26 : don't know you

78 15 8
                                    

"Joon, panggil doktor!"

Jari-jemari Haenim dilihat bergerak, Yerin pantas mendekatinya, melihat Haenim yang memberi reaksi positif selepas tiga bulan tidak menyedarkan diri. "Haenim, kau dengar suara aku?"

"Y-Youngjae."

Doktor lelaki yang merawat tiba tepat pada masanya, melihat keadaan Haenim. Dia kembali memandang Yerin dan Hyunjoon. "Syukurlah, Haenim dah sedar."

"Makan banyak-banyak." Yerin membuka semua bekas makanan di atas meja tersebut. "Yerin." panggil Haenim. "Ya?" sahut Yerin, mematahkan penyepit makanan. "Mana Youngjae?" soal Haenim. Yerin dan Hyunjoon mengganti pandangan, "Siapa Youngjae?"

Haenim mengalirkan air matanya dengan deras, "Yerin, jangan buat aku macam ni. Mana Youngjae?" soalnya, Yerin menggeleng, "A-aku tak tahu, Haenim. Aku tak kenal siapa Youngjae." balas Yerin. "Joon, kau kenal Youngjae, kan? Dia kawan baik kau." Hyunjoon mengetap bibir, "Haenim aku rasa baik kau rehat dulu." Haenim menepis tangan Hyunjoon, "Bawa aku jumpa Youngjae!"

Yerin keluar daripada wad Haenim, mendapatkan doktor yang merawatnya. Selepas diberi ubat penenang, Haenim mula keletihan dan bersandar ke katilnya, Yerin dan Hyunjoon tidak sanggup lagi melihat Haenim begitu, mereka mahu Haenim cepat sembuh. "Haenim, boleh awak ceritakan siapa Youngjae?" soal doktor itu.

"Dia teman lelaki saya." balas Haenim. Mendengar jawapan yang dilontarkan itu, Hyunjoon dan Yerin mengganti pandangan, "Haenim tak ada boyfriend kan?" fikir Hyunjoon.

Selepas Haenim tidur, Yerin dan Hyunjoon bertemu di luar wad. "Saya rasa Youngjae itu lelaki yang ada dalam mimpinya semasa dia koma." Yerin dan Hyunjoon memandang antara satu sama lain, "Macam mana kami nak beritahu dia yang Youngjae sebenarnya tiada?" soal Yerin.

Tiga bulan lepas, Haenim mengalami kecelakaan apabila teksi yang dinaikinya hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan dan terlanggar seorang pejalan kaki yang mahu melintas.

"Mangsa kemalangan yang dibawa ke hospital lain, namanya Youngjae. Pihak hospital kami tidak dapat bawa Youngjae ke sini kerana kekurangan ambulan. Maklumat yang saya dapat, Youngjae kini dirawat di Hospital Ilsam."


Calling You ; Sohn EricWhere stories live. Discover now