"J-jiminn..."
Dia panggung kepalanya menghadap aku. Auto, dia jilat bibirnya.
"Hmm?"
"K-kau ja-janji kan.. yang k-kau akan.. tunaikan a-apa sahaja per-permintaan a-aku?"
Jimin tersenyum. "Anything just for you Minji..."
Tubuhnya yang terdedah aku tolak menjauh daripada memelukku lagi. liur yang aku telan seakan rasa pahit yang tersangat amat.
"Permintaan aku, kau mesti tunaikan."
Jimin angguk. Aku mula menunduk.
"Tinggalkan aku. Pergi jauh dari sini. Hilangkan sumpahan yang kau cipta untuk aku, Jimin."
Sepi.
Tiada sahutan mahupun bunyi helaan nafas. Aku perlahan angkat kepala.
Jimin.... dia hilang!
Tapi ke mana?
Aku segera capai sweater hitam menutup tubuh. Segera aku jenguk ke luar. "J-jimin?"
Semudah itu sahaja dia lesap? Tak mungkin...
Pom!
Bunyi pintu dihempas kuat kedengaran. Kaki aku laju melangkah ke ruang tamu.
Alangkah terkejutnya aku saat melihat Jimin sedang bertenggek di siling dalam keadaan terbalik.
Merenung tajam ke arahku melihat matanya yang berwarna merah pekat darah! Pandangan benci!
Rebah tubuh aku ke lantai kerana terkejut teramat sangat.
"Kau tercipta untuk aku Minji. Lepaskan kau? Jangan mimpi sayang!"
Dengan gaya masih terbalik dia merangkak di siling mendekati aku yang menggigil ketakutan.
"Kalau aku tak dapat kau, Minji..."
Dia basahkan bibirnya.
"No one can replace me and be yours.." tepat dia jatuh atas aku. Senyuman ngerinya buatkan aku terus pengsan.
"YOU ARE MINE. FOREVER!"
MIN MENYAMPUK;
~Rasa cam hambar lah hmm..
YOU ARE READING
[𝑪] Kissism [PJM]
FanfictionKiss me like you need me, babygirl . Kau nak hajat kau tercapai? Mintalah apa sahaja yang kau mahukan. Dalam satu petikan jari, semua yang kau hajati akan aku beri. Bayaran? Usah kau risaukan. Aku bukan mata duitan. Aku mahukan ciuman. Lagi dalam da...