❝ Alright, today's the day! Or so I thought ❞
❝ Just as I took both of my shoes off. There was but a girl short as can be ❞
❝ Despite myself, I go and scream. The petite girl told me her woes ❞
❝ You've probably heard it all before. Everyone ignores me, everyone steals. I don't fit in with anyone here ❞
━━━━❪ 🍂 ❫━━━━
'Okay, hari ni adalah harinya!'
Atau itu yang aku fikirkan.
Keesokan harinya, aku datang semula ke bumbung yang aku pergi semalam selepas membuat keputusan untuk lakukan apa yang tertangguh.
Tapi, nasib aku kurang baik pada hari ni juga.
Aku baru sahaja mahu membuka kasut sekolah aku tetapi aku terlihat seorang budak lelaki yang kelihatan lebih rendah dari aku.
Dia tidak memakai pakaian sekolah seperti Solar, lelaki yang aku temui semalam.
Budak lelaki tu berpakaian sehelai hoodie berwarna hitam dan seluar jean berwarna biru tua.
Hanya itu je yang aku boleh nampak memandangkan dia sedang duduk sambil bersandar pada tiang dan bahagian belakangnya yang menghadap aku.
Pada bila-bila masa sahaja dia boleh jatuh sebab dia duduk di luar palang.
Sekali lagi.
Aku tak tahu kenapa tapi aku keluarkan kata-kata yang aku keluarkan pada Solar semalam.
"Hei! Berhenti!"
'Ah, aku akan rasa menyesal lepas ni. Kenapalah aku sibuk sangat dengan hal orang lain,' rungutku.
Bahu budak lelaki itu terjongket sedikit. Mungkin kerana suara aku yang secara tiba-tiba muncul dengan nada yang tinggi.
Dia memandang ke arah belakang dan pada waktu itulah aku mendapati bahawa iris matanya berwarna jingga kemerahan.
Aku berjalan perlahan ke arahnya dan duduk bersandar pada palang.
"Apa kau buat kat sini?" Aku menyoal dia.
"...Abang pula? Apa abang buat kat sini?" Soalnya balik padaku.
"Aku yang tanya kau dulu. Apa kau buat kat sini? Kan kau masih kecil lagi untuk buat perkara macam ni?" Soalku semula.
Budak lelaki itu membiarkan sahaja kakinya terapung di udara. Dia mengigit bibirnya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
"Mesti sebelum ni abang dah pernah dengar benda macam ni," tuturnya perlahan.
"Semua orang palau saya dan dorang rampas segalanya dari saya. Dari kawan baik hinggalah reputasi yang saya bina selama ni. Tak kira macam mana pun saya usaha, saya takkan dapat semua tu balik. Saya takkan dapat fit in lagi dalam dorang,"
Dan aku merasai perkara yang sama seperti mana apa yang aku rasai sebelum ini dan menyebabkan tangan aku dikepal kemas.
'Tch,'
❪ Chapter 4 : End ❫
vote , comment and add to your library + reading list for more updates !
; guess siapa budak lelaki tu ? :v
©latteracha
YOU ARE READING
MY R | BOBOIBOY GEMPA
Fanfiction❪ 𝗠𝗬 𝗥: BOBOIBOY GEMPA ❫ aku mendengar kisah mereka, aku buat mereka berpatah balik。 namun tiada sesiapa akan lakukan perkara yang sama untuk aku。 ❛ inilah penamat untuk kisah hidup aku ❜ bunuh diri 。itu sahaja yang bermain di dalam fikirannya 。n...