RUMAH 011

2.9K 257 41
                                    

Aku hairan dengan tingkah laku manusia di sekeliling aku. Terutamanya kaum berjantina lelaki.

Mengapa mereka semakin menjauhkan diri daripada aku? Aku ibarat halimunan di hadapan mata mereka!

Aku pandang cermin di dalam bilik air. Tubuhku yang terdedah dilitupi tuala itu aku lihat.

Hodoh sangat ke aku? Rasanya aku masih lagi dikategorikan sebagai golongan lawa.

Aku pejam mata. Ligat otak aku berfikir, apa yang terjadi sebenarnya.

Barangkali,

Ya!

Ini semua berlaku apabila aku mula menyerahkan ciuman aku pada dewa rumah itu. Aku gelengkan kepala. Melulu menuduh bukan boleh selesaikan masalah ini.

Aku buka mata.

Terkejut sungguh aku tatkala ini.

Tubuh aku, wajah aku! Dipenuhi dengan kesan merah dan lebam! Seakan tak bemaya dan bibir aku..

Merekah, berdarah dan membiru.

MENGAPA?!

Aku perlu tahu jawapannya. Jimin! Dia mesti tahu!

Baru aku nak berpaling, tubuh aku dirangkul mesra dari tepi. Dia...

"Suka tanda yang aku beri pada kau, sayang?"

"A-apa maksudnya, Jimin???"

"Tanda merah itu. Makna kau milik aku seorang. Takkan ada sesiapa yang boleh ambil kau daripada aku."

Bibirnya melengkung manis.

"Sexy girl like you only deserve sexy man like me..."

Aku rasa mahu menangis sahaja saat ini. Hati aku berdetak laju. Dia dewa? Bagi aku Cuma syaitan! Yang rakus dan penuh dengan nafsu.

"Kau tau apa aku nakkan? Shall we?"

[𝑪] Kissism [PJM]Where stories live. Discover now