11 💔

538 91 35
                                        

-Let's begin.


Masuk sahaja ke dalam rumah, Rhea terus memeluk erat tubuh Taehyung. Lelaki itu sedikit kaget namun dia balas juga pelukan isterinya itu. Lagi pelik apabila gadis itu tersedu-sedan di dadanya. Dah kenapa ni?

"Hey, kenapa ni hm?" pelukan dileraikan. Tangannya naik menyapu airmata yang masih turun dari pipi mulus gadis itu.

Rhea mengangkat wajah. Semakin rasa bersalah dia dibuatnya apabila memandang wajah suaminya ini.

"I'm sorry. S-saya tak tahu. I'm sorry." semakin kuat esakan Rhea. Taehyung jadi pelik. Untuk apa pula Rhea minta maaf padanya? Sungguh dia tak tahu.

"Kenapa ni hm? Tell me now." tubuh si isteri dibawa ke sofa. Rhea menunduk.

"Rin dah cerita semuanya dekat saya. Kenapa awak tak bagitahu saya Tae?" terasa kesat liur Taehyung mendengarnya. Apa pula adiknya sudah bagitahu ni?

"Your trauma. Kenapa tak bagitahu dari dulu?"

"Awak patut bagitahu semua ni dari dulu lagi. Kenapa pendam sorang-sorang? Antara kita tak sepatutnya ada rahsia, Tae."

Taehyung hanya mendengar. Jadi Rhea sudah tahu semuanya?

Rhea kembali menyembamkan wajahnya ke dada bidang milik Taehyung. Tubuh lelaki itu dipeluknya erat. Dia mahu melepaskan rindu.

Tak lama selepas itu, Taehyung menjarakkan ruang antara mereka. Wajah si isteri yang menunduk diangkat sedikit.

"Saya minta maaf. Saya tuduh awak macam-macam. Saya abaikan awak. Say-" terputus bicara gadis itu apabila Taehyung bertindak menyatukan bibir mereka. Rhea jadi kelu.

Dia hanya biarkan bibir Taehyung yang masih bergerak di bibirnya.

Tidak lama selepas itu, Taehyung meleraikan ciuman.

"Can I call you sayang again?"

"Huh?"

Taehyung tersenyum kecil. Comel.

"It's okay. Saya faham sayang. Awak tak tahu apa-apa waktu tu."

"S-saya ingatkan awak g-gay." serta merta ketawa Taehyung meletus.

"Tahu. It's okay. Sekarang awak dah tahu kan kenapa saya asyik mengelak kalau awak cuba mulakan langkah dulu?"

Rhea mengangguk segan. Dia mengemam bibir. Em segan.

"Maaf sebab saya tak bagitahu awak awal-awal soal ni. Salah saya juga."

"Emm..."

"Ada lagi rahsia yang awak tak pernah cerita dekat saya? Kalau ada bagitahu cepat."

Taehyung acah fikir. Em apa ya?

"Ada satu lagi."

"Hah apa?"

"Boleh awak hilangkan trauma saya?"

Okey tiba-tiba Rhea rasa seram.

                 

[C] Answer ; TaehyungCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang