GELAP 11

123 45 11
                                    

<<>>

Aliya, Nurin dan syah bersedia untuk menghadapi peperiksaan sijil pelajaran malaysia yang menjadi penentu arah bagi mereka.

Nurin sedang membaca nota nota kecil yang dibawanya, lalu dikejutkan oleh Aliya.

"Oi, gigih kau study, Aliya mana?" Syah menyergah Nurin.

"Ish, ya allah kau ni suka terkejutkan orang." Nurin menjeling. " Aliya pergi tandas kejap , nanti dah nak masuk dewan, jom la masuk awal sikit.

"Haa jom laa" Syah berjalan menuju dewan bersama Nurin.

"Weh! Korang, buat elok elok tau exam ni , jangan tidur pula" Aliya tiba tiba muncul dengan nafas tercungap.

"Eh, cepatnya kau pergi tandas, kau merayau eh?" Nurin memandang sinis sambil tersengih.

"Mana ada la aku cuci muka je tadi, jom la pergi dewan. Aliya memegang tangan Nurin menemani nya ke dewan peperiksaan.

Mereka menjawab dengan perasaan tenang walaupun telah ditimpa pelbagai ujian berat.
Begitu juga dengan hari hari seterusnya sehingga hari terakhir Spm.

"Masa menjawab telah tamat, berhenti menulis, tunggu didalam dewan sehingga diberi arahan." Ketua pengawas peperiksaan memberikan arahan jelas.

Setelah semuanya selesai, semua murid tingkatan 5 keluar dari dewan dengan perasaan lega, termasuk Nurin, Aliya dan Syah.

"Nurin!, Congract aku harap kita dapat sambung belajar sama sama nanti, happy nya." Aliya terus memeluk Nurin, gembira.

"In Sha Allah, nanti kita fikir pasal benda tu sekarang ni..." kata kata Nurin tiba tiba terhenti.

"Sekarang kita nak pergi blok lama tu ke?" Tanya Syah bersahaja.

"Eh, pasal tu erm nanti la kita fikir, weekend ni aku free boleh la pergi kalau berani, kita pergi jumpa ayah Zamil sekali. Aliya memberi cadangan untuk mencari bukti tentang kematian cikgu Hakim yang tiada penyudahnya dan mahu bersemuka dengan keluarga Zamil.

"Haa boleh la, nanti kita set balik" Syah menggalas begnya terus berjalan keluar.

                                    ######

Setelah beberapa hari berlalu, Aliya menerima satu bungkusan yang tiada nama penghantar.

"Siapa pula yang hantar ni, dah la tak ada nama aduhai tah apa apa" Aliya memberikan reaksi agak hairan.

Aliya mengoyak bungkusan misteri itu, untuk melihat isinya.

"Kau takkan terlepas
Masa kau dah tiba
Nyawa kau milik aku"

Menggigil Aliya melihat pesanan dibelakang gambar yang dihantar kepadanya, Aliya memusingkan gambar itu untuk mengetahui.

"ARGH!" Aliya menjerit melihat gambar cikgu Hakim yang mati berlumuran darah, Aliya menangis ketakutan.

"Kenapa ni Liya, ya Allah kenapa nangis ni" tanya ibunya yang cemas melihat keadaan anaknya, Aliya memberikan sekeping gambar misteri itu kepada ibunya.

"Ya allah , ni..ni Hakim.." ibu aliya terpana melihat gambar itu, ibu Aliya bingkas bangun membuang bungkusan itu.

"Ibu...ibu kena tolong Aliya" rayu Aliya yang teresak-esak menangis.

"Sabar nak, insyaallah ibu akan.." PUKKKK! Secara tiba tiba ibu Aliya pengsan, Aliya terkejut melihat Zamil dibelakang ibunya.

"ZAMIL! apa kau buat ni? Ibu bangun!" Aliya menepuk bahu ibunya mengarahkan supaya bangun, namun ibunya terkulai pengsan.

"Dapat juga aku masuk rumah kau, sekarang ni nasib kau akan sama macam cikgu Hakim!!! PANGG!" Zamil menampar Aliya keras sehingga pengsan sama seperti bonda kesayangannya.

                                        ######

Aliya tersedar dari pengsan, mulutnya berdarah akibat ditampar Zamil yang durjana.

"Argh apa ni tolong!, Lepaskan aku!" Aliya menjerit meminta pertolongan, namun dirinya sudah diikat di kerusi oleh Zamil, ibunya terbaring pengsan di atas lantai.

"Kau nak minta tolong ke sayang? Aku kan ada ni, kau sakit kan? Nanti aku akan akhiri kesakitan kau tu!" kata Zamil yang sedang menyiapkan kelengkapan untuk melakukan ritual pemujaan syaitan sambil tersenyum sinis.

"Kau memang gila Zamil, kau gila!" jerit Aliya yang sudah tak berdaya.

"Kau diam!, Kau yang buat hidup aku jadi macam ni, kau patutnya dah mati dari dulu!" Zamil membalas.

"Datanglah engkau wahai jin belaanku
Jika kau duduk di kayu , ku seru namamu
Jika engkau terbang di tanah , datanglah kepadaku
Darah muda menantimu , datanglah kepadaku wahai ifrid
Masuklah kedalam jiwaku , ku seru namamu"

Zamil menyeru jin jin belaannya, rumah Aliya bagaikan ribut melanda, semua perabot didalam rumah mula bergerak dengan sendiri, Aliya hanya menjerit meminta tolong.

Satu lembaga yang besar secara tiba2 datang menyergah Aliya membuatkan dia menjerit bagai mahu hilang akal.

"ARGH!, Zamil please stop buat kerja gila to...tolong" Aliya seperti kaku tidak mampu mengucapkan kata kata, badannya seperti dihempap yang membuatkan dia tidak boleh bernafas.

"Hahahahha, mati kau, MATI. Dah lama aku tungu saat ni!" Zamil hanya melihat Aliya tidak mampu bernafas sambil tergelak besar.

"WOI!, kau buat apa ni hah!" Syah tiba tiba muncul, terus berlari mengejar Zamil,  Nurin melihat kejadian itu sambil menekup mukanya.

"Aliya!" jerit Nurin melihat keadaan Aliya.
"Kau memang tak ada otak Zamil!, Kau gila!."

Syah hanya sempat menumbuk Zamil dengan keras, sebelum Zamil melarikan diri.

Makhluk itu tiba tiba menghilang, Aliya terlepas dari dicekik oleh makhluk hitam besar itu.

"Pukk!, Aliya terjatuh di lantai, kembali mencari nafas, tercungap-cungap.

"Liya! Kau okay tak?" Nurin berlari ke arah Aliya yang lemah.

Ibu Aliya yang baru tersedar terkejut melihat keadaan rumanya yang bersepah dengan lilin, colok dan tangkal berwarna kuning milik Zamil , perabot dirumah juga tunggang terbalik.
Ibunya terus memeluk Aliya dan terus keluar dari rumah itu bersama mereka bertiga.

"Jom cepat!, Buat sementara ni Aliya duduk rumah aku dulu, biar aku jaga dia" kata Nurin yang bertindak pantas. Syah mengangguk faham.

"Makcik saya mintak izin untuk jaga anak makcik boleh? Sebab keadaan masih bahaya" sambung Nurin.

"Bo..boleh , jaga dia elok elok, makcik tinggal kat rumah ni sebab tak ada siapa nak jaga rumah ni" ibu Aliya memberikan keizinan. "Ibu janji, perkara ni akan tamat tak lama lagi" ibu Aliya memberikan kata kata janji kepada anaknya.

"Dah Nurin , cepat bawa Aliya, nanti aku pergi balai buat report." Syah memberikan arahan,  Nurin terus memapah Aliya yang tidak berdaya ke rumahnya.

So guys macam mana chapter 11 suspen tak?😂 So adakah zamil akan ditangkap polis?
Dapat ke syah cari zamil ? And kes cikgu hakim , dapat ke mereka bertiga menegakkan kebenaran dengan sisi gelap zamil yang semakin terbongkar?
Stay tuned for "GELAP" chapter 12
Thankyouu siapa yang vote yang baca , comment and follow❤️❤️❤️❤️kalau ada sebarang kekurangan dalam novel ni im sorry😔enjoy your reading!✨keep supporting me.

IRUL..






GELAP {COMPLETED}Where stories live. Discover now