Asyraf membuka matanya perlahan-lahan. Dia seakan-akan baru terjaga dari tidur yang panjang. Di atas katil hospital itu, dia menoleh ke kiri dan kanan. Dia mendapati Farid sedang tidur sambil berduduk diatas kerusi.
"Farid.."
"Farid..." panggil Asyraf dengan suara yang sangat lemah. Farid masih tidur dan tidak terjaga oleh panggilan sahabatnya yang sangat perlahan itu. Kemudian Asyraf cuba menggerakkan tangannya mencapai tangan sahabatnya itu.
Sambil memegang tangan Farid, Asyraf sekali lagi memanggil nama Farid.
"Farid.." kata Asyraf.
"Eh, Asy!"
"Kau dah sedar. Alhamdulillah!" kata Farid sebaik sahaja terjaga dari tidurnya.
"Doktor!"
"Doktor! Kawan saya dah sedar! Asyraf dah sedar doktor!" jerit sahabatnya itu lagi.
Kemudian seorang doktor bersama beberapa orang jururawat datang ke bilik itu. Mereka memeriksa keadaan Asyraf yang telah tidak sedarkan diri selama 3 hari itu.
"Mana keluarga kamu yang lain?"
"Ayah kamu mana?" tanya doktor kepada Asyraf.
Asyraf langsung tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada doktor.
"Dia adalah anak tunggal doktor."
"Ayah dia telah lama menghilangkan diri." kata Farid kepada doktor tersebut.
"Kalau begitu, kamu siapa?"
"Kamu keluarga dia? Sepupu?" tanya doktor itu kepada Farid.
"Eh, saya cuma kawan dia." jawab Farid.
"Kalau begitu, saya akan terus bercakap dengan Asyraf tentang keadaan dia sekarang." jelas doktor tersebut kepada Farid.
"Asyraf, saya akan beritahu kamu tentang keadaan kamu. Kamu hanya perlu mendengar jika tiada apa-apa soalan."
"Saya tidak akan tanya apa-apa soalan kepada kamu." kata doktor itu dengan nada yang perlahan.
"Kamu telah koma selama 3 hari dan hari ini kamu sedarkan diri. Keadaan kesihatan kamu sekarang berada ditahap yang stabil dan semakin pulih."
"Kamu cuma perlu banyakkan rehat, minum dan makan makanan yang berkhasiat." jelas doktor itu kepada Asyraf.
"Lagi satu, kamu jangan berbaring terlalu lama. Sekali sekala berjalanlah, gerakkan anggota tubuh kamu." tambahnya lagi.
"Okay, itu sahaja. Nanti selepas semua dokumen sudah siap, kamu boleh keluar hospital hari ini." kata doktor itu lagi.
"Macam mana dengan ibu saya?" tiba-tiba Asyraf bersuara.
"Ibu kamu sedang dalam rawatan Asyraf."
"Doktor sedang buat yang termampu sebaik mungkin."
"Sekarang kita serahkan semuanya kepada Tuhan." jawab doktor itu sambil memegang bahu Asyraf.
"Asy, kau kena berehat dulu." kata Farid dengan nada memujuk.
"Nanti aku tengokkan mak kau."
"Jangan risau. Semua akan baik-baik saja." tambahnya lagi.
Ibu Asyraf diletakkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana berlaku pendarahan dibahagian kepala dan otak akibat kejadian pada malam itu. Mengetahui perkara itu, Asyraf mula berdendam terhadap ayahnya. Perasaan rindu yang tidak terlunas itu tiba-tiba bertukar menjadi dendam yang membara.
"Semua ini berlaku disebabkan oleh ayah."
"Aku takkan maafkan ayah sampai bila-bila." bisik hati Asyraf.
********************
YOU ARE READING
BROKEN HOME
Short StoryJangan... "Aku nak duit!" "Beri aku duit! Cepat!" Pada pukul 2 pagi, Asyraf terjaga dari mimpi indahnya apabila terdengar suara garang ayahnya. Hampir setiap malam.....