• 3 •

96 5 0
                                    

Sudah masuk jam 10 malam. Aen baru saja selesai menyiapkan kerja sekolah. Selepas ini dia akan jadual dan terus baring sambil menghadap laptop miliknya.

"Run bts!"

"Selepas hari yang teruk. Inilah waktunya untuk aku menikmati hidup" Aen

Aen bukanlah seorang kpopers yang tegar tetapi kerana bts dia sudah terjebak dan tak mampu keluar. [readers ini bukan buku fanfic yer]~

Skip

Aen berjalan agak lambat. Ya sakit itu dah berkurang tapi terkedang terasa juga kebas kebas pada kakinya.

Aen melalui jalan makmal. Ternyata jalan itu sepi kerana ketiadaan pelajar. Terdengar suara lelaki yang sedang merayu. Aen melajukan langkahnya tetapi apakan daya secepat mana dia cuba berjalan hakikatnya dia tetap perlahan.

Hinggalah waktu dia mahu melepasi pintu masuk makmal sains.  Seorang pelajar lelaki yang berbadan agak gempal hilang daya imbangannya akibat ditendang oleh seseorang dari dalam makmal.

Aen yang terlambat untuk selamatkan diri akhirnya rebah ditambah pula kena himpit dengan lelaki yang agak berisi itu. Sakit dia tuhan sahaja yang tahu.

"Auchh kaki aku.." aen mula meratap kesakitan dihempap kemudian kakinya pula terpelecok masuk ke dalam longkang.

Arul memandang Syah.

"Maaf Syah nanti aku bayarlah" rayu lelaki tadi.

"Aku bagi kau sampai esok. Kau tak bayar balik. Siap kau aku kerjakan" Arul

"Dah blah" Syah. Lelaki tadi terus berlari lintang- pukang tanpa menoleh lagi kebelakang. Yang Tak boleh blah dia tak minta maaf langsung dekat Aen. Arul merasa bersalah terhadap gadis malang itu.

"Rul kau balik kelas dulu biar aku uruskan budak ni"

Tanpa sebarang bantahan Arul pun blah dari situ.

"Sakit.. " teresak- esak dia menangis.

"Sikit saja pun menangis. Erk macam budak budak"

"Woi celaka aku sakit betul bod*h" barulah aen memandang tepat ke arah tuan punya badan. Mereka bertentang masa untuk beberapa saat.

"Mari aku bawa kau ke bilik rawatan" Syah yang masih berdiri kini menghulurkan tangan.

"Cepatlah. Aku blah kang" Syah. Aen menyambut tangan Syah. Sebaik aen mahu berdiri kaki kirinya yang terseliuh semalam ditambah pula hari ini yang dihempap oleh lelaki tadi. Oh tuhan sakit. Dia tak mampu berdiri dengan stabil dan terjatuh dalam dakapan Syah.

Syah melepaskan Aen mengejut.

"Adoi sakitlah punggung aku woi"

"Kau tak boleh jalan?"

"Kau tak nampak tadi? Berdiri pun aku tak merasa kaki dah. Sakit gila hmm "

Syah melihat sekeliling. Kemudian menatap jam tangannya. 7:45 am masih awal. Dia perlu segera jika tidak mahu dijejak oleh orang lain.

"Aku dukung kau cepat try berdiri sekejap saja"

"Gila ka apa. Tak nak aku"

"Banyak songeh ya kau"

Syah melutut menyambut kaki dan tubuh kecil aen dan kini dia berjaya mendukung perempuan itu.

"Lepaslah" Syah sudah mula berjalan.

"Bod*h diam. Kau tu dah lah berat" Aen terdiam setelah dimarahi oleh Syah

Mereka tiba dibilik rawatan. Cikgu yang bertugas masih belum datang. Syah meletakkan aen perlahan-lahan di atas katil.

"Nanti cikgu datang pandai pandai kau menjawab"

"Aku nak jawab apa?"

"Cakaplah kau jatuh longkang ka apa. Jangan nak mention nama aku pulak"

"Nama kau pun aku tak tahu"

"Nama aku Syah. Ingat dalam kepala otak kau tu"
Syah baru saja mahu mengorak langkah untuk keluar.

"Berat sangat ka mulut nak cakap minta maaf"

"Ergh" syah malas mahu melayan lagi dia berambus dari situ.

Aen mengerut wajah sambil mengenggam kedua tangan kecilnya.

Kelas.
Masa pelajaran ke dua bermula. Aen baru memunculkan diri.

"Hari ke dua pun bad luck. Aku rasa sekolah ni memang malanglah"  detus hati aen

Aen mengambil tempat duduknya. Syah nampaknya sedang lena tidur. Al maklumlah sekarang waktu sejarah.

Cikgu Ani menyuruh kami menyalin nota. Aku menulis dengan tekun tetapi secara tak sengaja aku tersiku syah. Actually bukan sekali banyak kali. Siku kau ni pun nak gatal dengan lelaki lainlah. Kang terjaga pulak beruang kutub ni susah aku.

Cikgu Ani keluar 20 minit awal. Kebanyakkan orang telah menutup buku dan mula bersembang rancak.

"Hahah YES DIA!" Suara Sha yang memecahkan suasana kedamaian kelas ini. Bergosip pun tak payahlah ajak satu kelas.

Aku menepuk dahi. Kan dah terjaga beruang kutub ni. Banggang lah kau ni perempuan.

Aen menyumpah seranah Sha dalam hati.

"Cikgu mana?" Suara baru bangun tidurnya. sumpah comel.

"Dah keluar"

Rambut syah sudah serabai. Comelnya. Wake up Aen! Belajar belajar bukan usha anak teruna orang.

"Hmm kalau Si Adam tu lalu kau beritahu aku. Aku mengantuk gila ni.." dia bercakap sambil matanya yang tertutup. Dia menguap dan entah bagaimana kepalanya rebah di lengan tangan kanan aku.

Kaku aku dibuatnya. Aku tidak bergerak. Sudah agak lama aku jadi hamba bantal dia. Tiba tiba aku terdengar suara Cikgu Adam yang kedengaran suara dia memarahi pelajar dari aras yang sama tempat kami berada.

"Cikgu Adam. Weii bangunlah" aen mengejutkan syah. Tetapi syah berdegil. Aen terlepas tetapi tidak syah. Dia dikejutkan oleh tetamu yang tidak diundang iaitu Cikgu Adam. Dia adalah guru disiplin sekolah.

"TENGKU SYAHMIR IQBAL!" Syah automatik mengangkat wajahnya. Cikgu Adam kelihatan benar benar marah. Langsung selepas memandang Cikgu, Syah memandang Aen dengan mood yang barai.

🥀votes

✔️ 07 amWhere stories live. Discover now