❝ Taking off my yellow cardigan ❞
❝ Watching my braids all come undone ❞
❝ This petite girl, short as can be ❞
❝ Is gonna jump now and be free ❞
━━━━❪ 🍂 ❫━━━━
Aku membuka kardigen kuning milik aku.
Mataku melihat alunan rambut yang aku buat pagi ni terbuka bersama angin yang bertiup.
Lelaki yang berketinggian rendah ni-
-akan bebas dari segalanga dengan satu lompatan saja.
Air mata mula mengalir dengan deras, mulut aku mengukir satu garisan senyuman yang sayu dan hati aku terasa berat.
Ya, aku tak nak hidup tapi dalam masa yang sama aku tak nak mati. Tapi apa yang aku mampu buat lagi? Aku dah tak boleh tahan dengan segala yang menimpa diri aku.
Aku mengaku yang aku lemah.
Dan aku juga berani mengaku yang aku bangga dengan diri aku selama ni kerana dapat bertahan. Tapi sekarang, aku dah tak mampu lagi.
Perlahan-lahan kaki aku melangkah ke hadapan dan aku memandang ke bawah. Banyak kenderaan seperti kereta dan motosikal sedang meluncur laju di atas jalan raya.
"Terima kasih...dunia..." Tuturku perlahan.
Aku membiarkan badan aku jatuh lalu menutup mataku. Air mata aku mengalir dengan deras, dibawa oleh angin.
"Aku bagitahu dorang jangan lakukan perkara bodoh tu. Tapi tak sangka aku yang lakukan akhirnya..."
Nee noo nee noo
"Ambulans belum tiba lagi ke?!"
"Semua orang bergerak ke belakang sekarang!"
"Pasang pita halangan!"
"Halang orang luar dari masuk dalam kawasan larangan!"
Telinga aku masih dapat mendengar suasana yang kecoh dan kelam-kabut. Tetapi ada satu suara yang menangkap perhatianku.
"GEMPA!"
Seorang remaja lelaki tiba-tiba berlari ke arah aku dan duduk melutut di tepi aku. Dia menangis teresak-esak melihat keadaan aku.
"Gempa! Gempa, janganlah buat aku macam ni!" Dia meletakkan kepala aku di atas pehanya.
"Kenapa? Kenapa kau tinggalkan aku sorang-sorang?! Kau janji kan yang kau nak duduk bersama aku?!" Jeritnya.
Sejuk.
Perit.
Sakit.
Pedih.
Pelbagai lagi perasaan yang aku rasakan ini hanya tuhan sahaja yang tahu.
Namun.
Bila aku mendengar dan melihat satu per satu titisan air mata yang keluar dari mata lelaki tu, aku rasa sedih dan menyesal.
Aku mahu keluarkan perkataan 'maaf'. Tapi aku tak mampu. Aku tak berdaya. Mulut aku tidak boleh dibuka. Dan baru lah aku sedar yang mulut aku sebenarnya sudah pecah beserta belakang kepala aku.
Jadi inilah pengakhiran kisah hidup aku? Mati dalam keadaan begini sambil melihat orang yang aku paling sayang menangis disebabkan kematian aku.
"Gempa! Please, please bertahan! Ambulans dah nak sampai!" Lelaki itu menepuk pipi aku seolah-olah itu dapat membantu aku untuk sedar.
"Takkan lah kau nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini?!"
Ice.
Kau tahu macam mana hidup aku sebagai seorang manusia yang bernama Gempa, ahli keluarga Chevrolet. Mata aku tak berkelip, setia memandang Ice.
Aku tak boleh putarkan masa balik. Aku tak boleh bergerak mahupun gerakkan mulut aku dan mengeluarkan suara juga.
'Maafkan aku, sahabat,'
Nama aku Gempa Chevrolet dan...
Inilah penamat untuk kisah hidup aku.
❪ Chapter 10 : End ❫
vote , comment and add to your library + reading list for more updates !
; sooooo how y'all feeling after reading this ? :b
idk why but like mesti ada yang mati dalam setiap story yang khad buat-
and idk how you guys bare with it :>
©latteracha
YOU ARE READING
MY R | BOBOIBOY GEMPA
Fanfic❪ 𝗠𝗬 𝗥: BOBOIBOY GEMPA ❫ aku mendengar kisah mereka, aku buat mereka berpatah balik。 namun tiada sesiapa akan lakukan perkara yang sama untuk aku。 ❛ inilah penamat untuk kisah hidup aku ❜ bunuh diri 。itu sahaja yang bermain di dalam fikirannya 。n...