• 16 🇲🇾•

65 5 0
                                    

"Aku ada hidu satu bau. Bau kemenangan"

Fariz baru saja pindah ke sekolah mereka. Dia adalah gangster besar dan berkawan rapat dengan Danish si ketua pengawas. Pelik bukan? Bukan sahaja readers malah Syah dan Arul juga sedari perlakuan pelik danish sejak dua menjak ini.

Sejak fariz pindah kehidupan syah terganggu. Satu per satu masalah datang mendampingi syah. Syah semakin serabut. Dia hilang kuasa serta merta. Dan kini fariz menguasai dan mengambil alih. Tuduhan demi tuduhan fariz berikan kepada Syah. Hinggakan kes dadah berlaku dan syah dibawa ke balai polis.

Skip

Spot check besar-besaran telah dijalankan secara mengejut. Beberapa nama pelajar yang dipanggil diminta tunggu. Aen sendiri tak tahu apa kesalahannya tetapi dia disuruh berkumpul bersama mereka yang selalu melakukan kesalahan berat. Syah nampaknya selamba. Aen bertambah gelabah apabila hanya dia seorang sahaja pelajar perempuan disitu. Cikgu adam datang bersama rotan buluhnya dan melibas satu persatu pelajar.

Selepas Arul kini hanya tinggal aku dan Syah. Aku perasan Fariz melihat kami dari tingkat 3. Wajahnya tersenyum lebar, Syah sedari perbuatan dia. Cikgu datang dihadapan aku.

"Cikgu? Apa salah saya?" Aku tanya deret sebab malas nak panjangkan cerita.

"Apa salah kamu? Ini apa!" Cikgu campak kotak rokok bukan milikku dekat muka aku. Aku terkesima. Syah memandang ke arahku.

"Itu apa!" Jerit cikgu

"Bukan saya punya cikgu" aku tergetar-getar untuk bersuara.

"Kamu diam"

Adam memandang pula ke arah Syah. Syah langsung ditampar 3 kali oleh cikgu tanpa banyak cakap lagi.

"Lepas rokok dadah kamu memang sampah masyarakat" tidak cukup itu cikgu melibas rotan ke belakang badan Syah. Syah jatuh ke tanah.

"Kamu digantung 2 minggu" Cikgu Adam pun blah

Aen yang masih kaku cepat cepat mendekati Syah.

"Weii kau okay tak? " resah Aen

"Kau balik kelas" kata syah

"Tak nak"

"Aku cakap pergi! Nanti aku masuklah kelas juga" marah syah. Aen terus berdiri dan berlalu dari situ.

Aen banyak mendiamkan diri. Diwaktu matapelajaran terakhir Syah kembali ke kelas. Dia mengambil tempatnya.

"Kau okay tak?" Syah menghiraukannya. Aen mengeluh.

Tamat waktu persekolahan. Aen mengemaskan buku bukunya. Bal dan Eyka menunggu Aen diluar kelas. Syah termenung.

"Nanti aku jumpa kau. Bye" gadis itu berlalu pergi. Syah terjaga dari lamunannya.

Skip

Syah membonceng motosikal pulang ke rumah. Dia mengetuk pintu rumah beberapa kali. Ekin muncul disebalik pintu dengan rambut yang kusut masai.

"Tidur ke?" Syah menyoal adiknya. Ekin mengosok mata dan kemudian mengeliat.

"Mama mana?" Tanya syah lagi

"Mama ikut Papa pergi outstation. Adik nak sambung tidur, jangan buat bising" pesan Ekin. Syah naik ke biliknya. Selepas meletakkan beg dia turun pergi dapur. Air kosong ditegup olehnya.

"Apa maksud Aen jumpa nanti?"

Skip

Petang itu Syah sukar untuk tidur. Kesan sebatan Cikgu Adam telah meninggalkan kesan dan kesakitan yang teruk buat Syah.

Sementara itu Ekin sedang bergembira menonton televisyen. Aman betul hidup. Sampailah ada tetamu yang tidak diundang menekan loceng pintu rumah. Ekin cepat cepat berlari dan membuka pintu.

"Waalaikumsalam. Eh kakak Aen masuklah" jemput Ekin

Ekin mempelawa Aen untuk duduk bersamanya diruang tamu.

"Ekin, Syah ada?"

"Ada dekat bilik dia"

"Kak aen nak jumpa dia sekejap. Nanti kak aen datang sini balik"

"Ok. Bilik abang ada tulis nama dia" aen mengangguk.

Aku mendaki tangga. Mata aku terus mencari pintu bilik yang telah dilabel nama Syah. Oh sudah jumpa. Aku mengetuk pintu.

"Ekin jangan kacau abanglah!" Jeritnya tanpa nada marah.

Aku sengaja mengetuk sekali lagi.

"Ish tak faham bahasa betullah. Ekin nak apa?" Tengking Syah.

Aku menahan tawa. Daun pintu aku tolak ke arah bawah perlahan-lahan. Aku masuk ke biliknya tanpa izin.

"Hai Syah"

"Aen"

🥀votes

✔️ 07 amWhere stories live. Discover now