"Tunggulah!"
"Cepatlah Sunwoo, aku nak jumpa Haenim semula ni!" Youngjae yang kian sembuh kini berada di hospital, mahu bertemu Haenim semula. Yerin dan Hyunjoon kelihatan mendekati mereka berdua. "Hey, awak dah sedia ke?" Youngjae memegang dadanya, dugeun dugeun. "Dah."
Youngjae memandang Hyunjoon, mengenali lelaki itu melalui mimpinya, "Oh, ini Hyunjoon. Dia sepupu Haenim. Awak kenal dia ke?" Youngjae mengangguk, "Hyunjoon, rakan sekelas Haenim." balas Youngjae.
Haenim memandang ke luar tingkap, mencari keberadaan Youngjae. Pintu wadnya terbuka, seorang jururawat masuk ke dalam biliknya, menolak kerusi roda, "Masa untuk keluar." beritahu jururawat itu. Haenim tidak membalas selanjutnya, bangun dari katilnya.
Jururawat itu tersenyum, menunjukkan Haenim yang berada di taman, membelakangi mereka. Yerin tersenyum, "Youngjae, good luck!" Youngjae memegang dadanya, betul-betul gementar. "Buat la Youngjae, beranikan diri!" Youngjae tersenyum sebelum buat kali terakhir sebelum dia berjalan ke arah Haenim yang duduk di kerusi roda.
Haenim yang bersandar di kerusi itu sedikit terkejut apabila ia ditolak. "Yerin, lama aku tunggu kau, kau pergi mana?" Youngjae tidak menjawab, senyuman tidak lekang dari bibirnya.
Yerin, Hyunjoon dan Sunwoo mengintai daripada pintu masuk taman itu, nampaknya Haenim masih belum menyedari kehadiran Youngjae di situ. "Lambat lah Haenim ni," Hyunjoon mengetap bibir.
"Kau dari mana?" soal Haenim, tidak menoleh. Hyunjoon menggenggam kedua belah tangannya, "Yah, tolehlah! Pandang Youngjae tu!!!!!" boleh stres ketiga rakannya itu, menunggu Haenim menyedari kehadiran Youngjae. "Kalau Youngjae diam je memang aku jalan pergi tolak dia depan Haenim, serius aku cakap." keluh Yerin.
YOU ARE READING
Calling You ; Sohn Eric
Фанфикᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ Kebahagiaan Youngjae ternyata tidak hanya di dalam mimpi.