorang remaja lelaki yang kelihatan lebih muda dari aku sedang meletakkan tangannya di atas palang. Rambut hitam berkilat belah kirinya diikat jalinan dengan kemas.
Pakaiannya hanyalah sehelai baju kemeja sekolah yang berwarna putih, panjang lengannya hanya pada paras siku manakala seluar yang dipakainya adalah berwarna hitam.
Blazer tidak berlengan juga dipadankan tapi aku rasa itu bukan blazer rasmi dari sekolah sebab agak..menonjol.
Iris matanya yang berwarna kuning seperti matahari berkaca seolah-olah sedang menahan dari tangisan jatuh.
Sepasang kasut yang aku percayai adalah milik remaja tersebut berada di tepinya.
Perlahan-lahan remaja itu mahu menaiki untuk melepasi palang itu.
"...!"
Huh?
Kenapa?
Kenapa aku rasa sesuatu yang aku tak pernah rasa sebelum ni?
Kaki aku bergerak dengan sendiri dan berlari ke arah remaja itu. Tangan aku diangkat untuk menariknya.
Semuanya di luar kawalan diri aku. Mulut aku terbuka dan satu ayat keluar darinya.
"Hei! Berhenti!"
❪ Chapter 1 : End ❫
vote , comment and add to your library + reading list for more updates !
; dua boboiboy muncul dalam chapter ni . cuba korang teka siapa ? ;)
©latteracha
YOU ARE READING
MY R | BOBOIBOY GEMPA
Fanfiction❪ 𝗠𝗬 𝗥: BOBOIBOY GEMPA ❫ aku mendengar kisah mereka, aku buat mereka berpatah balik。 namun tiada sesiapa akan lakukan perkara yang sama untuk aku。 ❛ inilah penamat untuk kisah hidup aku ❜ bunuh diri 。itu sahaja yang bermain di dalam fikirannya 。n...