TUAN RUMAHKU, KAK SITI

229 10 3
                                    

GEDUK! GEDUK! GEDUK!

"Bunyi itu lagi.." omongku, separa sedar.

Terkebil-kebil mataku dalam pembaringan. Dengan perlahan aku bangun. Ku kerling jam di dinding. Pukul 3.03 pagi.

"Kenapalah dia ni suka cuci baju waktu macam ni?" aku mendengus kasar.

"Selalunya orang cuci baju waktu siang. Ni subuh buta masa orang tidur pula nak buat kerja." bebelku seorang diri sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Kak Siti. Tuan rumahku yang sangat misteri. Aku ingat lagi, dua bulan lepas semasa aku baru berpindah ke rumah ini, aku hanya pernah melihat separuh wajahnya sahaja.

Waktu tu, dalam jam lima petang aku sampai di halaman rumah. Salam kuberi tapi tiada yang menyahut. Kemudian pintu rumah terbuka sendiri. Perlahan-lahan aku menapak masuk.

"Assalamualaikum.. kak Siti? Saya Ain, penyewa baru tu. Tadi saya ada telefon." pelik. Pintu terbuka, tapi orangnya tiada. Liar mataku meninjau sekeliling.

"Kunci rumah aku letak kat meja." tegur satu suara. Garau.

Aku terkejut. Aku lihat tuan rumah itu sedang mengintai dari balik dinding. Yang kelihatan hanya separuh wajahnya saja. Dah macam hantu!

"Oh, baik kak. Err.. bilik saya yang mana satu ya?" soalku pula. Lenggok tubuhku jadi janggal.

"Kat tingkat atas. Pilih je mana-mana bilik. Kalau ada apa-apa, mesej je kat aku." seraya itu kak Siti pun berlalu masuk ke dalam bilik.

Aku kehilangan kata. Orang macam ni pun ada ya? Tapi tak kisahlah. Yang penting aku ada tempat untuk berteduh. Sewa pun murah. Hanya RM100 sebulan.

Sejak dari hari itu, hanya beberapa kali sahaja aku terserempak dengan kak Siti. Itupun hanya sekilas. Dia akan cepat-cepat menghindari aku kalau aku turun ke tingkat bawah.

Tapi yang bagusnya kak Siti ni, hari-hari dia akan masak. Macam tahu-tahu je kalau aku tak kerja. Mesti akan ada hidangan yang tersedia di atas meja.

Yang tak seronoknya pula, setiap subuh dalam jam 3 pagi, kak Siti akan membasuh baju menggunakan mesin basuh. Bingit. Memang hampir setiap hari aku akan terjaga dari tidur. Tapi nak marah, tak boleh. Aku hanya penyewa.

Maka, begitulah rutin harianku. Terpaksalah aku bersabar sehinggalah pekerjaan baruku ini sudah cukup stabil untuk aku menyewa di tempat yang lebih selesa.

DUM!!!

Lamunanku terhenti. "Period ke apa? Tutup pintu macam nak gaduh je." marahku spontan.

"Agaknya dah habis cuci kot. Dah tak dengar bunyi mesin basuh."

Setelah sudah pasti tiada lagi 'gangguan', aku pun baring semula untuk menyambung lena yang terganggu.

****
***
**
*

TAP! TAP! TAP!

Bunyi tapak kaki orang berlari kedengaran dari luar bilik. Jelas sangat. Aku kembali segar. Tubuhku ku angkat sedikit dan mataku melirik ke celah bawah pintu.

Ada bayangan seseorang sedang mundar mandir di situ. Perlahan aku duduk. Kak Siti ke tu? Tapi dia buat apa depan bilik aku?

"Kak siti? Akak ke tu?" tanyaku meminta kepastian. Perasaanku sudah tak keruan.

TOK! TOK! TOK!

Seraya itu pintuku diketuk tiga kali dan orang itu mencicit lari menuruni anak tangga sambil tertawa kecil. "Hihihi.." Seakan seronok dapat mempermainkanku. Suaranya juga persis anak kecil.

"Dari mana datang budak-budak kat rumah ni? Takkan anak kak Siti?" bulu romaku serta merta naik. Merinding seluruh tubuhku.

"Hantu ke?" aku terus berselubung di bawah selimut. Selama dua bulan aku duduk di rumah ini, tidak pernah sekalipun aku mengalami apa-apa gangguan mistik. Kenapa malam ini...

TAKUTWhere stories live. Discover now