KEJADIAN SERAM DI SMKA TANGOK

1.1K 23 3
                                    

Kisah ini berkisar di sebuah asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tangok, Bachok. Mesti ramai yang pernah dengar kisah-kisah misteri dan mengerikan dari tempat ini kan? Mungkin juga korang pernah mengalaminya sendiri.

Untuk pengetahuan korang, asrama SMKA Tangok ni dibina di kawasan tapak perkuburan lama Jepun. Mengikut sejarah, kapal-kapal Jepun berlabuh Di pantai Bachok semasa mereka ingin memasuki Malaysia. Di situ banyak pertempuran berlaku di antara pihak Jepun dan pihak British menyebabkan ramai terkorban di kawasan tersebut.

Ekoran daripada itu, banyak kubu-kubu lama Jepun yang terbiar dan dihancurkan untuk tujuan pembangunan. Salah satunya, pembinaan SMKA Tangok.

Maka, bermacam jenis cerita yang didengar mengenai tempat ni. Ada yang siap pernah tengok tentera Jepun berkawad. Tapi kali ini cerita ini berkenaan kejadian di asrama SMKA Tangok.

Nama aku Nas. Aku dah duduk kat asrama ni sejak dari tingkatan satu (2001) lagi sehinggalah tingkatan empat. Tapi kejadian ni terjadi semasa aku di tingkatan dua kalau tak silap.

Dorm yang aku duduk ni menggunakan katil dua tingkat dan dalam tu ada 20 orang pelajar. Katil aku tingkat atas dan kawan aku Sudin (bukan nama sebenar) kat katil bawah. Aku dan Sudin ni kira rapat jugalah. Dia ni jenis gila-gila dan peramah. Tapi dia suka lepak dengan budak-budak nakal.

Nak dijadikan cerita, malam tu Sudin dan kawan-kawan dia dah rancang nak lepak kat koridor. Macam biasa, merokok. Sekolah dah kata tak boleh. Yang tak boleh tu lah nak dicubanya. Acah-acah 'rebel' la konon. Selalu juga dia ajak aku. Tapi aku tolak. Taknak aku terlibat dengan masalah. Tapi Sudin pun tak pernah nak paksa aku.

Dalam jam 12 tengah malam, Sudin dah bersiap nak keluar dorm senyap-senyap. Masa tu lampu dorm semua memang dah tutup. Wajib. Kalau pengawal nampak lampu terbuka, mereka akan datang periksa.

Aku ingat lagi masa tu Sudin pakai baju t-shirt warna oren sebab aku masih berjaga waktu dia keluar.

Jadi malam tu, aku dengar cerita dalam empat lima orang yang lepak dengan Sudin. Lama juga dorang lepak. Ada dalam setengah jam.

Pastu tak lama, sedang dorang asyik berborak dan layan rokok, salah seorang daripada mereka ternampak 'Pak Guard' sedang buat rondaan.

"Woi Pak Din! Pak Din!" tepik Komeng.

Apalagi, macam kera la dorang bertemperian lari. Bukan main laju lagi mereka turun tangga gara-gara takut terkantoi dengan Pak Din.

Dalam kekalutan berlari tu, malang tak berbau dan Sudin tersadung kat tangga. Semasa dia terjatuh, tengkuk dia terkena kat bucu tangga tu dan dia pengsan kat situ. Mungkin terkena tulang belakang kot. Aku pun tak pasti. Tapi yang pasti, Judin koma.

Memang kecoh la satu sekolah dengan kes tu. Dan aku rasa, selepas kejadian tu kawan-kawan Sudin yang selalu lepak dengan dia tu insaf sekejap la kot.

Lepas tu, kami terima pula berita yang menyedihkan. Sudin menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa minggu koma. Kami yang satu dorm dengan dia punyalah sedih. Yela, teman sebilik kan. Hari-hari jumpa. Hari-hari borak. Tup tup, meninggal. Tapi aku rasa, kawan 'selepak' dia lagilah kesal.

Sejak peristiwa tu, peraturan asrama diperketatkan dan pengawal pun diarah agar memeriksa semua sudut bangunan supaya perkara-perkara tak dingini terjadi.

TAKUTWhere stories live. Discover now