"Sedar diri, Yerin. Youngjae tak mahu pada kau pun, takda siapa nakkan kau kalau kau buat Haenim macam ni, kau tuduh aku dan nampak macam aku orang paling jahat, kan?" Yerin terdiam mendengar penyataan Jueun. apa yang aku buat cuma bantu Youngjae dekati Haenim, tentang tuduhan tu semuanya Youngjae yang lemparkan, bukan Yerin.
Sunwoo mencapai lengan Yerin, membawanya pergi apabila melihat riak wajahnya berubah. Kata-kata Jueun itu benar-benar menyakitkan hatinya. "Yerin, aku tak habis cakap dengan kau lagi!"
"Kenapa kau nangis." soal Sunwoo, melihat Yerin benar-benar menangis di hadapannya, Yerin tak pernah menangis di hadapannya sebegitu sekali. "Aku tak tuduh dia, Kim. Youngjae yang cakap. Tapi aku buat tu semua sebab Haenim. Aku tahu Haenim sukakan Youngjae juga,"
"Yerin."
Haenim menarik kerusi di sebelah rakannya, dia diberitahu Sunwoo yang mereka berada di kafe itu, "Aku tak patut percaya kata-kata Jueun." ucap Haenim. Yerin tidak membalas, mengesat air matanya. "Tak apalah," balas Yerin. "Benda dah jadi, lagi pun aku dah bantu kau dengan Youngjae," Haenim mengeluarkan telefonnya, menerima pesanan daripada Youngjae. "Yerin, aku pergi dulu, kau jaga diri, ya?"
Haenim memandang ke kiri dan kanan sebelum melintas, menemui Youngjae di seberang jalan. Namun, apa yang tidak disedarinya ialah kereta yang dipandu laju dari arah kanannya menyebabkannya tidak sempat mengelak, dilanggar lari bukan sahaja dipandang Youngjae tetapi Yerin dan Sunwoo yang baru keluar dari kafe itu juga.
"H-Haenim!"
Youngjae berlari mendapatkan Haenim yang sudah terbaring di tengah jalan sebelum dikerumuni pejalan kaki berdekatan, termasuk Yerin dan Sunwoo. "Haenim, jangan tutup mata, pandang saya! Haenim!"
"Y-Youngjae."
Youngjae mengalihkan helaian rambut yang menutupi wajah Haenim. "Tak, jangan Haenim. Buka mata awak,"
"Youngjae. Saya sayang awak."
YOU ARE READING
Calling You ; Sohn Eric
Fanfictionᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ Kebahagiaan Youngjae ternyata tidak hanya di dalam mimpi.