14 : Dasar cicak

35 5 0
                                    

" Lesya kau ok ? "

" Aku okay dah . Kau jangan risau "

" Orait princess "

Faiz mentabik Lesya . Faiz dan Lesya membesar sejak kecil . Hubungan mereka menjadi semakin akrab kerana kedua-dua ibu bapa mereka adalah rakan sekerja .

" Lesya , jom jalan-jalan pusing rumah "

"  Pusing rumah ? "

Lesya ketawa riang apabila mendengar perkataan tersebut daripada mulut Faiz.

" Eh , bukan pusing rumah la "

" Habistu ? "

" Pusing taman "

" Yela boss . Saya Nurin Alesya Qaseh bersedia menurut perintah "

Kemudiannya , mereka memulakan perjalanan mereka untuk pusing taman .

" Hah , penat la bongok "

" Kau penat sebab kau pendek , aku tak penat pon "

" Halah-halah , tibernya kau "

Lesya memerli Faiz sambil menjelingnya . Tiba-tiba , Uncle Taufik yang merupakan papa kepada Faiz menyapa Lesya .

" Korang kat sini rupanya , penat uncle cari "

" Kenapa uncle cari kitorang ? "

Lesya menyoal kerana dia buntu dengan kehadiran Uncle Taufik . Faiz juga tergamam apabila papanya tiba-tiba muncul disitu .

" Uncle nak ajak keluarga Lesya makan malam kat rumah uncle . Ada benda Uncle  nak bincang dengan abah Lesya "

" Oke uncle , nanti Lesya sampaikan kat abah "

" Uncle balik dulu ya . Faiz kamu jangan lupa balik rumah . Nanti mama kamu bising "

" Pa , Faiz pergi sekali dengan Lesya jela "

" Lesya kamu tengok-tengok si Faiz ni "

pesan Uncle Taufik . Kemudiannya dia bergegas pulang kerana ingin membawa Aunty Anis membeli barang keperluan untuk makan malam nanti .

Lesya dan Faiz meneruskan rondaan mereka . Mereka seperti pengawal keselamatan yang mengawal keadaan taman .

Tiba-tiba ......

" Kau dah lupakan Hariz ? "

" Entahla . Kadang aku teringat jugak kenangan dengan dia tapi aku buat tak layan jer sebab taknak ingat dia lagi "

" Em okay "

Jam menunjukkan tepat pukul 6petang .

" Eh cepat Faiz . Jom balik rumah aku "

" Hah ? Tak habis lagi kita ronda "

" Alah kau ni esok pon boleh sambung la . Aku nak kena bagitau mama dulu pasal makan malam kat rumah kau tu "

" Kenapa pulak  ? "

" Kau jangan banyak cakap la . Cepatla ikot aku balik . Kalau aku lambat bagitau nanti mama aku dah masak "

Lesya menarik tangan Faiz menuju ke jalan rumahnya . Faiz terkial-kial kerana seliparnya terputus .

" Adoi kau ni , jalan pon lembap . Tadi bukan main ejek aku "  , Lesya memprotes .

" Kau kalut sangat . Tengok selipar aku dah putus . Papa aku beli mahal kau tahu tak selipar ni ? Original LV tau "

Faiz membebel kepada Lesya . Perasaan tidak puas hati dengan Lesya semakin membuak-buak kerana Lesya menarik tangannya seperti mengheret lembu sekandang .

" Ganas betul minah pendek ni , depan orang lain kau pura-pura lemah lembut . Kau fikir orang akan cair dengan kau "  , bisik hati Faiz .

Setelah sampai di rumah , Lesya terus berlari kearah mamanya.

" Mama ! Mama ! Uncle Taufik jemput kita makan malam kat rumah diorang , tapi Faiz pon akan ikot tau ma sebab dia tak balik rumah dia lagi "

" Nanti kamu siap-siap . Jangan lupa bagi kemeja yang mama baru beli tu kepada Faiz ya "

" Kemeja tu bukannya mama kata dua-dua helai Lesya punya ?  Tak adil la ma "

" Satu Lesya punya , lagi satu anak kesayangan mama punya la "

" Em yela , nanti Lesya bagi kat dia "

Lesya mengeluh sambil bergerak ke biliknya . Dia menyangkakan kedua-dua helai kemeja tersebut adalah miliknya tetapi anggapannya salah .

Tibanya dia di ruang tamu , dia terlihat seekor cicak tengah membalas whatsapp kepada girlfriend nya .

" Amboi , amboi si cicak ni . Kalau kau nak senyum sorang-sorang tu aku tak kisah tau , tapi tak perlu la nak peluk kasut buruk kau tu "

" Kasut buruk kau panggil ? Ni original LV kau tau tak ? Penat aku pujuk papa aku nak beli ni tau "

Lesya tergelak kecil melihat Faiz . Faiz juga memiliki ketinggian yang dikategorikan sebagai pendek tetapi disebabkan dia memiliki ketinggian 2cm lebih daripada Lesya , Dia dianggap sebagai cicak tinggi.

Lesya ternampak chatting Faiz dengan Melinda hang merupakan girlfriends kepada Faiz .

____________________________________

[ Whatsapp ]

faizfaiz
sayang dah makan ?

sayang
dah , makan malam jer belum.
awak ada katmana ?

faizfaiz
ada dekat rumah Lesya pendek yang senget tu .
Sayang kenal kan dia tu ?

sayang
kenal .
tengok jer pendek tapi kalau dia borak memang tak boleh stop

faizfaiz
hahha , betul sangat
sayang nak tau tak ?

sayang
nak nak .

faizfaiz
dia bagi putus selipar original LV  tuh hm

sayang
beli la baru
syg nak mandi jap ek .
byebye . loveyou
____________________________________

Setelah semua sudah bersiap-siap , mereka bertolak ke rumah Faiz yang berada tidak jauh daripada rumah Lesya .

" Assalamualaikum anis , "

" Waalaikumsalam , jemput la duduk "

Mereka menjamah makanan yang disediakan oleh mama Faiz .

" Yazid , memandangkan kita selalu sibuk kerja , aku ada plan  "

" Plan apa tuh "

" Apa kata kita bercuti di Pulau Tioman di Terengganu "

" Ehehehe papa aku ajak pergi bercuti weyh. Kau tolongla aku pujuk papa kau untuk bawa Melinda aku "

Faiz membisik kearah Lesya. Dia begitu teruja apabila mendengar tentang peristiwa tersebut dan mula membayangkan kisah cerita cinta dia dan Melinda ketika disitu .

" Oh kau ni pandai ek sekarang . Untungla kau ada girlfriend , daripada aku ni takda langsung "

Lesya memasamkan mukanya tanda tidak setuju dengan cadangan Faiz untuk mengajak Melinda menyertai pelancongan mereka itu.

" Bolehla Lesya . Please "

" Hm "

" Ala Lesya , bolehla . Nanti bila kita kat sana , aku cari boyfriend untuk kau "

Faiz tidak jemu-jemu memujuk Lesya untuk mambawa Melinda kesayangannya itu .Lesya hanya mengiyakan sahaja kerana selagi Lesya tidak bersetuju , Faiz akan membuat bising dengan merayu kepadanya .

ALAHAI , BUDAK PENDEK ✔️Where stories live. Discover now