RUMAH 013

2.7K 260 98
                                    

Jimin makin psycho. Hidup aku tak tenteram. Dia makin mengganas. Bibir aku tak lepas daripada jadi mangsa melepaskan kehendaknya.

Sesiapa tolong aku. Malang, rumah itu juga seperti tidak wujud. Orang ramai langsung tidak ambil tahu. Jeritlah sekuat mana pun aku, tiada siapa akan dengar.

Ibarat dalam penjara, aku jadi tawanan.

Tawanan dewa rumah tak berperikemanusiaan.

Kata-kata Jimin berlayar di minda aku. Pernah dia kata padaku, bagaimana cara dia boleh bebas daripada rumah ini.

"Aku dibela oleh tuan ku pada zaman dahulu kala. Abu mayatku disimpan di salah sebuah rumah ini, sebagai pelindung dan penunai segala hajat manusia. Hilangnya abu itu, maka hilanglah kewujudan aku. Tiada siapa yang tahu, kecuali aku, sayang.."

Aku perlu cari! Aku serik dengan seksaan jiwa yang membelenggu aku.

Segera aku lompat dari katil. Kelibat Jimin? Tak nampak langsung selepas dia 'menjamah' bibir aku dengan rakus malam semalam.

Aku berjalan. Mencari-cari. Barangkali diletakkan di dalam tembikar atau bekas menyimpan abu mayat.

Sok...sek...sok...sek..

Bunyi seperti benda berlaga. Datang daripada bawah tanah. Apakah itu? dengan perlahan aku melangkah.

Tak sangka, rumah zaman sekarang masih ada lagi bahagian bawah tanah. Aku menjengulkan wajah di bilik bawah tanah yang sangat usang dan berdebu itu.

Sesekali ada tikus berjalan melintasi di hadapan aku. Aku telan air liur.

Banyak barangan lama di situ. Ada potret ramai orang yang dibingkaikan. Seorang pun aku tak kenal.

"Aku dah ada pengganti... Dia lawa, cantik dan baik macam kau, Mong yu..."

Itu.. suara Jimin! Dia di sudut gelap sedang berdiri merenung potret lukisan seorang wanita dan ada satu bekas berwarna merah gelap di hadapan potret itu terletak di atas meja usang.

"Tapi dia tak bijak... dia nak pergi daripada aku Mong Yu... Jadi, aku tak bagi dia pergi. Aku nak dia tinggal dengan aku."

"Aku sunyi lepas kau pergi. Kenapa awal sangat, sayang kau tinggalkan aku?"

Dia sentuh potret itu dan mengucupnya. Serta-merta, figura itu lesap daripada pandangan. Cepat-cepat aku mengambil kesempatan itu untuk ke arah potret itu.

Mata aku membulat.

Ini memang kebetulan.

Wajah wanita itu...

Serupa aku yang sekarang.

[𝑪] Kissism [PJM]Where stories live. Discover now