FINAL ❤️

612 93 48
                                    

-Our life.

4 years later.


Sesekali mata bundar milik Rhea mencari kelibat suaminya yang tidak kelihatan sejak tadi. Kemana pula ni?

Dia melangkah ke ruang belakang dimana terdapat sebuah kolam renang yang saiznya sederhana besar.

Em tak ada juga. Mana diaorang berdua ni haih. Rhea mengeluh kecil. Ini nak marah ni. Mesti keluar pergi mana-mana lepastu tak bagitahu kita pula. Eyy geram.

Rhea melangkah ke tingkat atas semula. Em maybe di ruang tamu atas tak?

Langkah kakinya terhenti apabila matanya tertancap pada tubuh Taehyung disitu. Lelaki itu tersenyum lebar ke arahnya lalu dirapati tubuh si isteri. Ditangan lelaki itu terdapat jambangan bunga bersama belon sederhana besar yang tertulis 'happy birthday.'

"Happy birthday sayang." ucap Taehyung seraya mencium lama dahi wanita itu. Rhea sedikit kaget. Birthday dia ke harini? Tak ingat pula..

Taehyung menjarakkan sedikit tubuh mereka. Redup matanya memandang iris mata coklat itu. Dia tersenyum kecil sebelum menyelitkan helaian rambut ke telinga wanita itu. Terkejut sangat ke ni?

"Hey, why diam je ni?"

"Speechless. Awak buat semua ni?"

Taehyung mengangguk. "Yes. Actually ada tukang tolong juga."

"Eoh mana Minwoo?" baru dia tersedar dimana keberadaan anak tunggalnya itu. Hampir terlupa pula.

"Ada deng-"

"Yeah akhirnya menjadi juga. Happy birthday Rhea." ucap Jungkook yang baru masuk bersama Jimin. Minwoo juga berada bersama mereka berdua.

Taehyung hela nafas. Sibuk betul anak Jeon ni masuk dulu.

"AAA happy birthday my bestie. Aku sayang kau weh." giliran Aera pula masuk dengan suami dia. Siapa lagi kalau bukan Kim Mingyu. Kahwin juga diaorang ni. Tak lama lagi nak dapat baby. Seronok tengok mereka berdua. Semakin bahagia.

Rhea tergelak kecil. Pelukan wanita itu dibalasnya juga namun sedikit terbatas kerana perut Aera sedikit memboyot.

"Pandai eh korang plan. Aku serious tak tahu apa-apa. Sampailah birthday aku sendiri pun aku dah tak ingat."

"Eh kau memang. Sejak jadi mummy hot ni memang semua benda kau tak teringat. Haih." eee Aera ni memang nak kena. Tak bahan rakannya tak sah.

Mingyu hanya menggeleng. Kenal sangat dengan perangai dua orang ini.

"Eoh Minwoo come to mummy. Eyy rindu mummy dengan Woo tahu tak. Patutlah mummy cari tak jumpa tadi." dia mendekati Jimin yang sedang mendukung anak lelakinya. Tubuh kecil Minwoo dibawa ke dakapannya. Pipi tembam anak kecil itu diciumnya sekilas.

"Eh korang pergilah makan dulu. Kejap lagi kitaorang join." kata Taehyung seraya mendekati si isteri bersama anak mereka.

"Baik tuan rumah." balas Jungkook dengan mengadanya.

Rhea kembali memandang wajah kacak Taehyung yang sudah mendekatinya semula.

"Saya tak tahu awak jemput diaorang sekali. Gomawo."

"It's all for you sayang. Maaflah mama dengan papa tak dapat datang. Diaorang busy uruskan pendaftaran Taerin dekat London tu. Tapi diaorang dah pass hadiah dekat saya."

"Gwenchana. Saya faham. Ah kejap, saya pelik. Kenapa awak buat dekat atas? Kenapa tak guna ruang tamu bawah je kan senang sikit." pelik betul padahal kalau dekat bawah lagi senang.

[C] Answer ; TaehyungWhere stories live. Discover now