"Syah kau berangankan apa" sergah insan yang bernama Arul."Tak Tak ada apalah"
Syah dan Arul adalah dua orang yang sangat bermasalah, disekolah mereka bersama memegang 'taitle' gangster. Walaupun hanya berdua mereka mampu membuat semua pelajar gerun dan akan cuba sedaya upaya menjauhi untuk mereka.
Sekarang ialah waktu bahasa melayu tetapi cikgu pun entah menghilang ke mana. Perkara biasa bagi pelajar untuk membuat parti jika ketiadaan Guru.
"Cikgu ni kalau mesyuarat pun beritahu je lah awal awal" pekik diva yang terkenal dikalangan pelajar sekolah itu. Dia ialah Shahera. Atau nama famous dia Sha.
"Tu lah menyusahkan" seorang rakan sha bersuara. Nama dia Syakila.
"Kau tengok tu punya nyenyak farah tidur" tambah Akila lagi sambil menunjuk ke arah seorang lagi ahli kumpulan mereka iaitu farah.
Sha, Akila dan Farah layak memegang 'taitle' diva kerana merekalah yang paling menawan diantara semua pelajar perempuan disekolah itu. Hakikatnya belambak lagi yang lawa. diorang tu acah lebih.
Rehat
Syah dan Arul memotong barisan dan kelihatan semua pelajar sudah faham benar akan perangai biadap dua orang lelaki itu.
"Hye haz kau bayar" Hazwan ialah salah seorang classmate syah dan Arul. Oleh kerana haz seorang yang baik hati atau lebih specifik kami gelar dia budak nerd. Semua yang Syah suruh dia hanya turuti dengan keikhlasan.
Haz berniat untuk menabung kerana dia mahu membeli buku-buku latihan tetapi apa boleh buat nasib malangnya hari ini menjadi mangsa dengan Syah.
Tengku Aen Suhaila. 16 tahun. Nama panggilan ialah Aen. Ketika ini dia sedang kalut mencari seseorang.
"Adik boleh saya tanya? Apa nama guru kelas 5AQ1" soal aen
"Cikgu Khairul Aiman" balas budak yang lebih muda daripadanya. Aen senyum lalu mengucapkan terima kasih.
Syah sedang menjamu sarapannya iaitu nasi goreng. Entah dari mana datangnya seorang perempuan tiba- tiba jatuh betul betul dihadapan mereka berdua.
"blur" ringkas Arul setelah melihat kejadian yang berlaku dihadapan mata mereka.
Perempuan yang jatuh itu menjadi tumpuan semua orang yang berada dikantin pada ketika itu.
Syah dan Arul bersama pelajar nakal yang lain hanya mengetawakan perempuan yang tersadung itu tanpa tiada sesiapa pun yang sudi membantunya.
"Aduh sakitnya. Apalah nasib aku first day sekolah ni. Bad luck" aen bangun dan melangkah duduk dikerusi panjang yang kosong dihadapan Syah dan Arul.
Pelajar lain menghiraukan Aen dan membuat hal masing-masing.
"Tak guna. Seorang pun bukan nak tolong. Apa jenis manusialah dekat sekolah ni" rungut aen sendiri
Arul dan Syah saling memandang satu sama lain.
"Alaa Meja dah penuhlah" kata pelajar A"Tak apa kita beli roti dan makan dekat pondok mana mana " balas pelajar B
Aen akhirnya tersedar sesuatu. Aku pandang sekeliling. Benar tentang apa yang dibualkan oleh kedua pelajar tadi. Meja kantin dan penuh diambil tempat tetapi aku hairan kenapa diorang tak duduk dekat meja ni? Kenapa?
"Ehem" aen tersentak sendiri. Perlahan-lahan dia menoleh kebelakang, sudah ada dua orang manusia sedang memandang ke arahnya, dari riak wajah mereka tidak menunjukkan yang mereka seorang yang ramah.
🥀votes
180820
YOU ARE READING
✔️ 07 am
Novela Juvenil"𝐊𝐚𝐮 𝐟𝐢𝐤𝐢𝐫 𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮" 𝐚𝐞𝐧 "𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐭𝐮𝐭" 𝐬𝐲𝐚𝐡 Status : COMPLETED Start : 180820 End : 211120 Edit :...