Hari mula gelap , pasangan yang baru kahwin tadi hanya membuat hal masing masing walaupun mereka sebilik ketika ini.
"Kau..aku nak cakap something. Pasal kita" Yoongi berkata dengan suara mendatar sebelum menutup telefon miliknya. Matanya tertumpu pada si isteri yang sedang membaca novel di atas katil.
"Kau nak cakap apa? Cakaplah.." balas Hyuna dengan nada yang sama.
"Sebelum tu..kau tak reti tukar baju ke? Dari pagi tadi pakai dress tu" kata Yoongi.
"Tak. Aku malas nak tukar. Kejap lagi nak tidur aku tukar ah" Hyuna menutup novelnya sebelum wajah Yoongi dipandang.
"Kau pergi tukar baju" arah Yoongi.
"Ish..malas ah" Hyuna berguling guling di atas katil bersaiz king itu.
"Pergilah tukar. Aku pulak yang rimas tengok kau pakai baju tu" kata Yoongi.
"Tak nak..kau nak tukar pergi ah tukar" balas Hyuna sambil memeluk bantal.
"Kau ni..degil" balas Yoongi sebelum dia berdiri dan menghampiri Hyuna.
"Kau nak apa?" Hyuna pandang Yoongi dengan hairan. Perasaan takut akan lelaki itu seperti tidak wujud didalam dirinya.
"Aku nak suruh kau tukar baju" balas Yoongi sebelum menarik kaki Hyuna hingga menyebabkan si gadis itu jatuh ke lantai.
"Ish..sakitlah! mangkuk betul"marah Hyuna.Sangkanya Yoongi, si Hyuna akan menukar baju setelah dia buat begitu tetapi sangkanya di terpesong pula. Si gadis itu boleh menyambungkan aktivitinya yang diganggu Yoongi tadi.
Hyuna berguling guling di atas lantai.Si suami hanya memandang Si isteri yang tidak faham bahasa.
" Pergilah tukar baju"
"Kejap lagilah.."
"Ish.." Yoongi terus memeluk pinggang Hyuna sebelum mengangkat tubuh kecil itu ke bilik air. Setelah menjatuhkan Hyuna dalam bilik air, terus dia keluar dan menutup pintu bilik air itu.Pintu itu dikunci olehnya.
"YAH!!!" jarit Hyuna dari dalam.
"Macam ni baru boleh ajar budak macam kau ni.." kata Yoongi.
"Macam mana aku nak tukar baju kalau baju pun aku tak ambil!" jerit Hyuna. Nak keluar tak boleh sebab Yoongi sudah menguncinya dari luar.
Yoongi mencapai baju didalam beg milik Hyuna. Baju tshirt oversize and seluar tidur. Lantak ah..yang penting dia tukar baju.
"Ni baju kau.." Yoongi membuka pintu bilik air perlahan lahan. Takut Hyuna melarikan diri. Serupa kesalahan besar pulak..padahal tukar baju je pun!
Setelah menukar baju
"Huh..apa yang kau nak cakap tu? Sampai suruh aku tukar baju bagai" tanya Hyuna sambil memeluk bantal.Wajah dingin Yoongi direnungnya.
"Pasal kita.."
"Tahulah pasal kita takkan pasal anak kita kot? Anak pun tak ada.." balas Hyuna selamba sambil mencapai makanan ringan yang beraa diatas meja tepi katil. Yoongi yang duduk di sofa itu hanya mampu melihat Hyuna yang 24jam mahu makan je.
"Aku tak nak ada anak dengan kau..nanti anak aku jadi hyperactive macam kau" kata Yoongi sinis. Tetapi langsung tidak menyakitkan hati Hyuna. Gadis itu lagi suka jikalau lelaki itu tidak mahu anak.Eh-terlari dari topik pulak.
"Kita kahwin paksa..so aku tak nak kau masuk campur urusan aku lepas ni. Aku pun takkan masuk campur urusan kau.After 5 month,kita cerai. Aku takkan sentuh kau dan kau jangan nak goda aku. Deal?"sambung Yoongi dengan tenang.
" Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau. Aku pun tak hingin la"balas Hyuna sambil mengunyah makanannya itu.
"So kau setuju ke tak dengan ranangan aku ni?" tanya Yoongi lagi sekali.
"Ofcourse aku setuju..aku tak hingin hidup lama lama dengan kau." Hyuna mempersetujui rancangan Yoongi tanpa fikir masak masak.
"Good..aku rasa kau masih belajar lagi kan?" tanya Yoongi.Hyuna mengangguk.
"Haah..esok aku ada class petang. So..pagi esok kau hantar aku balik rumah mama" semudah kicap ABC,Hyuna mengarah Yoongi.
"Hish..ye la. Lepas ni kita duduk rumah aku.Pindah ke rumah aku. Senang lepasni" Yoongi malas nak bergaduh malam ini.Jadi..dia hanya mengikuti kata kata Hyuna itu.
"Whatever..aku nak tidur dulu bye! Goodnight semua!!" jerit Hyuna sebelum tubuhnya menghempab katil dan makanan ringan yang tinggal sikit itu dicampak ke tepi.
"Ish..pengotor ah dia ni" kata Yoongi sebelum menyapu sisa makanan yang tumpah di lantai.Sambil itu mulutnya membebel kerana kemalasan dan sifat budak budak Hyuna.
"Lah..aku bebel dia sedap je tidur" Yoongi menjeling Hyuna yang tidur diatas katil.Yoongi melangkah ke sofa.Memang taklah dia nak tidur dengan Hyuna tu.
TBC
ANDA SEDANG MEMBACA
ForGot You •Min Yoongi• _COMPLETED_
De Todo"Kita kahwin paksa..so aku tak nak kau masuk campur urusan aku lepas kahwin ni. Aku pun takkan masuk campur urusan kau. After 5 month,kita cerai. Aku takkan sentuh kau dan kau jangan nak goda aku. Deal?"-MYG " Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan...
