STAY BACK DI PEJABAT

304 15 9
                                    

Hari ini hari jumaat. Macam biasa, aku akan 'stay back' di pejabat untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Memang sudah menjadi tabiat aku sejak dari dulu lagi. Aku tidak suka membiarkan kerja aku bertimbun.

Bila semua kerja sudah siap, barulah aku boleh bercuti pada hujung minggu dengan fikiran yang tenang. Ramai kawan sepejabat aku bertanya, "Kau tak takut ke duduk kat pejabat sampai lewat malam? Hari jumaat pulak tu. Malam keliwoon.."

Merepek! Lagipun, buat apa nak takut? Bukan aku keseorangan. Pengawal kan ada. Setakat ni, tiada lagi berlaku apa-apa gangguan.

Hendak dijadikan cerita, pada satu jumaat yang indah, gempar satu pejabat dengan satu penemuan objek yang misteri. Rasanya makcik 'cleaner' orang pertama yang jumpa.

"Weh kenapa-kenapa? Ada apa ni?" tanyaku persis si minah kepoh.

"Ada barang mistik." jawab Meimei dengan logat cinanya yang pekat.

"Barang mistik?" aku pun pelik.

"Aku rasa tu barang sihir la. Hishh.. siapa agaknya yang hantar." Farid pula mencelah. Geram pula aku tengok lenggoknya yang lembut tu. Cepuk kang.

"Korang cakap pasal apa ni? Barang apa? Kat mana? Aku nak tengok gak." tanyaku lagi tak puas hati.

"Kak Jah dah buang la. Tadi dia tunjuk sekejap je. Kitorang pun tak berani nak tengok. Eeee.. takooodd.." tambah Farid. Bukan main gedik lagi.

"Apa bendanya tu?" dahiku dah mula berkerut.

"Sini. Sini.." Farid mengarahkan agar aku mendekat.

"Patung jenglot.." bisik Farid perlahan.

"Hah? Jenglot?!"

"Ish kau ni. Janganlah cakap kuat sangat.."

"Oh sorry.. sorry.."

"Habis tu, patung tu Kak Jah buang kat mana?" aku dah cuak. Kat kepala dah terbayang gambaran patung jenglot yang aku pernah tengok kat majalah Mustika suatu masa dahulu (Kantoi dah tua).

Sangat mengerikan. Patung jenglot hanya sekecil tapak tangan, tapi mempunyai bentuk badan seperti manusia. Kuku dan giginya tajam dan rambutnya panjang melebihi badannya. Raut wajahnya pula, hmm.. google sendiri!

"Entah. Kat tong sampah kat belakang kot."

"What? Tak apa-apa ke?"

"Hmm tak tahu aku. Nanti kan ada lori sampah yang akan kutip. It's okay la kot. Dah la, aku nak pergi sambung buat kerja." Farid meninggalkan aku yang terkebil-kebil.

Aku jadi tak sedap badan. Yela, kalau betul benda tu barang sihir, boleh ke buang macam tu je? Tak perlu panggil ustaz ke? Tapi persoalan tu berlalu sendirinya. Aku pun malas hendak bebankan fikiran dengan perkara tu. Mungkin patung biasa je kut.

Maka dengan itu, aku pun teruskanlah kerja aku macam biasa. Dari pagi, bawa ke tengahari, sampailah ke waktu petang.

Aku lirik jam tangan G-Shock berwarna merah milikku, 17:20. Sepuluh minit lagi sebelum waktu pulang.

Aku lihat rakan-rakan yang lain sudahpun mula mengemas meja. Pasti ada rancangan untuk malam hujung minggu. Manakala aku masih setia di meja. Aku harus habiskan kerja untuk minggu ini. "No tangguh-tangguh!" Itu slogan hidupku.

"Hey Maiya, you tarak pulang ka? Tak takut meh?" tanya Meimei yang bertubuh sedikit gempal itu.

"Mau takut apa? Tiada apa-apa la jangan risau. Have a great weekend." aku balas soalan Meimei dengan senyuman.

Aku tahu dia risaukan aku. Mungkin sebab penemuan 'benda' itu tadi. Aku ni takdelah penakut sangat. Tapi kalau otak dah mula fikir yang bukan-bukan, lintang pukang juga aku lari.

TAKUTWhere stories live. Discover now