GELAP 4

188 64 39
                                    

<<>>

Setelah selesai segala kewajipan, Aliya duduk di birai katil, diam merenung.

"Apa dh jadi dengan aku ni, sejak kebelakangan ni mimpi pelik 2, haih tak boleh jadi ni aku kena cari apa jadi sebenarnya.

Ringtone iphone Aliya berdering..(everything has changed it all happen for a reason~) tertera nama Zamil di skrin telefon nya.

"Haa hello Mil asal call malam malam ni?"

"Sorry la Liya aku call ni ada benda nak bagitau."

"Apa dia Zamil?"

"Tadi masa kat sekolah time kau jalan balik dengan Nurin, sebenarnya aku ikut korang dari belakang sebab..

"Sebab?"

"Sebab aku nampak orang lain selain kau dengan nurin."

"Biar betik kau ni Mil."
Aliya ragu untuk percaya kata kata Zamil

"Ye Liya aku tak tipu, aku nampak lembaga hitam tepi kau, aku jerit panggil kau tapi kau jalan terus je last last, aku biar je tapi aku call kau ni sebab aku rasa kau kena tau benda ni bahaya wei."

"Ouh hm sebenarnya, aku memang macam diganggu lately ni aku tak tau kenapa nanti la aku tanya parents aku."

"Okay take care tau."

Panggilan itu berakhir dan membuatkan kepala Aliya semakin berat memikirkannya lalu terlelap tidur.

                                         ######

Tepat jam 3 pagi, bunyi ketukan pintu bilik memecah kesunyian yang membuatkan Aliya terbangun dri tidur

"Tok tok tok!" Bunyi ketukan pintu yang agak kuat."

"Aduh siapa pula setengah pagi ni ketuk ketuk pintu ni kacau betul la" kata Aliya yang masih lagi mamai.

Baru sahaja turun dari katil, tangan Aliya hendak mencapai tombol pintu.

"BUKA PINTU!"

Pergerakan Aliya terhenti, terkejut dengan lontaran suara yang garau itu dari luar bilik. Nafasnya tunggang terbalik tidak teratur kerana cemas, Aliya terus melompat ke atas katil menutup satu badannya dengan selimut menggigil ketakutan, ketukan kuat itu terus kedengaran sehingga Aliya tertidur semula kerana teramat takut.

Keesokan paginya, Aliya bangun dari alam mimpinya dan terus mencapai tualanya.

"Aku mimpi apa eh semalam?"
Tanya dia kepada dirinya

Sambil memikirkan benda yg bermain di fikiran nya itu, dia terus mandi menyegarkan diri dari ngantuk untuk ke sekolah pagi jumaat itu.

Setelah siap Aliya mencapai buku buku untuk dibawa sekali dan mencapai tombol pintu lalu dibuka.

Terkejut beruk apabila Aliya melihat kesan cakaran pada pintu bagai mahu gugur jantung dibuatnya. tanpa dihiraukan, Aliya terus berjalan keluar dari rumah untuk ke Smk Tun Perdana iaitu sekolahnya.

Sambil berjalan, ditemani angin segar pagi minda Aliya ligat berfikir.

"Siapa yang cakar pintu aku tu eh, takkan la ibu, tak mungkin laa haih. Nurin, i need you!" Jerit hati nya yg memerlukan sahabat karib nya Nurin.

"Takkan aku nak bagitau Zamil, dia tau ke benda benda ni haih, Ya Allah kenapa aku tak tanya ibu semalam apa dah jadi dengan aku actually."

Aliya terus berjalan agak laju kerana sudah agak lambat, itu sudah menjadi kebiasaan bagi Aliya tetapi, perkataan lambat datang sekolah itu tidak menjejaskan prestasi pelajarannya kerana Aliya sudah bertekad mahu mengubah nasib keluarga nya menjadi lebih baik.

                                       ######

Setelah menjejakkan kaki di Smk Tun Perdana Aliya terus mencari Nurin dan Zamil yang tidak kelihatan entah kemana.

"Aduh mana korang, kelas dah nak start ni jangan kata tak datang ish"herdik Aliya perlahan.

Setelah 10 minit mencari,Aliya masuk ke kelas 5 merak, akhirnya terpaksa mengalah mencari kedua dua sahabatnya.

*Dukk* meja diketuk oleh Syah iaitu kawan sekelasnya yang bersifat agak annoying.

"Eh Cik Liya sayang mana Zamil?"

"Apa kau ni sayang sayang ish, mana aku tau dari tadi aku cari tak jumpa penat dah aku."

Syah hanya mengangguk tanda faham.

Lalu secara tiba-tiba Zamil dan Nurin masuk ke kelas dengan tergesa gesa.

"Aliya!! Jerit Nurin."

"Kau kena tolong aku, ada benda aku nak siasat ni."

"Apa dia?" Tanya Aliya hairan.

"Aku dengan Zamil nak pergi cari rekod cikgu hakim yang dh mati 4 tahun lepas, aku nak tau betul ke dia mati sebab sakit jantung tu agaknya cikgu tu mati sebab hantu kacau dia, hm kau tau kan sekolah kita ni banyak benda benda ghaib ni."

Aliya terkejut dengan pernyataan Nurin dan Zamil hanya kaku berdiri di sebelah Nurin memeluk tubuh.

"Tapi.." Aliya sememangnya ragu ragu untuk menolong dua sahabatnya, kerana dia penakut dan tidak berminat dengan perkara perkara mistik.

"Ah tak ada tapi tapi, kau tolong la, tapi kita orang nak pergi balik ni, bukan sekarang." Zamil mencelah dengan penuh semangat.

"Ye..yelaa aduh korang ni."

"aku nak join juga." Tepis Syah yang memasang telinga mendengar perbualan Aliya,Nurin dan Zamil.

"Adu kau ni, dah macam toyol mana aku pergi kau nak ikut, haih yelah yelah, kau nak ikut jom sekali balik ni." kata Zamil yang agak kasar itu kepada Syah sambil menjeling.

"Weh, aku nak beli air la kat vending nak ikut tak?" Nurin secara tiba-tiba bersuara.

"Tak nak, kau pergi la seorang, nanti jumpa makcik ros minta kat dia air sirap sekali."

Aliya memberi botol air nya untuk diisi air sirap kepada Nurin yang memang sudah kenal dengan perangai Aliya yang sangat rapat dengan makcik Ros iaitu penjual di kantin sekolah sudah 10 tahun makcik Ros berhidmat di Smk Tun Perdana.

P/S ( sampai sini dulu kot chapter 4 ni sorry lambat update chapter 4 ni tengah mencari idea..aaaaa stress😂 hm so nak tau apa yang jadi dengan aliya,zamil,nurin dengan syah?? Stay tune utk chapter 5 "GELAP" JANGAN LUPA VOTE TAU TQVM FOR ALL THE SUPPORT )❤️

IRUL..

GELAP {COMPLETED}Where stories live. Discover now