Youngjae berjalan keluar daripada rumahnya. Tas di belakang tubuhnya dipegang erat sebelum membuka langkah ke sekolah. "Telefon Hyunjoon lah." Poketnya diseluk, kosong.
"Eh, mana telefon aku?" fikir Youngjae. "Hyunjoon ambil ke? Takkan lah?" fikirnya lagi. Youngjae menghela nafas dan akhirnya menutup pintu rumahnya. Langkahnya diteruskan ke sekolah, nanti mesti jumpa Hyunjoon di kelas.
Sangkaannya meleset apabila dia diberitahu bahawa Hyunjoon tidak hadir hari itu. "Haish, dia ni kalau tak menyusahkan aku." getusnya. "Kim Sun—"
"Aku stress tahu tak, kau boleh tak jangan tambah stress aku, panggil-panggil nama aku bagai. Kau takda namakah? Atau susah sangat kau panggil nama orang lain, aku tak mahu dengar sesiapa panggil nama aku, faham tak?!"
getus Sunwoo dalam satu nafas, di hadapannya terdapat buku teks biologi yang terbuka luas. Youngjae terkebil-kebil memandang Sunwoo, "Aku—"
"Kau cari ni ke?"
Youngjae menoleh, seorang gadis menghulurkan sebuah telefon bimbit ke hadapannya, kelihatan seperti itu yang Youngjae cari sejak pagi tadi. Tag nama gadis itu dilirik, Lee Haenim.
"Ah, terima kasih. Awak jumpa di mana?" soal Youngjae. Haenim tidak membalas, tubuhnya dipalingkan dan berjalan menjauhi Youngjae, keluar daripada kelas tersebut. Youngjae mengangkat alisnya, mengambil tempat duduknya di sebelah Sunwoo, "S—"
"JANGAN CAKAP DENGAN AKU ERIC AKU PECAHKAN KAU SAMPAI JADI HABLUR KALIUM NITRAT SIA-SIA 18 TAHUN KAU HIDUP—"
Sunwoo. Rap king. Dia sebut Eric tu marah lah tu.
YOU ARE READING
Calling You ; Sohn Eric
Fanfictionᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ Kebahagiaan Youngjae ternyata tidak hanya di dalam mimpi.