RUMAH 010

3.1K 275 104
                                    

Gadis itu memerlukan bantuan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gadis itu memerlukan bantuan aku. Bukannya apa. Dia mahu tahu identiti aku.

Apa lagi yang dia perlu buat untuk terima ganjaran selain mengucup bibirku sebagai taruhan?

Satu yang patut kau tahu, sayang... kemanisan bibir mu sangat buat aku menggila.

"Baiklah seperti yang dijanjikan. Aku akan cerita. Dengar sayang, kalau kau mahu ulangan, bibir aku perlu kau kucup lagi..." aku kenyitkan mata padanya.

Kini kami saling berhadapan. Aku sengetkan kepala melihat wajah polos itu menunggu aku berkata.

"Aku Jimin. Panggillah aku dengan apa sekali panggilan yang kau mahu."

Dia angguk. "Lagi? Lama kot aku c-cium kau t-tadi.."

Oh sayang...

"Sudah sangat lama aku tinggal kat sini. Orang ingat aku hantu padahal aku cuma mahu bibir mereka. Sebagai balasan aku tunaikan hajat mereka. Tapi ramai yang sombong..."

"Sehinggalah munculnya kau..." wajahku dekatkan. "Orang pertama yang benarkan bibir aku singgah pada bibir kau."

Tangan aku naik menyentuh pipinya yang gebu. Jelas wajahnya kemerahan menahan malu. Cukup buat aku tersenyum. Suka!

"Sebab itu bagi aku kau paling istimewa. Mata kau, pipi kau, dan..." jari telunjuk aku menyentuh bibirnya. "Bibir kau..."

"Paling menggoda jiwa seorang dewa rumah seperti aku, sayang..."

Aku khayal bermain dengan belahan bibirnya. Cantik. Perkara paling indah yang pernah aku jumpa sepanjang aku hidup di dunia.

"J-jimin..."

Anak mata aku naik bersabung pandang dengan Minji. Mata bundar itu... ah!

"K-kau tak nak keluar daripada rumah ni?"

Pudar senyuman aku mendengar pertanyaanya. Satu sahaja yang Minji gemar lakukan.

Hancurkan perasaan suka aku. Keningku ternaik memandangnya seraya menjauhkan wajah kami.

"Why do you ask that question?"

"I.. just wonder..."

Aku senyum senget. "Wonder huh? You wonder what my answer is? Hmm?"

Bila lihat dia angguk kepala, senyum aku makin melebar. "Boleh... but.." Belum sempat aku habiskan kenyataanku, bibir kami bertaut. Dia dan aku.

Dia mulakan dulu! Minji... kau...

Kau makin nakal!

[𝑪] Kissism [PJM]Where stories live. Discover now