Part 3: Rindu

6 1 0
                                        

Hari peperiksaan pun tiba, Asyraf berusaha sebaik mungkin demi mencapai cita-cita yang tertanam di hatinya. Dalam debaran peperiksaan itu, Asyraf masih memendam rindu yang amat dalam terhadap ayahnya. Sudah lebih tiga hari ayahnya tidak balik ke rumah sejak kejadian pecah rumah hari itu. Dia sudah berusaha memujuk ibunya untuk melaporkan kehilangan ayahnya itu kepada pihak polis. Namun ibunya enggan berbuat demikian kerana beranggapan bahawa perkara itu tidak perlu.

Asyraf mengimbas kembali perbualannya dengan ibunya semalam.

"Ayah kamu bukan hilang Asyraf, tapi dia tinggalkan kita demi duit." kata-kata ibunya itu masih bermain dibenak pemikiran Asyraf.

"Adik?"

Tiba-tiba Asyraf terhenti dari lamunannya apabila seorang pengawas peperiksaan memanggil sambil memegang bahunya.

"Kamu ada lebih kurang 25 minit lagi. Jangan buang masa kamu, kalau tidak tahu jawapannya beralih ke soalan seterusnya." nasihat pengawas tersebut kepada Asyraf.

Asyraf kemudiannya meneruskan menjawab kertas peperiksaan dan cuba mengabaikan rasa tidak tenteram dalam hatinya. Dia menoleh ke sekeliling dan mendapati rakan-rakannya yang lain telah selesai menjawab. Walaupun hampir kehabisan masa, tetapi Asyraf akhirnya dapat menjawab kertas soalan peperiksaan sebelum masa menjawab tamat.

"Asyraf, macam mana kamu jawab tadi?" tanya Azizul sambil mereka berdua berjalan menuju ke tempat meletak basikal.

"Senang je, Zul. Semua yang aku dah ulang kaji keluar. Kau macam mana?" balas Asyraf.

"Wah, bagusnya. Aku boleh jawab. Cuma soalan terakhir tu aku macam tak pernah belajar pun." jawab Azizul. Kemudian mereka berdua ketawa.

"Eh, mana basikal kau?" tanya Azizul kepada Asyraf sekali lagi.

"Aku tak pakai basikal hari ini." kata Asyraf.

"Aik, kau jalan kakikah hari ini? Marilah kami tumpangkan." pelawa Azizul kepada Asyraf sambil membuka pintu kereta ayahnya yang sudah sedia menunggu Azizul di pintu gerbang sekolah.

"Eehh, Tidak mengapalah Zul. Ada kawan aku yang akan ambil. Terima kasih ya." balas Asyraf lagi.

"Oh, begitukah. Kalau macam tu, kami pergilah dulu. Hati-hati balik ya Asyraf. Jumpa masa ambil result nanti." kata Azizul sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Asyraf.

Tidak lama selepas Azizul pulang, Farid datang dengan menaiki motorsikalnya.

"Assalamualaikum! Haha. Sorry lambat Asy." kata Farid sambil tersenyum.

"Waalaikumsalam, tidak apalah Farid. Yang penting kau datang." balas Asyraf.

"Kenapa dengan mood kau hari ni Asy? Susah sangatkah exam? tanya Farid lagi.

"Tidaklah, semua okay. Senang je soalan exam tadi. Insya Allah, result aku nanti okay."

"Boleh kita singgah di tempat biasa tak sebelum balik?" sambung Asyraf lagi.

"Boleh, aku cuti hari. Cakap je kemana kau nak pergi. Aku bawa. Hehe." balas Farid sambil tersenyum.

Kemudian mereka pun menuju ke tempat biasa mereka selalu lepak iaitu di tempat meletak kenderaan berhampiran pantai di kampung mereka. Di tempat itulah mereka sering lepak sehingga larut malam pada hujung minggu sambil bercerita tentang pelbagai topik. Walaupun hanya berdua, mereka tidak pernah jemu dan ada sahaja topik untuk dibualkan. Mungkin itulah istimewanya mempunyai sahabat baik.

Tepat pukul 3 petang, mereka tiba di tempat yang dituju.

"Jadi, apa cerita?" tanya Farid.

"Aku rindu ayah aku." jawab Asyraf ringkas.

"Mana ayah kau? Aku pun lama tak nampak dia." tanya Farid lagi.

"Aku tak tahu Farid. Kalau aku tahu, dah lama aku cari dan pujuk dia suruh balik." jawab Asyraf dengan nada yang agak sedih.

Asyraf mula menangis. Dia hanya berani menunjukkan kesedihannya itu dihadapan Farid, satu-satunya sahabat yang paling dia percayai.

"Aku tidak pernah sangka semua ni jadi dalam keluarga aku. Sekarang hanya ada aku dan mak aku sahaja." sambung Asyraf lagi.

"Sabarlah Asy. Semua akan baik-baik saja. Bersyukurlah kau masih ada kedua-dua ibu dan ayah kau." kata Farid sambil memegang bahu sahabatnya itu.

"Sebenarnya Aku juga rindu mak aku Asy."

"Tapi aku tiada peluang pun untuk beritahu dia."

"Kau masih boleh jumpa ayah kau lagi. Tapi aku erm?" kata Farid dengan nada yang agak serius.

"Bertahanlah. Kalau aku boleh, kau pun boleh." sambungnya lagi.

Kemudian Farid memeluk Asyraf yang sedang menangis teresak-esak. Farid telah pun menganggap Asyraf itu sama seperti keluarganya sendiri.

"Marilah kita balik, dah nak Maghrib ni." kata Farid kepada Asyraf setelah sahabatnya itu tenang. Kemudian mereka pun pulang ke rumah masing-masing.

BROKEN HOMEWhere stories live. Discover now