1 : Hai Sekolah

285 10 1
                                    

"Hi semua , welcome back to school "

jerit Nurin Alesya Qaseh yang sudah berada di hadapan pintu kelas baharu mereka .

Nurin Alesya Qaseh merupakan gadis kelahiran Kedah dan lebih mesra jika disapa sebagai Lesya . Lesya amat terkenal dengan sikapnya yang periang dan lemah lembut tetapi memiliki ketinggian yang pendek.

Tiba-tiba 'gedebum' , semua pelajar 6Mutiara kelihatan terkejut apabila terdengar bunyi tersebut . Yaya dan Wiwin cepat bergegas ke koridor kelas . Ternyata sekumpulan budak nakal telah menjatuhkan meja semasa mengalihkan meja dari koridor ke kelas mereka .

Yaya melambai ke arah budak nakal itu . Mereka membalas dengan 'flying kiss ' kepada Yaya .

" Melebih pulak diorang ni , jom kita masuk ke kelas Wiwin " , ajak Yaya .

Yaya dan Wiwin masuk ke kelas dan menceritakan tentang bunyi tersebut .

Tepat jam 7.40 am , guru kelas masuk ke setiap kelas untuk memeriksa kelengkapan pembelajaran . Semua pelajar mempunyai kerusi dan meja kecuali Lesya . Lesya hanya mempunyai kerusi . Cikgu Syamsul meminta Lesya untuk ke kelas 6Permata untuk mengambil meja yang lebih .

" Woi Halim Mukhlis , teman aku jap . Aku takut nak berhadapan dengan kumpulan budak nakal tu " , ajak Lesya .

Lesya amat takut dengan kumpulan budak nakal itu kerana dia pernah dibuli oleh mereka pada tahun lepas .

"Assalamualaikum , Cikgu Syamsul suruh saya ambil meja sebab meja kelas saya tak cukup " , ujar Halim dengan nada sederhana .

Kumpulan budak nakal yang diketuai oleh Hariz memandang tajam ke arah Lesya . Lesya cepat-cepat melajukan langkah ke arah kelas .

Setelah tiba dikelas , Cikgu Syamsul meminta pelajar untuk menyusun kerusi meja secara berkumpulan . Lesya , Wiwin , Yaya , Halim , Mukhlis dan Syafiq merupakan kumpulan UMT . Lesya dilantik untuk menjadi ketua kumpulan tersebut dan akan dikenakan hukuman yang berat sekiranya jika ahli kumpulan tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi .

"Kamu perlu ingat bahawa tahun ini kamu akan mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) " , pesan Cikgu Syamsul kepada pelajar 6Mutiara .

Syaza tersenyum angkuh sambil melihat Lesya . Lesya tidak melayankan perbuatan Syaza keatasnya kerana Lesya beranggapan Syaza merupakan seorang yang memiliki sifat dengki sekiranya prestasi salah seorang pelajar tertinggi daripadanya .

Semua murid berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bersedia menghadapi UPSR meskipun masih awal tahun . Cikgu Syamsul juga menjanjikan tawaran hadiah kepada pelajar yang berjaya mendapat A dalam subjek Bahasa Melayu .

"Hey perempuan ,kau ingat kau akan dapat tandingi prestasi aku ? Pergi mimpi je la kau . Aku tetap akan dapat nombor pertama dalam peperiksaan " , ujar Syaza dengan angkuh sekali .

Pelajar 6Mutiara amat terbiasa dengan sikap Syaza yang sering bermusuhan dengan Lesya .

||❤️||

Pada waktu rehat , Lesya , Wiwin dan Yaya ke kantin untuk membeli makanan . Manakala Halim dan Mukhlis ke kantin bersama pelajar lelaki 6Mutiara yang lain . Yaya dan Wiwin gemar bertegur sapa dengan pelajar 6Permata kerana Wiwin bercinta dengan Werix (pelajar 6Permata) .

"Hariz , cepat Hariz ! " , jerit Werix .

"Kau kenapa Werix memekak jer ? " , tanya Hariz yang bingung kerana Werix kelihatan tergesa-gesa semasa memanggilnya .

" Lesya tengah beli makanan tuh , cepat kacau dia " , cadang Werix .

" keh mah reng xai nat no " , bebel  Wiwin kepada Werix

Hariz bergegas ke tempat Lesya membeli makanan .

'Pangggggggg !!!!!!!! '

"Uppsss , maaf terlanggar " , ujar Hariz dalam keadaan menahan ketawa .

Lesya terus berlari ke kelas tanpa menghiraukan Yaya dan Wiwin .

"Lesya bukan kau cakap kau lapar ke ? Cepatnye kau makan " , ujar Azrul seakan akan buntu dengan sikap Lesya .

Lesya hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu Azrul memberitahu Cikgu Syamsul tentang peristiwa tersebut .

ALAHAI , BUDAK PENDEK ✔️Where stories live. Discover now