Puan Salina yang sedang memasak di dapur tiba-tiba berasa tidak sedap hati. Dia merasa seakan-akan sesuatu yang buruk akan berlaku.
"Asyraf, kamu sedang buat apa tu? Mari makan." kata mak Asyraf dengan nada yang sedikit lantang.
"Baik Mak, kejap lagi Asyraf keluar." jawab Asyraf.
Semasa sedang menikmati makanan yang dimasak oleh ibunya. Asyraf terdengar pintu rumah mereka diketuk dengan kuat sambil kedengaran suara yang memanggil-manggil nama ayahnya.
"Khalid!"
"Buka pintu ni, aku tahu kau ada kat dalam!"
"Keluar! Buka pintu ni cepat!"
Suara itu kedengaran amat kuat dengan nada yang sangat marah. Asyraf menuju ke arah pintu rumah untuk membuka pintu tersebut.
"Asyraf! Jangan buka."
Tiba-tiba ibunya yang masih bertelekung keluar dari dalam biliknya dan melarang Asyraf membuka pintu.
"Itu mesti orang-orang yang mahu menagih hutang ayah kamu. Jangan buka pintu." tambah ibunya lagi.
"Tapi mak, kalau dibiarkan. Lama-kelamaan pintu kita akan dipecahkan." jawab Asyraf.
"Biarkan saja. Mak telefon polis sekejap." kata Puan Salina sambil menekan nombor-nombor pada telefon bimbitnya.
"Hello Tuan, saya nak buat report ni. Saya nak minta tolong, ada orang yang sedang ketuk pintu rumah saya dengan kuat sambil menjerit." kata Puan Salina sebaik sahaja pihak polis menyambut panggilannya melalui telefon.
"Tolong datang ke sini cepat Tuan, saya takut." sambungnya lagi.
Kemudian ibu Asyraf meletakkan telefon tersebut selepas memberi alamat rumah mereka kepada pihak polis.
"Mak dah telefon, kita tunggu sampai pihak polis sampai. Jangan buka pintu tu." kata Puan Salina kepada anaknya.
"Pergi masuk bilik kamu." sambungnya lagi.
"baik mak." jawab Asyraf dengan riak wajah yang sangat risau dan takut.
Tidak sempat Asyraf berganjak dari tempat dia berdiri, tiba-tiba pintu rumah mereka dipecahkan menggunakan parang. Lalu tiga orang lelaki masuk dan terus memeriksa almari serta bilik Puan Salina dan anaknya. Seorang daripada tiga lelaki tersebut mengacukan parang kearah Puan Salina.
"Mana Khalid? Mana suami kamu?" tanya lelaki tersebut dengan suara yang lantang dan marah.
"Dia mempunyai hutang sebanyak 5 000 ringgit akibat kalah dalam perjudian! Tetapi sekarang dia bersembunyi?" sambung lelaki itu.
"Mana dia? Kalau kamu cuba bersubahat, saya akan bunuh kamu!" sambungnya lagi.
"Aku tidak tahu dia pergi kemana. Sudah tiga hari dia tidak pulang ke rumah." jawab ibu Asyraf sambil menangis ketakutan.
"Tolong jangan apa-apakan kami. Kami betul-betul tidak tahu dia dimana." rayu mak Asyraf lagi.
"Boss, tiada apa-apa yang berharga di sini. Rasanya Khalid pun tiada di sini." kata salah seoarang lelaki yang memeriksa setiap sudut rumah mereka.
Dengan muka marah dan kecewa, lelaki yang di panggil 'Boss' tadi menarik tangan Asyraf sambil memberi amaran kepada Puan Salina.
"Kalau kamu tak bayar 5 000 ringgit itu dalam minggu ini, kamu tidak akan dapat bertemu dengan anak kamu lagi. Beritahu suami kamu!" kata lelaki itu sambil membawa Asyraf keluar.
"Jangan apa-apakan anak saya! Tolonglah!" Puan Salina menangis dan menarik tangan Asyraf.
"Lepaskan aku!"
"Lepaskan aku bodoh!"
"Kau akan menyesal buat mak aku menangis."
"Lepaskan aku, anjing!" jerit Asyraf dengan nada yang sangat marah.
Walaupun lelaki jahat itu berusaha melepaskan tangan Asyraf daripada genggaman tangan ibunya, Puan Salina enggan melepaskan tangan anak lelakinya itu malah menggenggamnya sekuat hati dan sepenuh tenaga. Tiba-tiba seorang daripada lelaki jahat itu menampar Puan Salina dengan kuat sehingga terbaring di lantai.
"Rasa kan kau perempuan bodoh!" kata lelaki itu.
Melihat keadaan itu, Asyraf berasa sangat marah sehingga bertindak melawan secara fizikal. Dia menggigit tangan lelaki yang memegangnya untuk melepaskan diri. Lalu dia berlari ke arah ibunya.
"Mak!"
"Mak okay kah? Mak tak apa-apa?" katanya sambil memegang bahu ibunya serta mendudukkan ibunya yang sedang terbaring. Walau bagaimanapun, ibu Asyraf telah pengsan akibat tamparan kuat lelaki itu.
Kemudian salah seorang daripda penjenayah tersebut cuba menyerang Asyraf menggunakan parang. Asyraf sempat menahan tangan lelaki tersebut dan melawan sedaya upaya. Dia sekali lagi menggigit tangan lelaki tersebut sehingga parang yang dipegangnya dilepaskan ke lantai.
Sejurus selapas itu, dia dengan pantas mengambil parang tersebut dan mengacukannya kepada para penjenayah itu.
"Kamu takkan terlepas!"
"Aku dah kata, kamu akan menyesal membuat mak aku menangis."
"Polis sedang dalam perjalanan ke sini, siaplah kamu!" jerit Asyraf dengan perasaan yang penuh amarah.
Tiba-tiba kedengaran siren kereta polis berbunyi dari kejauhan. Belum sempat mereka melarikan diri, rumah Puan Salina telah pun di kepung oleh beberapa orang pegawai polis yang bersenjatakan pistol.
Ketiga-tiga lelaki tersebut mula berasa cemas. Salah seorang daripadanya cuba melarikan diri melalui tingkap rumah tetapi gagal apabila polis melepaskan satu das tembakan yang mengenai kakinya. Akibat daripada tindakan itu, dua orang lagi penjenayah tersebut cuba menjadikan Asyraf dan ibunya sebagai tebusan.
"Rumah ini telah dikepung. Menyerah sekarang!" jerit pegawai polis sambil mengacu pistol ke arah pintu rumah Puan Salina.
"Jangan maju!"
"Kalau tidak, mereka berdua akan mati!" jerit salah seorang daripada lelaki tersebut. Mereka cuba mendapatkan Asyraf tetapi gagal kerana Asyraf masih lagi memegang parang dan mengacukannya kepada mereka.
"Jauhkan diri kamu daripada aku dan mak aku!"
"Jangan berani-berani sentuh mak aku lagi!"
"Menyerah sahaja. Kamu sudah tiada pilihan lain lagi." kata Asyraf sambil mengacukan parang kepada dua lelaki tersebut.
Tiba-tiba, salah seorang daripada lelaki itu meluruh kearah Asyraf dan cuba merebut parang yang ada padanya. Semasa pergelutan itu berlaku, seorang lagi lelaki jahat itu memukul Asyraf di bahagian belakang sehingga dia tiada pilihan lain selain melepaskan parang tersebut. Asyraf akhirnya terjatuh ke lantai dan senjata yang dipegangnya jatuh ke tangan penjenayah tersebut.
"Hah, mati kau!" jerit lelaki itu sambil cuba menikam Asyraf yang terbaring lemah.
"Bang!!!"
Bunyi tembakan yang begitu kuat kedengaran menyebabkan Puan Salina tersedar daripada pengsan dan mendapati anaknya yang terbaring berlumuran darah dengan mayat seorang lelaki menindih tubuh Asyraf. Semasa dia ingin menuju kearah anaknya dengan cara merangkak, seorang lagi lelaki jahat yang masih hidup itu bertindak kejam menandang ibu Asyraf dengan kuat di bahagian kepala berulang kali. Asyraf yang berada dalam keadaan separuh sedar hanya dapat melihat kejadian itu secara samar-samar.
Pada masa itulah, polis masuk dan memberkas lelaki tersebut. Beberapa minit selepas itu, dua buah ambulans pun tiba untuk membawa Asyraf dan ibunya serta penjenayah-penjenayah tersebut ke hospital untuk rawatan.
YOU ARE READING
BROKEN HOME
Short StoryJangan... "Aku nak duit!" "Beri aku duit! Cepat!" Pada pukul 2 pagi, Asyraf terjaga dari mimpi indahnya apabila terdengar suara garang ayahnya. Hampir setiap malam.....