GELAP 9

110 50 12
                                    

<<>>

Jam menunjukkan pukul 4 petang. Syah yang masih tidak berpuas hati dengan sikap Zamil yang mencurigakan itu, dia terus menuju ke blok lama bersebelahan sekolah menengah yang dikunjungi mereka berempat tempoh hari.

"Haih aku kena tau apa yang zamil sorok selama ni , aku tak boleh biar sebelum benda jadi makin parah." Syah menggaru kepalanya, sambil berjalan laju.

"Syah!" Jerit Nurin, sambil mengejar Syah dari belakang.

"Eh, sejak bila kau tau aku kat sini ni Rin, kau okay tak?" Syah hairan melihat nurin tercungap-cungap.

"Zamil Syah Zamil , dia.." nurin menghela nafas panjang.

"Kenapa dengan Zamil.?"

"Tadi kat sekolah , aku tanya dia kenapa dia tinggalkan kita time kita pergi blok lama tu pastu , dia kata dia yang hantar benda kt Aliya , sebab tu Aliya selalu meracau lately ni."

Syah terpana , kaku mendengar penjelasan Nurin. Adakah tekaan dia selama ini benar.

"Hah!, Serious la kau ni." Syah susah mahu percaya dia harus menelan kebenaran yang pahit.

"Serious wei, pastu dia kata dia akan hantar benda benda tu lagi , sampai Aliya mati and selepas Aliya , kita jadi next target untuk diganggu."

Syah menggenggam tangannya , tanda geram.

"So kita nak pergi mana ni.?" Nurin melontar soalan.

"Pergi rumah iblis" syah terus menukar arah , lalu menuju ke rumah Zamil , Nurin tergesa gesa mengejar Syah.

                                      ######

Setelah sampai di rumah Zamil , Syah segera mengetuk pintu.

"Tok..tok..tok" Syah mengetuk pintu rumah , seperti mahu diruntuhkan.

"WOI SETAN! , KAU BUKA PINTU SEKARANG!" jerit Syah, memanggil Zamil keluar, Nurin hanya menunggu disisi Syah.

"Kreeekkk" pintu dibuka oleh Zamil.

"DUKKKK" satu tumbukan padu yang dilepaskan oleh Syah kepada Zamil.

Zamil mengaduh kesakitan , memegang mulutnya yang ditumbuk

"Aduhh , kau pahal Syah!" Zamil agak hairan.

"Kau tak payah acah tak tahu apa apa la Mil , kau yang hantar jin jin bodoh kau supaya Aliya mati , kan?" Tengking Syah.

Zamil tergelak kecil , "ni mesti betina sebelah tu mengadu kat kau , perempuan ni memang kaki mengadu eh" kata Zamil , memandang Nurin sinis.

"Eh , kau memang dah lama plan kan? Pastu , nak salahkan aku , kau memang tak guna.!!" Herdik nurin marah.

"Aku yang suruh" ayah Syah muncul didepan pintu , dengan gaya bongkaknya.

"Aku yang suruh anak aku hancurkan hidup korang bertiga , jangan berani kau sentuh anak aku.!!" Lantunan suara garau itu , menggegar gegendang telinga Syah dan Nurin.

"Hah , pakcik yang suruh Zamil buat semua ni ta..tapi untuk apa.?" Sambung Nurin yang terpana.

"Aku masih berdendam dengan keluarga Aliya , aku nak dia mati!!" Kata ayah Zamil , Syah terus mahu memukul ayah Zamil namun, ditahan oleh Nurin.

"Syah, dah dah jom balik tak guna cakap dengan orang macam ni".

Syah menahan kemarahannya, lalu berlalu pergi dengan Nurin. Ayah Zamil merenung tajam.

Selepas segala konflik yang berlaku di depan rumah Zamil, Syah terus pulang ke rumahnya ditemani oleh Nurin.

Nurin pula berehat setelah sampai ke rumah Aliya sebentar tadi. Penat merantai dirinya , hingga terbaring  di sofa ruang tamu.

"Nurin , kenapa tidur sini ni , pergi naik atas Aliya tunggu kamu tu." Ibu aliya menegur lembut

"Er makcik , maaflah tertidur pulak. Saya naik atas dulu ye. Nurin bingkas bangun , terus pergi ke bilik Aliya.

"Nurin , kau pergi mana lama sangat , takut aku duduk sorang sorang" jelas Aliya, dengan gelagat manjanya.

"Aku pergi cari Syah tadi" Nurin termenung.

"Ha , cari Syah kau pergi mana dengan dia?"

"Kiteorang pergi rumah Zamil , sebenarnya Liya selama ni kau kena ganggu semua berpunca dari Zamil." Nurin memandang Aliya , serius.

"What! , Ya Allah tak sangka aku Zamil tu bertopengkan syaitan , sampai hati dia buat aku macam ni." Hati Aliya hancur mendengar kata kata Nurin, hidupnya seakan gelap.

"Bukan kau je Liya , aku dengan Syah sekali jadi sasaran ayah Zamil tu. Ayah dia yang suruh Zamil buat semua ni. Sekarang ni , kita bertiga jadi target lelaki durjana tu." Emosi Nurin mula menguasai diri.

"Hm , apa kata lepas kaki aku ni dah elok kita pergi kat blok lama tu balik cari rekod or apa apa pasal cikgu Hakim yang mati 4 tahun lepas tu. Lepastu, kalau dah jumpa baru kita bawa bukti tu ke pihak polis." Aliya bersemangat memberi cadangan.

"Nanti aku try tanya Syah eh kalau dia okay , boleh je kita pergi. Okay la Liya esok aku nk balik rumah aku dah , kau jaga diri tau kalau ada apa apa whatsaap je , now aku nak tidur penat." jelas Nurin yang bersetuju dengan cadangan Aliya.

So guys it is okay? Macam mana chapter 9 dapatkah mereka bertiga terus merungkai kejadian misteri yang terjadi pada cikgu hakim? Zamil pula macam mana ?apa yang ayah zamil buat?
Stay tune for chapter 10 alright ❤️kalau korang suka chapter 9 ni vote banyak 2 tau jangan lupa follow❤️thankyouu so much sapa yang baca i very appreciate dan yang ternanti 2 next chapter "GELAP" ni thanks..segala kekurangan dalam novel ni saya mohon maaf..i will improve chapter by chapter✨

IRUL..

GELAP {COMPLETED}Where stories live. Discover now