Part 9: Akhiri kesedihan Ini

12 1 0
                                    

Oleh kerana Asyraf tiada sebarang rekod jenayah dan masih berumur 20 tahun, mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan sahaja kepada Asyraf kerana didakwah melakukan cubaan membunuh. Walau bagaimana pun, Pak Khalid meminta mahkamah memendekkan lagi tempoh hukuman tersebut kepada 6 bulan sahaja. Oleh kerana itu adalah permintaan mangsa, mahkamah menerima dan mengurangkan hukuman Asyraf.

"0314, kamu ada pelawat!" jerit pegawai penjara kepada Asyraf yang sedang duduk termenung.

"Aku tidak mahu berjumpa dengan sesiapa." balas Asyraf.

"Pergilah jumpa. Dia ayah kamu.." pujuk pegawai tersebut.

"Aku tak ada ayahlah!" jerit Asyraf.

Keesokan harinya, pegawai yang sama datang lagi.

"0314, kamu ada pelawat.." kata pegawai itu.

"Aku dah kata aku tak ada ayah!"

"Kau tak fahamkah!" jerit Asyraf.

"Mereka kawan-kawan kamu." kata pegawai tersebut.

Asyraf masih enggan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakannya. Mereka pulang dengan hampa.

"Kenapa Asyraf tidak mahu berjumpa kita lagi?" tanya Jenny kepada Azizul dalam perjalanan pulang.

"Aku tak tahu." jawab Azizul ringkas.

"Mungkin dia malu, atau segan berjumpa kita." kata Farid yang sentiasa bersangka baik.

"Alisya kan?" tanya Farid sambil menuding jadi pada Alisya.

"Em, ya. Saya Alisya. Kenapa?" balas Alisya.

"Ouh, kamu tahu tak yang Asyraf ada hati pada kamu?" tanya Farid.

"Yakah?" Alisya terkejut mendengar soalan Farid sambil tersenyum lebar.

Alisya sebenarnya menyukai Asyraf tetapi takut untuk meluahkannya. Dia tidak menyangka rupanya Asyraf juga amenyimpan perasaan padanya.

"Kenapa kau tak habis-habis senyum sendiri ni?" tiba-tiba Jenny menegur gelagat sepupunya itu.

"Eh, tak adalah."

"Tak ada apa-apa." balasnya sambil menggaru kepala.

Setelah seminggu di dalam penjara, Asyraf berperangai sangat pelik. Dia sering menangis pada waktu malam. Tetapi pada waktu siang dia hanya berdiam diri di dalam penjara. Pegawai penjara hairan melihat tingkah laku Asyraf yang suka menconteng dinding menggunakan makanan yang diberi kepadanya. Pegawai itu melaporkan perkara tersebut kepada pegawai kesiahatan mental.

Pada hari itu juga, doktor datang melawat dan membawa Asyraf berbual. Pegawai penjara itu menyediakan sebuah meja dan dua buah kerusi untuk memudahkan doktor tersebut berbincang dengan Asyraf.

"Asyraf, kamu apa khabar?" tanya doktor itu memulakan perbualan.

"Okay." jawab Asyraf ringkas.

"Kamu nampaknya suka menulis."

"Tulislah apa-apa yang kamu suka pada kertas ni." kata doktor sambil menghulurkan kertas dan sebatang pensel.

Kemudian Asyraf mula menulis sesuatu. Sementara itu, doktor tersebut cuba meneliti setiap tulisan yang ada pada dinding tempat Asyraf dipenjara. Pelbagai tulisan didapati ditulis menggunakan sayuran dan ubi kentang. Doktor cuba membaca tulisan-tulisan itu.

"Aku hidup dalam kematian.." membaca tulisan itu, doktor berlari keluar menuju ketempat Asyraf berada.

"Asyraf!" jerit doktor tersebut.

Setibanya di meja berkenaan, doktor menjerit meminta bantuan pegawai penjara.

"Hei, tolong!"

"Panggil ambulans!"

"Cepat!" jerit doktor tersebut.

Asyraf menikam dirinya berulang kali menggunakan pensel di bahagian perut. Doktor itu mendapati terdapat 5 kesan tikaman pada perut Asyraf. Doktor cuba mencegah pendarahan yang berlaku pada Asyraf dengan mengoyakkan baju Asyraf dan digunakannya untuk menutup lukanya sementara menunggu bantuan tiba. Walau bagaimana pun, Asyraf menghembuskan nafas terakhirnya di dalam penjara itu. Asyraf sebenarnya sedang mengalami kemurungan akibat kejadian yang menimpa keluarganya. Kesihatan Asyraf yang secara fizikalnya nampak sihat bukanlah bermaksud keadaan emosi dan mentalnya juga sihat. Trauma yang dihadapi olehnya adalah mimpi ngeri yang menjadi nyata. Setelah kematian ibunya, dendam yang dia genggam terhadap ayahnya menyebabkan dia bertindak diluar konsep anak mithali. Remaja yang berusia 20 tahun dan mempunyai cita-cita tinggi ini terpaksa mengubur impiannya bersama rasa perit yang tidak dapat diluahkan. Mayat Asyraf dituntut oleh ayahnya dan pengkebumian Asyraf dilakukan di kampung mereka. Pak Khalid sangat sedih dan amat berasa bersalah atas malang yang menimpa keluarganya disebabkan dirinya. Rakan-rakan Asyraf yang datang juga turut berduka. Malahan ada yang meratapi pemergian Asyraf termasuk Farid dan Alisya.

Hanya Tuhan yang tahu bagaiaman beratnya perasaan Asyraf menanggung semua kesedihan dalam hidupnya. Dia mengambil keputusan untuk mengakhiri kesediahannya dengan membunuh diri. Dia sempat menulis sesuatu diatas kertas yang diberikan oleh doktor tersebut sebelum menikam dirinya sendiri menggunakan pensel bertubi-tubi.

"Asyraf pergi dulu. Tolong Maafkan Asyraf..."

-TAMAT-





Kata Author....,

Thanks sbb baca...heheh

Tak Vote on tak apa...


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 25, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BROKEN HOMEWhere stories live. Discover now