-What's wrong with you?
Hari sudah menginjak waktu petang namun Rhea masih memandang siaran TV yang langsung tidak menarik baginya. Mindanya menerawang kepada Taehyung. Soal apa lagi kalau bukan isu itu. Isu yang sering dia bangkitkan namun Taehyung pula asyik mengelak.
Masih dia ingat lagi apa yang berlaku malam tadi. Dia cuba membuka langkah untuk bersama Taehyung tapi lelaki itu menolaknya. Entah dimana silapnya dia sendiri tidak tahu.
Hampir dua tahun mereka berkahwin namun Taehyung tidak pernah menyentuhnya. Sekadar kiss and hug sahaja. Itupun asyik mengelak.
Apa kurangnya dia?
Kelibat Taehyung yang baru menuruni anak tangga dikerlingnya malas. Wangi-wangi macam ni nak pergi mana? Entah-entah ada perempuan lain tak? Sebab tu dia asyik ditolak...
"Awak nak pergi mana?" tubuh lelaki itu didekatinya. Tangannya disilang ke dada. Tajam matanya memandang si suami.
"Nak keluar jumpa Jungkook dengan Jim-"
"Again?" Taehyung terdiam.
"Siapa isteri awak sebenarnya Tae? Saya ke diaorang? Hah?"
"I really don't understand you..."
"Rhea, it's not what you're thinking-"
"Then tell me. Kenapa awak suka mengelak dari saya? Terutamanya malam tadi. Jawablah!" suara wanita itu naik satu oktaf.
Taehyung pejamkan matanya rapat. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu membuka soal ini.
"Kenapa awak diam? Takpun awak gay Taehyung?" tebak Rhea seraya memandang tepat ke arah anak mata lelaki itu.
Taehyung terkedu. G-gay? Dia sebenarnya... Laju dia menggeleng sebelum menidakkan apa yang wanita itu katakan.
"N-no sayang it's not like that-" Taehyung cuba memaut lengan si isteri namun pantas ditepisnya laju.
"Jangan sentuh saya!"
"Perbetulkan diri awak dulu sebelum panggil saya macam tu." sambungnya lagi lalu berlari anak ke tingkat atas. Hatinya sudah cukup sakit.
Taehyung meraup wajahnya kasar.
"Sayang, awak salah faham..."

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Answer ; Taehyung
Fanfiction[Completed] Hampir dua tahun berkahwin, selama itu Taehyung langsung tidak pernah menyentuhnya. Sekadar kiss and hug sahaja itupun kadang-kadang mengelak. "Are you gay Kim Taehyung?" - Rhea "N-no sayang, I'm just..." - Taehyung [16+] Start : 4 Oct 2...