Aku bawa bekas abu itu, yang aku percaya, itu pasti milik Jimin.
Perlahan aku mendaki tangga. Mata tak lepas memerhati sekeliling. Seandainya bertemu Jimin, maka mungkin riwayat aku akan tamat hari ni juga.
Aku berdiri di dalam bilikku. Tempat menjadi adegan antara aku dan Jimin dalam 7 bulan bersamanya.
Dia baik.
Tapi kerakusannya membelit diriku.
Aku seperti boneka yang menjadi mainannya. Dia suka boneka seperti ku. Kejamnya dia, tak berikan aku kepada orang lain. Simpan dan bermain hanya dengan bonekanya.
Aku bukan boneka. Aku manusia berjiwa.
"Sayangku Minji, kau di sini?"
Ibarat renjatan elektrik aku berpaling pada suaranya yang menegurku lembut. Senyuman semanis madu dia layang buatkan aku terpana.
"Tangan kau... pegang apa??"
Dia turunkan anak matanya pada tangan yang ku sembunyikan di belakang. Aku mengundur setapak ke belakang. Bibir aku seperti disimen, terkatup rapat tidak bisa bersuara.
"Minji... kau.."
Aku telan air liur. Dia dah nampak! Saat dia mahu ke arahku, aku julang bekas itu.
"Jangan dekat, kalau kau tak nak mampus!" pekikku padanya. Dia memandangku dengan riak tak percaya.
"Minji sayang... tolong aku, jangan lakukan ni semua."
"Sayang? Sayang kau pada aku cuma mahukan bibir aku sahajakan? Itu bukan sayang , itu seksa! Jiwa manusia aku takkan boleh bertahan dengan jiwa syaitan kau!"
Dia menggeleng.
"Tak, aku tak pernah seksa! Aku beri kau segala-galanya, Minji. Duit, makanan, tempat tinggal, kasih yang tak berbelah bahagi.. kenapa manusia, tidak pernah bersyukur?"
Aku geleng berkali-kali. Rambut aku raup ke atas manakala bekas itu aku paut di pinggang. Air mata aku turun di pipi.
"Kau bukan manusia, kau tak tahu apa yang aku rasa.... KAU TAK TAHU!" tempelakku lagi. Amarahku menggunung. Dia kejam pada aku yang berjiwa.
Patutkah ada kasihan buatnya?
"Minji, jangan sayang, tolong dengar cakap aku..."
"Kau perlu pergi. Keluar dari hidup aku dan sumpahan itu akan berkahir!" bekas abu aku angkat tinggi. Jimin cuba menghalang aku.
"Jangan sayang, maafkan aku... aku tak mahu kehilangan orang yang aku sayang lagi...." dia merayu padaku. Dalam tersedu sedan aku berkata.
"Sayang aku untuk kau... hanya tamat sampai sini!"
Bekas kaca merah pekat itu aku hempas sekuat-kuatnya di lantai. Berterabur abu di lantai.
"MINJI!!!"
YOU ARE READING
[𝑪] Kissism [PJM]
FanfictionKiss me like you need me, babygirl . Kau nak hajat kau tercapai? Mintalah apa sahaja yang kau mahukan. Dalam satu petikan jari, semua yang kau hajati akan aku beri. Bayaran? Usah kau risaukan. Aku bukan mata duitan. Aku mahukan ciuman. Lagi dalam da...