Hai. Namaku Anas. Mungkin kalian pernah baca kisahku mengenai KEJADIAN SERAM DI SMKA TANGOK. Kali ini aku ingin menceritakan pula pengalaman seramku semasa belajar si satu kolej swasta di Johor Bharu, iaitu sekitar tahun 2005.
Pada tahun tersebut, facebook, whatsapp dan seumpamanya belum lagi dicipta. Maka, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menghabiskan masa lapang. Sebagai pelajar, kebanyakan masa luang kami habiskan dengan membaca majalah atau duduk melepak.
Aku duduk menyewa di hostel yang disediakan oleh pihak kolej bersama pelajar yang lain. Pada satu malam, aku dan tiga lagi rakanku bercadang untuk melakukan aktiviti mengesan paranormal.
Kalau tak silap, tahun tu viral mengenai kumpulan penjejak paranormal, iaitu Seekers. Maka, kami pun turut tidak ketinggalan untuk mencuba sendiri aktiviti tersebut.
Kisah ini ada tiga bahagian, kerana ada tiga tempat yang kami tuju untuk aktiviti malam itu; (1) Kubur Mahmoodiah, (2) Villa Nabila, dan (3) Rumah lama British. Begini kisahnya..
KUBUR MAHMOODIAH
Salah seorang daripada rakanku mencadangkan agar kami pergi ke Kubur Mahmoodiah, kubur terbesar di Malaysia.
Dikatakan, perkuburan itu menempatkan bukan saja kubur orang biasa, tetapi juga makam-makam diraja yang berusia ratusan tahun. Bayangkan, dalam kawasan perkuburan itu, siap ada jalan raya yang boleh dilalui oleh kereta.
Dalam pukul 1 pagi, aku, Fahkrul, Azim, dan Rasyid bertolak dari rumah dengan menggunakan sebuah kereta. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit (tak pasti) untuk sampai ke tempat itu.
Sesampainya kami di Kubur Mahmoodiah, aku lihat kawasan sekitar sangat menyeramkan. Cuaca pun masa tu kelam dan sejuk. Nasib baiklah kami hanya duduk di dalam kereta.
Kami pun selusuri jalan sepanjang perkuburan itu. Cantik kubur-kubur kat situ. Mungkin sering dibersihkan. Tapi, masih bisa membuatkan tubuhku merinding.
Tengah kami 'usha' tempat tu, aku terpandang ada satu lubang lubur yang baru dikorek. Masa tu otak dah mula fikir yang bukan-bukan. Entah mainan mata atau kenyataan. Tapi kami semua nampak benda yang sama. Aku lihat di tepi lubang tu, ada peralatan menggali dan tompokan tanah baru. Tapi tukang galinya pula tiada.
"Mungkin pergi rehat agaknya." aku sekadar menyedapkan hati. Tapi momen itu menyedarkan aku bahawa, mati itu adalah pasti. Malam ni atau mungkin esok pagi, satu jenazah bakal dikebumikan disitu.
Setelah itu kami pun beredar ke kubur yang lain. Dalam lima minit kemudian, Rasyid tiba-tiba bersuara.
"Uish uish.. tengok kat situ. Macam bebola api la."
Kami pun memanjangkan leher dan menjengah keluar tingkap untuk melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Rasyid. Memang betul nampak macam ada satu cahaya.
Fakhrul memberhentikan kereta di tepi jalan. "Jom pergi tengok nak tak?" cadang Fakhrul.
Kami dalam kereta saling berpandangan. Nak pergi ke tak? Kata nak jadi Seekers, masa ni lah peluang. Lagipun kami berempat. Takdelah takut sangat.
"Okay jom. Siapa bawa telefon tu buka torchlight." aku pula mengarahkan. Memang kami tiada apa-apa persediaan untuk aktiviti malam ni. Tak terfikir pun nak bawa lampu suluh.
Maka kami pun dengan berhati-hati berjalan di kawasan perkuburan itu menuju ke tempat kami nampak cahaya itu tadi. Semakin dekat, semakin laju pula jantungku berdegup.
"Ni kalau nampak hantu, memang aku dulu yang lari." akal nakalku memberi idea.
Beberapa meter daripada sumber cahaya tu, kami berhenti. Aku dah berpeluh. Ada satu susuk tubuh sedang duduk mencangkung di tepi satu kubur. Dah la kawasan tu gelap. Memang betul-betul membuatkan bulu roma meremang.