❝ Aku mendengar kisah mereka, aku buat mereka berpatah balik. Namun tiada sesiapa akan lakukan perkara yang sama untuk aku ❞
『 My R 』
Solar De Averill
"Terima kasih kepada dia, aku belajar apa itu erti bersyukur,"Seorang pelajar sekolah menengah rendah di One Quarter Highschool. Dia mempunyai hubungan dengan salah seorang rakan sekelasnya selama tiga tahun sejak tahun pertama persekolahannya di sekolah menengah. Tetapi kekasihnya itu meninggalkan dirinya dengan alasan dia sudah naik bosan dengan Solar. Beberapa hari selepas itu, Solar boleh lihat yang bekas kekasihnya itu sudah move on dari dirinya manakala Solar masih tersekat dengan hubungan lama mereka berdua. Dia mengambil keputusan untuk hilangkan rasa sakitnya itu dengan membunuh diri namun dihalang dan diselamatkan oleh Gempa. Disebabkan apa yang dikatakan oleh Gempa, dia mula melepaskan masa silam dan berkelakuan seperti biasa semula. Malah, dia sudah berkawan dengan bekas kekasihnya.
Blaze Azarmehr
"Aku sedar yang masyarakat ni hanya terima orang yang kelihatan bagus di pandangan mereka dan orang lain. Bukannya dari kejujuran hati,"Seorang pelajar sekolah rendah atas sukan di United Olympic Primary School. Dulu dia mempunyai ramai kawan dan semua orang mempunyai kepercayaan dan harapan pada dirinya. Tetapi disebabkan cemburu, dia difitnah oleh rakan sekelas. Dia dituduh mencuri kertas ujian subjek teras sedangkan dia mendapat markah tinggi kerana meminta bantuan pembelajaran dari rakan seniornya di United Olympic Highschool, Halilintar Echo Alexander. Orang ramai mulai pandang serong padanya dan dia mula dipinggirkan malah dibuli juga. Blaze menyembunyikan perkara ini dari keluargnya kerana tidak mahu ibu dan bapanya kecewa akan dirinya dan mengambil keputusan untuk pergi hidup mereka. Tetapi sejak mendengar kata-kata Gempa, dia berubah. Dia mengumpul semua keberanian yang dia ada dan memberitahu masalahnya kepada ibu bapanya. Blaze agak terkejut kerana ibu bapanya tidak memarahi dirinya malah mereka berjanji akan menyelesaikan masalah anak mereka. Beberapa hari selepas itu, Blaze terbukti tidak bersalah dan sedikit demi sedikit orang yang salah faham dan membulinya meminta maaf pada dirinya. Murid yang menfitnah Blaze pun meminta maaf dan Blaze maafkan dia.
Taufan Alvert O'Ryuzen
"Kalau dia mampu bertahan takkan aku tak mampu bertahan?"Seorang pelajar sekolah menengah atas, sama baya dan satu sekolah dengan Gempa, Hogwarts Edison Highschool. Dia mempunyai masalah keluarga di mana dia dipaksa untuk meminati bidang akademi walaupun dia meminati bidang sukan dari kecil. Ibu bapanya akan memukul Taufan jika mereka mendapat tahu bahawa Taufan melakukan aktiviti sukan. Disebabkan itu, wajah dan tubuh badan Taufan menjadi lemah dan tidak bermaya berbanding rakan sebayanya. Tambahan lagi kerana dipukul oleh ibu bapanya. Taufan tidak cemerlang di dalam akademi dan menyebabkan dia mendapat markah tercorot di dalam bilik darjah mahupun tingkatan. Tak kira macam mana dia cuba, dia tidak faham konsep, formula dan apa-apa sahaja kaitan dengan pelajaran malah dia cepat lupa apa yang dipelajarinya. Rakan sekelasnya tidak mahu bersamanya atas alasan 'Orang bijak tak boleh bersama dengan orang bodoh'. Mahu membunuh diri tetapi dihalang oleh Gempa.
Gempa Chevrolet
"Maafkan aku, sahabat,"Seorang pelajar sekolah menengah atas di Hogwarts Edison Highschool dan berada di tahun akhir persekolannya. Dia mempunyai masalah yang hampir sama dengan Taufan Alvert O'Ryuzen, masalah keluarga dan masyarakat. Sepanjang dia di persekolahan rendah, dia mempunyai ramai kawan dan semua orang meletakkan kepercayaan dan memandang tinggi ke arahnya malah gred pelajarannya lebih bagus daripada rakan-rakan sebayanya. Dia dilantik menjadi ketua kelas apabila dia masuk ke alam persekolahan rendah atas. Namun, dia dituduh mencuri duit, barang dan juga merosakkan kelas memandangkan dia orang terakhir berada di kelas sebelum pelajar pulang ke rumah masing-masing. Berbeza daripada Solar yang di mana rakan-rakannya dan juga guru-guru memberi perhatian lebih kepada murid yang menuduh Gempa. Dia terkilan, lebih-lebih lagi yang menuduhnya ialah rakan baiknya, Thorn. Hanya Ice sahaja berada di sisinya kerana dia percaya dan yakin bahawa Gempa tidak akan lakukan perkara yang sedemikian. Berbanding dengan Blaze, kes Gempa tersebar di seluruh kawasan perumahannya. Apabila ibu bapanya mengetahui hal ini, mereka percaya bulat-bulat dan tanpa usul periksa, ayahnya memberi hukuman atas 'perbuatannya' itu. Gempa dipaksa menghadiri kelas terapi sedangkan dia baik-baik sahaja. Pakar terapi itu pula mendesak Gempa supaya Gempa memberitahu apa masalahnya kerana pada mata masyarakat, dia mempunyai masalah untuk membezakan mana yang buruk dan mana yang baik. Disebabkan itu, minda Gempa diganggu dan dia mula memikirkan bahawa dia yang melakukan jenayah di sekolahnya dahulu. Dia mula tidak mempercayai pada dirinya sendiri. Ice cuba untuk membantu tetapi hampeh. Ibu bapanya menambahkan masalahnya apabila mereka mula mendera Gempa jika Gempa melakukan kesalahan walaupun sedikit seperti tulisannya tidak kemas, baju sekolahnya tidak digosok dengan kemas dan dia lupa untuk makan pil ubat yang diberikan oleh pakar terapi. Dos yang berlebihan membuatkan mindanya bertambah rosak. Perkara ini berterusan selama bertahun-tahun sehingga Gempa mengijak ke alam remaja. Dia mahu membunuh diri tetapi dihalang oleh beberapa orang yang juga mahu membunuh diri. Namun akhirnya, dia lakukan juga.
- THE END -
thank you for readingspecial thanks for those who voting , commenting and adding this book to their reading lists !
- latte ♡
©latteracha
YOU ARE READING
MY R | BOBOIBOY GEMPA
Fanfiction❪ 𝗠𝗬 𝗥: BOBOIBOY GEMPA ❫ aku mendengar kisah mereka, aku buat mereka berpatah balik。 namun tiada sesiapa akan lakukan perkara yang sama untuk aku。 ❛ inilah penamat untuk kisah hidup aku ❜ bunuh diri 。itu sahaja yang bermain di dalam fikirannya 。n...