Tidur aku tak lena.
Sejujurnya aku tak boleh tidur.
Semua kerana Jeman.
Tingkahnya yang persis Jimin menjadi persoalan.
Aku mengeluh lalu menampar lembut pipiku.
Sedar Minji, Jimin dah pergi. Jimin ada dalam badan kau sekarang. Nyawa kau, ya Jimin di situ.
Mata cuba untuk ditutup.
Bunyi ketukan pintu mengganggu usaha aku untuk lena. Aku berkira-kira mahu membuka ataupun tidak.
Siapa lagi kalau bukan Jeman tu kan?
Aku mengeluh. Jangan sebabkan hal peribadi, kau layan orang asing macam itu, Minji!
Pantas aku bangkit. Suis lampu tidur aku buka.
Tombol pintu dipulas.
Wajah Jeman muncul bersama baju putih sedang merenung aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Aku menelan air liur.
"Minji, dah tidur?"
Aku geleng. "Jeman nak apa?"
"Tadi Minji kata, kalau saya nak apa-apa, saya boleh bagitau pada Minji kan?"
Kakinya mara setapak tanpa keizinan aku. Aku terkaku.
"Macam mana kalau permintaan saya adalah..."
Bibir sensual itu merekah dengan senyuman.
"Awak?"
YOU ARE READING
[𝑪] Kissism [PJM]
FanficKiss me like you need me, babygirl . Kau nak hajat kau tercapai? Mintalah apa sahaja yang kau mahukan. Dalam satu petikan jari, semua yang kau hajati akan aku beri. Bayaran? Usah kau risaukan. Aku bukan mata duitan. Aku mahukan ciuman. Lagi dalam da...