GELAP 7

118 53 7
                                    

<<>>

Setelah Aliya sedar dari pengsannya, kaki Aliya terasa perih akibat dicakar oleh makhluk ghaib itu.

Sambil otak mahu mengingat kembali apa yang terjadi, Aliya memandang Nurin tertidur disebelah katil memegang erat tangan seperti tidak mahu dilepaskan.

"Rin bangun Rin" Aliya menggerakkan bahu Nurin supaya sedar dari tidurnya.

"Erm Li..Liya sorrylah aku terlelap tadi kita sembang banyak sangat sampai tertidur aku" kata Nurin yang baru terbangun dari tidur.

"Takpe Rin aku tahu kau penat aku minta maaf sebab susahkan kau, Syah, Zamil. Erm Syah mana?" tanya Aliya dengan nada perlahan kerana rasa pedih dikaki belum hilang.

"Dia pergi cari Zamil lepastu, pergi beli makanan" jelas Nurin tersenyum melihat Aliya.

sahabat rapat yang dianggap seperti kakaknya sendiri.

"Eh korang tak sekolah ke esok? kenapa tak balik je.." soal Aliya agak musykil.

"Woop you don't have to worry about that hehe, aku dah whatsaap cikgu tadi so aku, Syah ada alasan yang kukuh untuk tak datang esok" Nurin tergelak kecil dalam masa yang sama berasa gembira dapat menemani Aliya.

"Tok tok tok" pintu diketuk oleh Syah.

"Assalamualaikum uols" syah menyapa mereka dengan perangai kanak kanak ribenanya itu.

"Waalaikumusalam Ya Allah Syah jangan macam budak budak boleh tak" Aliya tergelak.

"Dah jumpa Zamil?" Tanya Nurin sambil menahan gelak.

Air muka Syah terus berubah selepas Nurin menyebut nama Zamil yang telah meninggalkan mereka bertiga begitu sahaja.

"Tak payah sebut la pasal dia tu, benci aku dah la dia tinggal macam tu je pastu kita susah susah bawa Liya, dia kemana?" jawab Syah dengan perasaan geram.

"Er dah try call dia ke whatsaap ke?" Aliya cuba memberi cadangan walaupun sedang menahan sakit.

"Beribu kali aku dah call tak dapat dapat, aku memang dah agak dia memang terlibat kematian cikgu Hakim tu." Syah yakin meneka sambil membuka bungkusan nasi ayam yang dibeli oleh dia tadi, satu bungkus diberikan kepada Aliya.

Nurin hanya diam, kerana awal awal lagi dia sudah melahap nasi ayam tanpa disedari Syah.

"Kau dah pergi rumah dia?" Nurin menyampuk, mulutnya dipenuhi makanan tetapi lincah bertanya.

"Belum, esok la aku pergi" lalu Syah termenung.. aliya hanya diam diatas katil wad menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

                                        ######
Next day in the morning..

Everything has changed it all happen for a reason~
Telefon Aliya berdering memecah keheningan di wad hospital perdana putih jam menunjukkan tepat 7 pagi.

"Liya aku nak pergi rumah Zamil jap tau kejap lagi aku dengan Nurin datang tengok kau" kata Syah yang terus mencari Zamil.

"Haa aa oo..okay" jawab Aliya yang masih bangun dari alam tidurnya.

"Nanti anything aku roger jaga diri tau" panggilan itu terus diletak, belum sempat Aliya membalas kata kata Syah.

"Ish dia ni tak habis cakap lagi dah letak ee" ragam Aliya sedikit geram dengan Syah.

Setelah membetulkan pakaian hospital yang dipakai, Aliya cuba untuk bangun walaupun perih namun secara tiba tiba, ada kepala tanpa badan jatuh diatas meja kecil dihadapan katil Aliya seolah-olah jatuh dari langit.

DURSHHHKK..kepala tanpa badan jatuh entah dari mana, Aliya terlalu terkejut sehingga meracau terjatuh dari katil.

"Arghhh, Ya Allah!" Aliya menjerit nyaring sambil mengesot untuk menjauhkan diri dari kepala itu yang seperti penanggal walaupun hari sudah bertukar siang.

Nurin yang baru sahaja sampai dengan Syah menepuk nepuk pipi Aliya yang meracau ketakutan.

"Eh Liya Liya weh ni aku Nurin weh, ya allah mengucap Liya" Nurin dalam keadaan cemas dibantu oleh Syah untuk meredakan ketakutan Aliya.

"Aku..aa..aku..nam...nampak kepala kat meja katil tu" jawab Aliya yang menangis ketakutan

"Kepala apa takda apa laa, dah dah shh im here jangan takut" Nurin cuba meyakinkan Aliya bahawa tidak ada apa apa.

"Rin tolong Liya pergi katil cepat" kata Syah pantas.

Nurin memapah Aliya pergi ke katil lalu membantu Aliya baring perlahan.

"Shh jangan risau aku ada don't worry babe" Nurin menunjukkan kasih sayang nya terhadap Aliya yang masih galau.

"Takkan nak biar je Aliya macam ni Rin kesian dia" bisik Syah kepada Nurin.

"Tula, kita kena cepat sebelum apa apa jadi kat Aliya ntah ntah kita pun jadi target" Nurin menyuruh Syah mengambil langkah pantas mencari siapa dalang perkara ini.

"Liya tengahari ni kau dh boleh discharge nanti parents kau dengan Nurin jaga kau" Syah memberitahu Aliya yang terketar ketar mengangguk.

Setelah beberapa jam doktor memberitahu Syah dan Nurin bahawa Aliya boleh discharge cuma perlu jaga emosi dan banyak berehat, pesan doktor yang diteliti oleh Syah dan Nurin.

"Jom Liya balik, yay aku tidur rumah kau eh" kata Nurin yang melompat gembira.

"Syah..thanks eh jaga aku" pintas Aliya mengucap terima kasih kepada Syah. Dia hanya tersenyum tipis.

CHAPTER 7 "GELAP" BERAKHIR KT SINI DULU GUYS AKU DAH LOST IDEA SO APA JADI DENGAN ZAMIL? DAPAT KE SYAH,ALIYA DAN NURIN MERUNGKAI SISI "GELAP" ZAMIL?
STAY TUNE FOR CHAPTER 8 ❤️

JANGAN LUPA VOTE COMMENT AND FOLLOW OKAY SAYANG KORANGG❤️❤️
Kalau ada yang terkurang tu maaf ye i will try improve bit by bit..

IRUL..

GELAP {COMPLETED}Where stories live. Discover now