Yoongi bangun dan berjalan mengelingi bangunan yang kecil ini. Hari pertama berada ni pusat jagaan ini.
Sedang berjalan , matanya menangkap papan tanda yang menunjukkan jalan ke Bilik kanak kanak bawah umur 3 B.
Entah apa yang membawanya untuk ke situ. Pintu bilik itu dibuka. Didalam bilik itu hanya ada 6 kanak kanak dan 3 orang pengasuh wanita.
"Eo? Mr. Min? What you doing here?" tegur Mieya yang bertugas di ruangan itu.
"Korean?" tanya Yoongi. Mieya mengangguk , bukan dia tak tahu yang pengusaha pusat jagaan ini orang Korea.
"Ya..encik Yoongi cari siapa dekat sini?" tanya Mieya sambil mendukung seorang kanak kanak lelaki yang kebetulan merangkak di lantai.
Bilik ini khas untuk kanak kanak sebab bilik ini dipasang lantai span or lantai yang lembut dan juga dinding.
Seperti ada tarikan yang membuatkan Yoongi berpaling kearah kanak kanak lelaki itu.
"Siapa nama dia? Comelnya.." Yoongi mencubit pipi gebu milik budak lelaki itu. Budak lelaki itu , mengekek ketawa apabila tangan Yoongi mencubit pipinya.
"Hyumin..dia pun korean" jawab Mieya.
"Ouh..really? Nak dukung" Yoongi mengambil Hyumin dari dukungan Mieya. Untuk sekian lamanya , Yoongi ketawa bersama seorang budak lelaki.
"Nakal tak Hyumin ni?" tnya Yoongi tanpa memandang Mieya. Tumpuan Yoongi sepenuhnya kepada Hyumin yang berada didalam dukungannya.
"Tak ,encik Min..Sebab dia baru je bangun dan tak meregek macam budak budak lain. Selepas ibu dia hantar dia datang sini pagi tadi sampailah sebelum tuan masuk kesini , dia tidur je. Tak susah nak jaga dia." kata Mieya sambil memerhati Yoongi yang telah mengukir senyuman manis itu.
"Cutenya.." kata Yoongi. Gummy smile milik Yoongi menjadi tatapan Mieya.
"Awak boleh sambung kerja awak. Hyumin biar saya jaga. Saya nak main dengan dia. Lagipun saya tak ada kerja sampai petang ni" kata Yoongi tetapi matanya masih fokus dengan Hyumin.
"Urm..baiklah encik Min" kata Mieya. Bukan dia tidak percaya akan Yoongi tetapi risau kalau Yoongi tak tahu nak handle Hyumin. Lagipun encik Min bukannya sudah mempunyai anak. Mungkin Hyumin bayi pertama yang dia dukung. Untuk kau budak..
2 jam Yoongi bermain dengan kanak kanak bernama Hyumin itu. Dia terpaksa tinggalkan Hyumin kerana ada mesyuarat yang patut dia hadiri.
"Bye Hyumin..esok kita sambung tau" kata Yoongi sambil menyerahkan Hyumin kepada Mieya kembali.
Sebelum dia keluar dari ruangan itu , tangannya melambai lambai kearah Hyumin. Hyumin melambai kembali.
Pintu ditutup oleh Yoongi . Namun , Mieya terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulut Hyumin.
"Pa pai da-ddy"
ANDA SEDANG MEMBACA
ForGot You •Min Yoongi• _COMPLETED_
Sonstiges"Kita kahwin paksa..so aku tak nak kau masuk campur urusan aku lepas kahwin ni. Aku pun takkan masuk campur urusan kau. After 5 month,kita cerai. Aku takkan sentuh kau dan kau jangan nak goda aku. Deal?"-MYG " Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan...
