4 💔

490 92 28
                                    

-I don't care anymore.

 

Masuk sahaja ke dalam bilik tidur, iris mata Taehyung memandang susuk tubuh si isteri yang sudah tidur membelakanginya. Nafasnya dihembus perlahan sebelum mendekati ruang katil. Bibirnya dipagut lembut.

"Rhea, awak dah tidur ke?" perlahan suara Taehyung menyapa telinganya. Rhea diam membatu. Matanya sengaja dipejam rapat.

"I know you're not sleeping yet." tubuh si isteri didekatinya rapat biarpun hatinya berdetak laju. Dengan penuh berhati-hati Taehyung memeluk rapat tubuh gadis itu dari belakang sebelum melabuhkan dagunya pada bahu gadis itu.

Rhea sedikit kaget dengan perilaku Taehyung namun dia cuba beriak biasa dengan berpura-pura tidur.

"I'm sorry for what had happened. I'll try to explain to y-"

Terus sahaja Rhea bangun dari pembaringan. Wajah kacak lelaki itu dipandangnya geram.

"Maaf? Semudah itu je kan awak minta maaf. Habis saya yang asyik kena tolak dengan awak ni macam mana? Perasaan saya ada awak fikir tak?"

Taehyung juga turut bangun. Wajah gadis itu dipandangnya simpati. Pasti Rhea sangat tersiksa selama ini.

Maafkan saya sayang...

"Rhea, saya minta maaf sebab buat awak macam tu but I have my own reason. Tolong dengar dulu apa saya nak cakap."

Rhea ketawa sinis. Bibirnya diketap geram.

"No need Taehyung. I'm tired already. Saya tak nak dengar apa-apa lagi dah. Simpan je lah penjelasan awak tu." usai berkata sebegitu, gadis itu terus menuju ke bilik air. Airmatanya yang ditahan sejak tadi akhirnya turun jua.

Sakit. Itu yang dirasainya sekarang. Apa gunanya hidup bersama kalau begini caranya?

Taehyung hanya pandang kelibat si isteri yang sudah menghilangkan diri ke bilik air. Dia juga buntu bagaimana mahu menceritakan hal yang sebenar kepada Rhea.


                        

[C] Answer ; TaehyungWhere stories live. Discover now