Life in Danger [Part 10]

983 9 6
                                    

2 tahun berlalu...

Hazim POV

Sesudah aku mempersiapkan barang mereka, kami mula bergerak. Kami berada di Putrajaya. Rayyan semakin pulih, sejak 2 tahun di mana kami hanya berlatih di rumah untuk memperkuatkan otot-otot kami untuk memanjat.

Keadaan di luar sangat terbiar, rumput semakin panjang, jalan raya retak seribu sehinggakan ada yang terbelah dan adanya bangunan roboh. Tepat pada masa mereka dapat berlatih untuk memperkuatkan otot bagi menampung berat badan mereka. Sejurus itu, mereka berasa sangat yakin untuk menempuhi cabaran.

Aku: Macam mana dengan keadaan Sya? Dia selamat ke? Aku dengar ada sekumpulan jahat tu. Aishh...aku begitu risau kepadanya.

Hatiku bersuara. Sedang kami berjalan kami berhenti kerana jalan yang kami perlu ikuti terbelah  dan ia teramatlah tinggi. Kami perlu mencari jalan lain, bangunan yang tinggi daripada jalan tersebut.

Langit semakin gelap menunjukkan hujan bakal turun dengan lebat. Sebelum kami menjejakkan kaki ke dalam bangunan terbiar itu, kami mengeluarkan senjata kami bagi melindungi keselamatan kami.

Dengan bantuan cahaya daripada lampu suluh kami, kami berjalan dengan perlahan dan tertib. Setiap langkah kami diperhatikan takut-takut kami akan memijak kaca dan menghasilkan bunyi yang kuat yang boleh mengundang zombie kepada kami.

Rayyan: Zim, kita kena pakai gas mask ni.

Aku: Kenapa pulak?

Haziq: Kitorang pernah main game ni. Akan ada tempat sarang zombie atau benda lain. Kalau kita bau kita diibaratkan mengizinkan virus menusuk ke rongga hidung dan terus ke peparu.

Aku berasa nasibku baik. Aku membawa gas mask. Di kedaiku ada beberapa gas mask yang sengaja aku sembunyikan mereka di dalam rumah Sya. Aku perasan ada tiga gas mask tiada tetapi aku tidak menghiraukannya lagi.

Langkah demi langkah kami berani berjalan di dalam bangunan. Rayyan juga beritahu aku spesis zombie yang dimain ketika The Last of US I  dan The Last of US II. Aku menafikan pernyataan tersebut.

Dalam beberapa minit kami terpaksa menembak beberapa spesis yang dipanggil clickers seperti yang dikatakan Rayyan. Dari segi rupanya, clicker memerlukan telinganya untuk mendengar setiap pergerakan mangsanya.

Aku benci dengan tempat sarang mereka kerana setiap kali aku melangkah masuk pasti ada clicker yang keluar daripada sarangnya yang terletaknya di dinding.

Minit bertukar jam, kami sudah pun berjaya ke tingkat paling atas iaitu tingkat 3 tetapi tidak mencapai aras jalan raya tersebut. Pintu di atas ditutup dengan barang-barangnya.

Aku memikirkan, jika aku tersilap langkah maka aku akan membiarkan mautku tiba, jika aku masih hidup maka hidupku perlu diteruskan.

Aku berundur dan berlari sepantas mungkin dan melompat.

BUKKK!

Aku sampai tapi hanya separuh badan sahaja. Aku memaksa otot-ototku untuk menaikkan seluruh tubuhku di atas jalan raya dan aku berjaya. Aku baring dalam keadaan tercungap-cungap.

Yang lain mengikuti pergerakanku. Kami masih meneruskan perjalanan kami. Rayyan memarahiku.

Rayyan: Lain kali jangan masuk tempat sarang benda tu!

Aku dengan selambanya menjawab soalan Rayyan.

Aku: I have to take it. Kat mana kita kena panjat?

Rayyan: At least berhati-hati dan senyap sikit sebab kau tak tahu betapa susahnya nak melawan dengan boss zombie!

Aku: Boss?

Rayyan: Dia adalah zombie boss di peringkat terakhir. Susah nak lawan dengan dia. He's huge, like a giant. Dia lepaskan gas asid which is dia boleh melecurkan kulit kita dan boleh menyebabkan kita mati.

Aku: Are they more spesis?

Rayyan: Yes, clicker silence. Dia menyorok, pendiam, sangat-sangat susah untuk mengesan kehadiran diorang. Then ada penolong boss.

Aku: Penolong pulak...*tepuk dahi*

Rayyan: Take it seriously. Dia ni pun sama tapi dia ni sempurna, almost like an alien. Sebab dia ada lebih dari sepasang mata. Ganas, and kau patut bunuh dia cepat and jauhkan diri kau dengan dia waktu dia nak mati. Sebab dia akan melepaskan gas asid 2 kali.

Aku dengan selambanya...

Aku: Wow...very interesting. I don't play these games.

Rayyan: Kau patut dengar cakap aku!

Aku: Why would I? Beside, that's just a game.

Rayyan: Game cirit kau Zim!

Aku ketawa dan berjalan bersama kumpulannya. Aku bukan ketawakan game tu, aku ketawakan dengan percakapannya. Sangat menggelikan hati ini.

End of Hazim POV

[Continue...]

Life in Danger [S1] ☡🔞🔞☡Where stories live. Discover now