Part 6: Sihat, Bukan Sembuh

6 1 0
                                    


Seminggu selepas Asyraf keluar hospital, dia sudah pun kembali sihat sepenuhnya. Dia sempat memberi nombor telefon ibunya kepada pihak hospital agar mudah untuk dihubungi jika berlaku apa-apa terhadap ibunya. Walaupun sudah seminggu berlalu, ibunya masih lagi tidak sedarkan diri. Ibunya yang berada dalam keadaan koma itu hanya bergantung kepada alat pernafasan yang disediakan oleh pihak hospital. Kira-kira pukul 4 petang, sewaktu Asyraf sedang mengemas barang untuk di bawa ke hospital, telefon ibunya berdering dan menunjukkan nombor daripada pihak hospital. Asyraf mula tidak sedap hati dengan perkara itu.

"Helo, ada apa ya?" kata Asyraf sebaik sahaja menyambut panggilan itu.

"Encik Asyraf, Encik perlu datang ke hospital sekarang juga."

"Ibu Encik sedang dalam keadaan kritikal." kata jururawat yang bercakap melalui telefon tersebut.

"Baiklah, saya dalam perjalanan sekarang." jawab Asyraf.

Sementara menunggu Farid, Asyraf berfikir sejenak. Dia tertanya-tanya bagaimana untuk dia meneruskan hidup tanpa ibunya. Asyraf tahu dia perlu berdikari sendiri kelak tetapi dia masih tidak boleh menerima ianya mungkin akan berlaku seawal ini memandangkan dia baru sahaja mencecah umur 20 tahun.

"Assalamualaikum!" suara seoarang lelaki kedengaran di luar rumah Asyraf.

"Waalaikumsalam." sambut Asyraf sambil menjenguk ke luar tingkap.

"Eh, Azizul. Ada apa?" kata Asyraf apabila Azizul sedang berdiri sambil melambai Asyraf di sisi kereta barunya.

"Marilah ikut aku, kita pergi hospital bersama." pelawa Azizul.

"Aku tahu apa yang berlaku kat keluarga kau daripada Cikgu Fahmi." sambungnya lagi.

"Oh,begitukah. Tapi Zul, kawan aku akan datang dan hantar aku pergi hospital dengan motor dia." balas Asyraf sambil menggaru kepala.

"Tak apa. Kita tunggu dia. Kita naik kereta saya sahaja." jawab Azizul lagi.

Sambil menunggu Farid tiba, Asyraf hanya berdiam diri. Azizul tahu dia tidak perlu bertanya macam-macam soalan kepada Asyraf selepas tragedi yang menimpa keluarganya. Mungkin dia takut Asyraf akan berasa sedih atau marah apabila mengimbas kembali peristiwa dua minngu lepas.

Tiba-tiba Asyraf memegang bahu Azizul dan menoleh dengan riak waja yang sedih.

"Zul, mungkin mak aku akan pergi tak lama lagi." kata Asyraf sambil perlahan-lahan air matanya jatuh di pipi.

"Eh, janganlah cakap macam tu Asyraf. Insya Allah, semua akan okay." balas Azizul dengan nada yang memujuk sambil memeluk Asyraf.

"Kenapa kau tak beritahu aku Asyraf? Kita kan kawan."

"Selepas dua minggu kau hadapi semua ni, baru aku dapat berita."

"Itu pun daripada Cikgu Fahmi." sambungnya lagi.

"Sorry lah Zul, fikiran aku serabut. Lagi pun aku cuma tak nak susahkan sesiapa." jawab Asyraf.

Tiba-tiba, Farid datang sambil berlari menuju kepada mereka.

"Sorry Asy, motor aku rosak."

"Rantai dia putus dan tak dapat jalan." kata Farid sambil mengelap peluh di mukanya dengan sapu tangan.

"Ouh, yakah."

"Tak apalah, kita naik kereta kawan aku sahaja." balas Asyraf.

"Eh, sebelum itu, perkenalkan, ini kawan aku. Nama dia Farid." kata Asyraf kepada Azizul.

"Rid, ini Azizul. Rakan sekelas aku." kata Asyraf lagi kepada Farid.

Selepas berkenalan antara mereka. Azizul memandu keretanya membawa Asyraf dan Farid ke hospital di mana ibu Asyraf di rawat. Dalam perjalanan ke hospital, mereka mula berbual-bual. Azizul yang sememangnya seorang yang peramah dan bertanya banyak soalan kepada Farid terutamanya tentang latar belakang keluarganya. Selain menjawab soalan Azizul, Farid yang sangat meminati bidang automotif bertanya tentang keistimewaan dan harga kereta Azizul. Sementara mereka berdua rancak berbual, Asyraf hanya terdiam sambil merenung ke luar melalui cermin kereta tersebut.

BROKEN HOMEWhere stories live. Discover now