GELAP 5

186 62 38
                                    

<<>>

Jam ditangan Aliya menunjukkan 2.30 petang, agak lambat sebenarnya kerana menunggu Zamil habis solat jumaat.

"Weh Rin, mana pakwa kau ni lambat do dah la panas ni, kata nak pergi blok lama sekolah tu."

"Eee ape ni liya, jangan la terang terang sangat, nanti dia perasan malu aku."

5 minit kemudian, Zamil dan Syah sampai di meja batu bersebelahan dengan kolam ikan yang terletak di kawasan tepi dewan perhimpunan.

"Hai Liya ku sayang, hai Nurin" sampuk Zamil bersahaja.

"Eee tak payah sayang sayang sangat Mil, nanti termuntah kat kolam"Aliya menjeling sinis.

Syah hanya diam dengan riak muka seperti menyuruh mereka bertiga cepat untuk pergi ke blok lama sekolah itu.

"Eh korang, jom la aku dah excited nak pergi ni, Syah jom." Kata Nurin dan terus mulakan langkah Aliya, Zamil dan Syah hanya mengekori seperti anak ayam.

Sambil berjalan menuju ke blok lama itu, Syah bersuara.

"Mil kau tau ke pasal cikgu Hakim mati kt blok lama tu, cikgu cikgu senior kata dia mati kat blok lama sekolah kita ni, jumpa jumpa je dah terbaring penuh kesan cakar satu badan berlumuran darah."

Jelas Syah yang membuatkan langkah mereka berempat terhenti.

"Haa Mil kau tahu ke cerita la sikit dah nak sampai ni." sampuk Aliya, Nurin hanya mengajuk "haah wei, kau ade tau apa apa?"

"Aku...aku..tak..er.." jawab Zamil yang tergagap hendak menjawab.

"Aku apa?" Tanya mereka bertiga serentak.

"Ah takda apa la, jom cepat nanti dah petang susah nk masuk." Zamil memotong pertanyaan seolah olah mahu mengelak dan terus berjalan laju meninggalkan mereka bertiga.

"Zamil tu asal eh, macam ada benda dia sorokkan" Aliya cuba meneka.

"Dah dah, takda apa rasanya maybe dia nak cepat jom cepat dah nak petang ni." Syah membuat andaian dan mereka bertiga berjalan terus mengejar Zamil.

######

Sampai sahaja di blok lama terbengkalai itu, mereka terkedu melihat keadaan bangunan itu yang berlumut seperti highland tower.

Bahagian tepi bangunan itu ditumbuhi lalang lalang panjang yang tidak terurus, bangunan atau blok itu terletak jauh sedikit dari Smk Tun Perdana iaitu sekolah mereka sendiri.

Jauhnya kira kira 1 kilometer, memang agak jauh tetapi mereka tetap bersemangat mahu menyiasat, kecuali Zamil yang kelihatan sedikit muram.

Sebut pasal highland tower irul teringin nak pergi aaaa 😂tapi aku tulis ni pun dh meremang terbayang 2😂

Okay back to the story..

"Weh"tegur Aliya menegur.

"Macam mana nak masuk ni?" Aliya menyambung ayatnya yang tergantung.

"Tu mangga dh memang terbuka!" Jerit Nurin

"Shhh, senyap la ngok nanti ade orang mati kita."

Marah Zamil dengan kelakuannya yang sememangnya pelik, menimbulkan tanda tanya.

"Jom la masuk, tunggu apa lagi."

Kata Syah dengan lagak beraninya.

Sampai betul betul depan bangunan itu Syah bersuara.

"Er ladies first." Katanya sambil tersengih.

"Eii kau ni Syah tadi acah acah berani, ni suruh perempuan pula masuk dulu."

GELAP {COMPLETED}Where stories live. Discover now