4 : Hasutan Syaiton

76 5 2
                                    

" Bye Hariz  bye Werix "

" Bye "

" Lesya , balik nanti reply chat tau "

pesan Hariz sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk. Lesya hanya tersenyum melihat telatah Hariz .

" Lesya , dulu kalau kau jumpa dengan Hariz bukan main kau kena buli "

" Tapi sekarang dah berubah jadi sweet couple la pulak "

Usik Yaya sambil mencuit Lesya . Lesya menafikan perkara tersebut kerana dia hanya menganggap Hariz rakan sekolahnya sahaja .

" Nah Yaya , aku beli ayam goreng abang pondan pujan hati Melia  untuk kau "

" Eh memandai je kau sister "

Syaza dan rakan-rakannya masuk ke kelas . Mereka berbual sambil melihat kearah Lesya .

" Azrul , Halim , Mukhlis korang dah siap ke tugasan Teacher Fatonah ? "

" Dah "

Zul dan rakan-rakannya masuk ke kelas . Bebola mata Syafiq melihat kearah Lesya seakan-akan ada yang tidak kena .

" Hey Melia , jangan ingat aku nak suka kau la " , sergah Faizul

" Angin takda ribut takda taufan takda tapi gila yang ada dah kenapa kau ni ? "  , soal Lesya

"Lesya kau diam . Aku pon tak teringin la dengan kau ! Kau ingat aku nak sangat dengan kau . kau tu dahla hodoh? " , bidas Syafiq

Syaza dan rakan-rakannya tersenyum kambing melihat Lesya dan Melia . Mereka seakan-akan puas hati kerana rahsia musuh mereka sudah dibongkari .

" Tersenyum-senyum  macam orang gila " , perli Halim

" Tak selamanya korang akan kalah , bangkit dan yakinlah bahawa ..... "

"Setiap kekalahan akan membawa kemenangan suatu hari nanti " , sambung Mukhlis

Azrul dan Mukhlis menenangkan Lesya dan Melia . Syafiq dan Faizul hanya mendengar sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri .

Lesya cepat-cepat bergegas pulang kerumah  untuk membalas whatsapp Hariz . Hariz dan Lesya semakin rapat sejak Wiwin dan Werix meninggalkan mereka jalan bersama .

||❤️||

" Assalamualaikum perhatian kepada pelajar terpilih . Sila datang ke tapak perhimpunan sekarang "

Ulang suara ...

" Perhatian kepada pelajar terpilih . Sila datang ke tapak perhimpunan sekarang "

" Lesya , kami kena gerak ke tapak perhimpunan . Ada taklimat untuk Kem Kembara Remaja yang akan diadakan 3hari 2malam"

" Okay , bye korang "

Melia , Yaya dan Iris bergerak ke tapak perhimpunan disusuli dengan Halim,Azrul,Mukhlis , Syafiq dan Faizul .

Pada waktu rehat , Lesya hanya berjalan seorang diri .

" Lesya ! Lesya ! Tunggu aku " , jerit Hariz yang dikategorikan sebagai budak pendek2 .

Lesya berhenti di bangku hadapan koperasi sekolah . Setelah 2minit baru Hariz sampai kepadanya .

" Kau merangkak ke kau jalan ? " , soal Lesya .

" Aku jalan la tapi tadi aku singgah jap kat hati kau "

jawab Hariz dengan muka tidak bersalah . Lesya terkedu dan tidak melayankan karenah nakal Hariz .
Mereka menuju ke kantin bersama-sama sambil berbual kosong tentang Wiwin dan Werix .

" Oh patutla Wiwin  tak datang sekolah . Rupanya demam "

" Ya , Werix ada cakap yang dia dengan Wiwin demam .  Dah nama jodoh semua mesti sama " , balas Hariz .

Usai waktu rehat , Lesya pulang ke kelas 6Mutiara . Syaza dan Putri sudah berada di tempat mereka sambil melihat Lesya dalam keadaan menyakitkan hati .

" Sabar Lesya , sabar " , bisik hati Lesya

Ketika ketiadaan rakan-rakan Lesya , Lesya hanya belajar secara berseorangan sahaja. Zul dan Haikal tidak bercakap dengan Lesya kerana peristiwa yang berlaku tempoh hari .

" Ya Allah , sunyinya aku . Kenapa aku tak terlibat sekali dalam kem ? " 

Lesya tertanya-tanya . Masih ada lagi rakan sekelas cuma semua tidak bercakap dengan Lesya kerana hasutan Syaza . Syaza merasakan dia mendapat  kemenangan besar dan menganggap Lesya mendapat kekalahan .

____________________________________

[ Whatsapp  ]

haikal classmate
kau knapa diam kt skolah tdi ?

thelesyaa
sja

haikal classmate
diorang pulau kau ke ? aku tngk diorang xcakap sebabtu aku xbrani nk tegur kau

thelesyaa
ntahla . aq malas nak pikir

haikal classmate
cakap la .aq boleh je nakjadi pendengar mslh kau

thelesyaa
ya , diorang pulau aku . kau nk aku ckp cmna lgy ?

haikal classmate
xda ap . bye aku nak siapkan tugasan

thelesyaa
bye . takecare bro

____________________________________

" Nice to see you dear "

" Lamanya takjumpa kau Lesya "

" Aku rindu kau . hahaha "

Lesya terkejut melihat rakan-rakannya sudah pulang dari kem tersebut .Lesya menceritakan perkara yang terjadi sepanjang ketiadaan mereka .

" Weyh Lesya , serius la yang si Haikal tu chat kau ? "

Melia dan Yaya seakan-akan tidak percaya kerana baginya perkara tersebut mustahil berlaku .

" Lesya,  kau nak tahu tak Yaya kan sekarang dia dengan ...............  "

tidak sempat Melia menghabiskan ayat , Yaya terus menyuapkan roti benggali kedalam mulutnya .

Halim dan Mukhlis tergelak kecil melihat perkara tersebut . Mulut Melia seperti ikan buntal  kerana dipenuhi roti benggali .

" Azrul , tengok princess kau buli Melia  sampai bertukar menjadi ikan buntal pagi-pagi ni " ,

Mukhlis mengadu kepada Azrul. Yaya tergamam dan tidak mampu berkata. Lesya tersenyum melihat reaksi muka Yaya

ALAHAI , BUDAK PENDEK ✔️Where stories live. Discover now