20 : you hurt me

79 14 3
                                    

"Jueun, kau melampau."

"Yah, kau marah aku? Memang betul dia sukakan Youngjae, kan?" Jueun membalas, memandang ke arah Yerin yang duduk ditemani Sunwoo di dalam kelas. "Tengok tu, bila dapat tahu kau dan Youngjae bercinta, dia cuba ambil Sun—"

"Yah. Yerin bukan macam tu." Youngjae mendekati Haenim, menggenggam tangannya. "Aku minta tolong kau, kan? Tapi apa yang kau cakap? Kau tak mahu sambut hari lahir Haenim sebab dia ada duit sendiri? Sebab Haenim anak orang kaya? Kau langsung tak peduli tentang Yerin dan cakap macam-macam pasal dia kan?"

"Youngjae, kau—"

"Ya, memang itu yang kau cakap pada aku, kau kata Yerin gilakan lelaki dan langsung tak mahu sesiapa dekati Sunwoo? Kau cakap tentang kawan baik kau, Jueun!" Haenim mengetap bibir, terkejut. Begitu juga dengan Yerin, dia memandang mereka dengan wajah yang suram.

"Youngjae kau memang nak nampakkan yang aku jah—" Youngjae tertawa kecil. "Ya, memang kau jahat, Jueun. Kau beritahu Sunwoo yang Yerin sukakan aku? Padahal Yerin yang bantu aku dekati Haenim? Kau tak fikirkan hati perasaan orang lain, kah?" Yerin mengetap bibir, memang ya dia sukakan Youngjae dan itu salah, jadi dia cuba buat Haenim dan Youngjae rapat, walaupun perkara itu sakit. Rakan sekelasnya mula berbisik-bisik. "Youngjae, kau—"

"Jueun."

Haenim menundukkan kepalanya,"Aku benci kau, Jueun." Haenim berlari ke luar kelas, dikejar Yerin dan Youngjae, Sunwoo memandang Jueun yang masih berdiri di tengah kerumunan manusia. "S-Sunwoo.. Kau percayakan aku, kan? A-aku tak cakap semua tu."

Calling You ; Sohn EricWhere stories live. Discover now