❝ Aah what to do? ❞
❝ I can't stop this girl, oh this is new. For once I think I've bitten off more than I can chew ❞
❝ But even so please just go away so I can't see. Your pitiful expression is just too much for me! ❞
❝ I guess today is just not my day ❞
❝ She looked away from me and then she disappeared ❞
━━━━❪ 🍂 ❫━━━━
Dia hanya menatap aku dengan lama sebelum mengalihkan pandangannya semula ke hadapan.
"Kenapa aku perlu berhenti? Perlu ke aku teruskan semua ni? Apa sebenarnya tujuan aku hidup dalam dunia ni? Untuk puaskan hati masyarakat?" Soalnya berkali-kali.
"Cuba bagitahu aku, apa function orang macam aku ni masih hidup sedangkan aku tak beri apa-apa sumbangan," Kali ini, dia memandang aku.
Aku hanya mendiamkan diri. Tapak tangan aku digenggam kuat sebab aku tahu yang aku tak boleh nak nafikan semua yang dia kata tadi.
Sebab selama ni, aku pun fikir macam tu.
'Ah, apa yang patut aku buat?' Guman aku dalam hati.
Aku tak boleh nak hentikan dia, benda ni perkara baru untuk aku handle. Perkara yang aku juga alami. Aku tak tahu apa yang dah jadi pada aku.
Aku jatuh terduduk dengan perasaan yang bingung dan celaru. Fikiran aku kusut dengan pelbagai imej yang ditayangkan.
Air mata mula bertangkung, menunggu masa sahaja untuk jatuh. Fikiran aku memikirkan memori yang aku harap boleh dipadamkan dari minda aku.
Setiap kali orang yang berbeza, setiap kali alasan yang berbeza dan setiap kali itulah aku dapat buat dorang berpatah balik. Tapi kali ni.
Aku tak tahu apa yang patut aku buat.
Buat kali pertamanya, aku rasa selama ni aku yang makan hati aku sendiri. Aku bantu orang lain tapi aku tak pernah nak bantu diri sendiri.
Dan bila tiba orang yang sama seperti aku, aku dah tak mampu nak buat apa-apa untuk dia.
"W-Walaupun macam tu... Tolonglah pergi d-dari sini,"
"S-Supaya aku tak perlu tengok. W-wajah kau buat aku rasa macam nak m-mati,"
Aku tersenyum senget dan keningku dikerutkan. Satu per satu air mata aku jatuh mengalir pada pipi aku.
Setiap hari, aku melihat wajah seperti wajah dia.
Sedih, muram, kosong, tiada harapan tetapi masih berharap yang seseorang akan datang dan selamatkan dirinya. Aku faham. Sangat faham.
Matanya membulat sedikit sebelum kembali redup.
"Rasanya hari ni bukan hari untuk aku," tuturnya perlahan tetapi cukup untuk aku dengar.
Dia mula melangkah dan melepasi aku namun berhenti secara tiba-tiba.
"By the way, nama aku Taufan. Taufan Alvert O'Ryuzen and-"
"-kau pun sama. Jangan lakukan apa yang kau berniat selama ni. Aku tahu kau dan aku ada masalah yang sama dan cara penyelesaian masalah kita pun sama,"
Bagaikan angin yang bertiup, dia hilang dari pandangan aku.
Aku menggunakan belakang tapak tangan aku untuk mengelap air mata yang sudah kering pada pipiku.
"Hah..." Keluhku sambil menggigil sedikit.
Aku memandang langit yang bertukar warna, menandakan bahawa hari semakin senja.
"...Aku tak nak balik..." Bisikku perlahan.
Tapi apa yang aku boleh buat? Aku perlu juga pulang kalau tak mahu parut pada diri aku bertambah. Aku hanya mampu bangun dan melangkah berat untuk berjalan pulang ke rumah.
"Kalau dia mampu bertahan takkan aku tak mampu bertahan?"
❪ Chapter 8 : End ❫
vote , comment and add to your library + reading list for more updates !
; yeah , i kinda proud of this chapter :>
©latteracha
YOU ARE READING
MY R | BOBOIBOY GEMPA
Fanfiction❪ 𝗠𝗬 𝗥: BOBOIBOY GEMPA ❫ aku mendengar kisah mereka, aku buat mereka berpatah balik。 namun tiada sesiapa akan lakukan perkara yang sama untuk aku。 ❛ inilah penamat untuk kisah hidup aku ❜ bunuh diri 。itu sahaja yang bermain di dalam fikirannya 。n...