6 💔

493 88 24
                                        

-Back to old me.

Rhea teringatkan apa yang Aera katakan tadi. Jadi model semula? Memang itu impiannya sejak dulu. Namun semenjak berkahwin, Taehyung menyuruhnya berhenti dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Fikirnya Taehyung mahu dia duduk dirumah dan menjaga anak sahaja dirumah namun sangkaannya meleset. Kalau dulu ya dia ikut apa yang Taehyung arahkan tapi sekarang...

Taehyung sendiri yang menolak untuk bersamanya... Bahkan sebab apa juga dia tidak tahu...

Patut tak kalau dia terima tawaran part-time model tu? Em...

Kedengaran pintu utama sudah dikuak dari luar. That's mean Taehyung dah balik.

"I already prepare the dinner. Pergilah mandi dulu and then turun makan." Rhea kembali memandang kaca TV. Rancangan running man yang sedang bergelak tawa itu langsung tidak mencuit hatinya.

Kerana fikirannya melayang ke arah lain...

Taehyung tahu Rhea masih marahkannya soal itu. Namun dia lega kerana Rhea tidak lupa akan tanggungjawabnya walaupun gadis itu masih dingin dengannya.

"Rhea, we need to talk." baru sahaja dia mahu mendekati si isteri di sofa, telefon bimbit milik Rhea berbunyi. Terbantut langkah Taehyung dibuatnya.

Terpapar nama Aera di skrin. Rhea mengukirkan senyuman kecil.

"Hello? So how?"

"Done. Mr Kwon cakap masih ada kosong. Kau boleh join. Tapi part-time dulu lah buat masa sekarang. Kau okey tak?" ujar gadis itu dihujung talian. Sebelah tangannya sibuk mengeringkan rambut dengan hairdryer.

"Yeah. Thankyou babe. Nanti send nombor baru Mr Kwon dekat aku okey?"

"Alright. Okeylah aku letak dulu eh. Bye." panggilan terus dimatikan.

"Bye." senyuman tak lekang dari bibir mungil Rhea.

"Ada apa tu?" soal Taehyung, sebelum mengambil tempat di ruang kosong sofa empuk itu.

"Mr Kwon offer saya untuk jadi model semula. Part-time je. Awak okey kan?" terus sahaja riak wajah Taehyung berubah.

"Huh?"

"Awak izinkan kan? Saya rindu nak jadi model semula. Lagipun saya duduk rumah bukannya buat apa pun."

Taehyung tersenyum kecil. Tak apalah kalau Rhea sudah berkata sebegitu.

"Okey saya izinkan."

"Thank you. Hehe." Rhea bagaikan lupa akan masalah mereka.

Taehyung menghela nafas. Tak apalah, maybe lain kali...

                                 

[C] Answer ; TaehyungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang