3 💔

494 93 27
                                        

-I'm sorry.

Taehyung yang termenung sejak tadi menjadi tanda tanya dua orang jejaka dihadapannya. Masing-masing hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu mengapa lelaki itu diam sebegitu.

"Tae."

"Taehyung."

"Kim Taehyung."

"Yahh!" serta merta Taehyung tersedar. Wajah berang Jungkook dan Jimin dihadapannya dipandang pelik.

"Apa?"

"Apa kau tanya? Kau tu dah kenapa diam je dari tadi. Jangan ajak lepak kalau kau diam membatu macam ni je. Lebih baik balik." sekali Jungkook berbicara. Fuh. Jimin disebelah juga sedikit terkedu.

"S-sorry. Aku mengelamun jauh pula." pendek sahaja Taehyung membalas. Kasihan pula Jimin melihatnya.

"Kau kenapa Tae? Ada masalah apa lagi? Rhea?" mendengar sahaja nama gadis itu cukup membuatkan dia serba salah. Sesekali matanya dipejam rapat.

"Soal Rhea lagi? Takpun soal 'itu'?" Tanya Jungkook, direct. Taehyung terdiam.

Jungkook menolak lidah ke ruang pipi. Sah lah isu yang sama lagi. Jimin hanya pandang simpati ke arah Taehyung.

"Kau tak bagitahu dia lagi hal sebenar ke Tae?" tutur Jimin dengan penuh hati-hati.

Perlahan-lahan Taehyung menggeleng. Jungkook jadi berang.

"Kau nak tunggu sampai bila Tae? Sampai Rhea minta cerai? Macam tu?" Taehyung sedikit tersentak dengan kata-kata Jungkook. C-cerai?

"A-aku tak bersedia lag-" namun percakapannya pantas dipotong oleh Jimin.

"Sampai bila Tae? Aku takut Rhea sendiri tak tahan dengan kau nanti. End up dia akan minta cerai. Kau nak macam tu?" terus Jimin menyerbu sebegitu.

Taehyung meraup wajahnya kasar. Jujur dia tidak mahu sampai Rhea minta cerai. Sungguh dia tidak kuat jika terpaksa berpisah dengan gadis itu.

"A-aku tak nak..." dia menggeleng laju.

"Then, bagitahu dia perkara sebenar sebelum terlambat."

                         

[C] Answer ; TaehyungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang