GELAP 10

115 51 22
                                    

<<>>

1 bulan kemudian, Aliya sudah sembuh sepenuhnya dari kecederaan kakinya.

Hanya meninggalkan kesan parut, yang terpahat memori gelap.

"Ibu, Liya pergi sekolah dulu tau" teriak Aliya kepada ibunya yang berada di dapur, Aliya terus bergegas keluar dari rumah, menuju ke sekolah.

Semasa berjalan menuju ke destinasi, Aliya memandang kakinya yang kini sudah ligat bergerak.

"Hurm, patut ke aku buat laporan polis pasal semua benda yang dah jadi ni" Aliya bermonolog sendiri, memikirkan pelbagai impak yang akan terjadi, jika dia dan rakannya melaporkan perkara yang terjadi kepada pihak berkuasa.

Mungkin malapetaka lebih buruk akan menimpa mereka bertiga, jika bertindak lambat.

                                           -------
                                          ---------

Aliya menghela nafas panjang setelah sampai di pagar sekolah. Perasaannya bercampur baur, takut untuk berhadapan dengan Zamil, risau dia bertindak dengan lebih rakus. Malah, Aliya juga tidak tenang memikirkan 2 sahabatnya itu , yang didalam ancaman Zamil dan keluarganya.

"Aliya!, rindu gila kat kau." Nurin berlari-lari anak ke arah Aliya , lalu memeluk bff nya itu, melepaskan rindu.

"Hai, aku pun rindu jugak kat kau, syah." Luah Aliya gembira.

"Jom masuk, tak sabar dah ni." Nurin memegang erat tangan Aliya.

"Nu..Nurin, aku takut la, Zamil tu makin menjadi jadi." Aliya tidak mahu bersemuka dengan Zamil, mahu mengelak darinya.

"Yang tu kau jangan risau , aku dengan Syah ada, kitaorang jaga kau ehh , dah jom masuk, dah lambat ni." Nurin menarik tangan Aliya, Aliya seperti terpaksa rela mengikut.

Sampai sahaja di kelas 5 merak, Zamil memerli Aliya dengan nada sinis.

"Haa sampai dah budak ni, amacam best jadi gila, meracau sana sini?" Zamil seperti mengetahui apa yang terjadi pada Aliya.

"PAPPPP"

Aliya menampar Zamil , geram dengan apa yang dilakukannya.

"Sanggup kau nak tengok aku mati? Kau lebih teruk dari syaitan!" Marah Aliya, berani.

Zamil yang berang dengan tindakan gadis itu, terus mencekik Aliya sehingga terhentak ke dinding.

"Kalau aku tau kau susah nak mati , aku dah hapuskan kau dari dulu lagi!" Zamil bertindak gila, Aliya hanya mencari nafas kerana dicekik oleh zamil.

"Woi, kau dah gila ke, lepaskan dia!" Nurin menolak zamil sekuat hati, Aliya terlepas dari pegangan zamil.

"Memang aku gila , gila nak korang bertiga mati!" Jerit Zamil.

Syah yang menyedari perkara itu , terus menyergah Zamil. Menolak Zamil sehingga terjatuh.

"Kau nak main gila!, aku boleh jadi 5 kali lagi gila dari kau, kau try la, pecah muka kau aku buat. Jerit Syah , tidak boleh lagi bertahan dengan orang bertopengkan syaitan itu.

Zamil terus berundur pergi , "korang tunggu.."
Kata kata terakhir Zamil yang membuatkan mereka bertiga terpana.

Selepas waktu fizik , waktu rehat pun tiba , semua pelajar smk tun perdana berpusu-pusu menuju ke kantin.

"Liya, Syah jom rehat sekali, aku ada benda nak bincang" Kata Nurin serius.

"Hm jom.." Aliya bingkas bangun dari tempat duduknya , menuju ke kantin bersama Nurin dan Syah.

Setelah sampai di kantin , mereka bertiga membeli makanan untuk mengalas perut.

Nurin dan Aliya duduk di kerusi yang terletak di kantin , Syah hanya berdiri.

"Kita kena cepat , kalau tak Zamil akan buat benda lagi teruk" Nurin tiba tiba membuka topik.

"Betul ke cikgu Hakim tu mati sebab ayah Zamil, Syah kau ada tau apa apa?" Tanya Aliya dengan riak wajah serius.

"Okay macam ni, cikgu Hakim tu.."

FLASHBACK..

"Haris takkan kau nak batalkan projek blok baru sebelah sekolah tu, aku dah tolong kau macam macam!" Cikgu Hakim terkejut kerana Haris iaitu ayah kepada Zamil hendak membiarkan projek blok baru itu terbengkalai.

"Haih Hakim, aku kena tumpukan pada persatuan tuhan mata lima kau kena faham sekarang n, aku nak kau join persatuan tu, kita sama sama ke syurga. Haris mengucap kata kata bongkak.

"Hah? , kau gila ke?, Aku takkan ikut ajaran sesat bodoh kau tu, Aku ni ada tanggungjawab besar, mengajar budak budak sekolah tu!, Kau nak pergi sangat dengan ajaran sesat kau tu, kau pergi.
Cikgu Hakim kecewa dengan sikap Haris. Cikgu Hakim berlalu pergi.

"DUKKKKK"

Haris memukul leher cikgu Hakim sehingga pengsan.

"Berani kau tak setuju dengan aku, orang macam  kau sepatutnya mati!!" Haris terus mengheret cikgu Hakim ke blok baharu sebelah sekolah itu.

Setelah mengheret cikgu Hakim ke blok baharu itu, Haris mengeluarkan pisaunya mahu menikam cikgu Hakim. Cikgu Hakim yang baru tersedar dari pengsan.

"Ha..Haris , aa..aku minta maaf , aku ikut kau , apa yang kau nak ca..cakap je , aku tunaikan. Tolong jangan bunuh aku." Cikgu hakim tergagap ketakutan.

"Baru sekarang kau nak merayu?, Dah terlambat Hakim.

"JA..JANGAN! ARGHHHHH" Haris menikam cikgu Hakim bertubi-tubi ke satu badannya sehingga dia tidak bernyawa lagi.

"Ini lah akibatnya kalau kau ingkar! , Mati kau!" Jerit Haris ke jasad yang sudah tiada roh itu sambil melepaskan pisau yang dipenuhi darah. Haris terus lari menghilangkan diri.

"HAA CAMTU LA CERITA DIA" sergah Syah membuatkan mereka berdua terkejut, kerana mendengar penceritaan syah tentang kematian cikgu Hakim dengan teliti.

"Uish Syah, serius la." Ujar Aliya dan Nurin serentak.

"Habis sekarang ni kita kena buat apa?" Nurin melontarkan soalan.

"Kita kena pergi blok lama tu balik , cari bahan bukti tentang kematian cikgu Hakim. Lepas habis exam spm , kita plan balik.

Syah dan Nurin terdiam mendengar cadangan Aliya, adakah mereka akan selamat?.

Okay u guys so apa akan jadi kepada mereka bertiga , adakah diaorang selamat atau seseorang akan mati? Stay tune for chapter 11 "GELAP"
thankyouu sapa yang vote,baca,follow sayang koranggg❤️segala kekurangan harap dimaafkan..keep supporting me 😘

Irul..

GELAP {COMPLETED}Where stories live. Discover now