F7

242 26 0
                                    











3 Tahun Kemudian






"Woi ! Dasar kau! Kau ikut perangai sapa eh! Adab mana adab?"

"Dah la..kau ni bebel kalah jiran sebelah tu." Hyuna menutup mulut Soohyun dengan tapak tangannya.Soohyun menepis tangan Hyuna.

"Aku tak boleh blah ah dengan budak tu. Baju tak pakai boleh pergi berjoget depan tv.Nak tunjuk dia punya gajah mini dia tu ke apa? Apa punya perangailah" Soohyun sambung bebel. Hyuna sudah pasrah dengan keadaan.

"Eh-kau bukan ada date ke dengan kesayangan kau tu?" Hyuna menukar topik. Malas mahu mendengar bebelan Soohyun yang kalah mak leha.

"Haahlah! Anak kau punya pasallah ni! Aku lupa kesayangan aku tu.." Soohyun terus berlari kedalam biliknya.

Selepas beberapa minit,Soohyun terus berlalu keluar untuk berjumpa dengan kekasih hatinya.Kini didalam rumah hanya tinggal Hyuna dan anaknya sahaja.

Mereka berpindah ke New Zealand setelah mendapat persetujuan ibu bapa mereka. Kewujudan si kecil itu tiada siapa yang tahu kecuali Soohyun.

Hyuna juga selalu menghalang ibu bapanya jikalau mereka mahu datang menjenguknya. Pelbagai alasan yang akan direka oleh Hyuna dan Soohyun.

Hyuna selalu kata yang dia akan pulang apabila dia sudah bersedia. Bukan bersedia untuk apa..tetapi bersedia untuk memperkenalkan anaknya yang dilahirkan di New Zealand ini.

"Ma-ma.." kelihatan kanak kanak lelaki itu merangkak ke arahnya. Masih belum boleh berjalan. Berdiri bolehlah tetapi berjalan hanya boleh 2 atau 3 tapak sahaja.

"Nae..Hyumin"

Min Hyumin, nama yang diberikan kepada anak lelaki Hyuna yang dilahirkan 2 tahun lepas. Kebanyakkan Hyumin mengikut wajah ayahnya , matanya sahja yang mengikut Hyuna. Iris biru laut.

"Am-ma..ma" Hyuna ketawa sebelum tubuh montel itu didukung.

"Ya sayang.." Hyuna mengusap pipi gebu anaknya itu.

"Am-mu-mump" bahasa yang tidak akan difahami diberikan kepada Hyuna disertakan dengan senyuman.Hyuna hanya tersenyum melihat senyuman anaknya. Dua batang gigi ditunjukkan kepada Hyuna.






"Yow ! Hyung ! Lunch jom !" jeritan itu diakhiri dengan ketukan di atas kepala yang diberi oleh Min Yoongi kita.

"Appo..sakitlah" Taehyung mencebik.Jimin disebelah sudah ketawa.

"Padan muka..lain kali panggil elok elok ni tak jerit macam tarzan lagi"Jimin ketawakan Taehyung habis habisan.

" Asal korang ni? Mana masuk waktu lunch lagi. Jam korang rosak ke?"tanya Yoongi sebelum kembali menyemak documentnya.

"Alaa..kitorang dah buat kerja sampai habis dah. " balas Taehyung. Jimin mengangguk tanda setuju.

"Okay.kalau macam tu..hyung tambah lagi kerja korang nak?" tanya Yoongi. Cepat sahaja Taehyung dan Jimin balas dengan gelengan kepala.

"Apalah hyung ni..Chim tak rajinlah nak siapkan kerja kalau hyung asyik tambah je" rungut Jimin.

"Malas"Yoongi menjeling Jimin

"Nasib hyunglah dapat pekerja malas macam kami ni.." kata Taehyung sambil membuat peace dekat Yoongi.Yoongi hanya tanyang muka menyampah.

"Jomlah hyung..hyung ni makin kurus tahu tak?" pujuk Jimin lagi.

"Lepastu kau nak Yoongi hyung gemuk macam kau?" usik Taehyung. Jimin mencebik sebelum menghentak hentak kakinya.

"Sudahlah..jom kita pergi makan" Yoongi mengalah juga akhirnya kerana malas hendak melihat mereka berdua bergaduh dihadapannya.

Mereka makan di restoran sebelah sahaja. Sebab Yoongi malas nak makan tempat yang jauh. Mareka mengambil tempat duduk masing masing.Setelah pesanan dipesan , Taehyung mula buka mulutnya.

"Hyung..omma kata hyung nak pergi New Zealand lusa ni. Asal hyung nak kesana?" Jimin disebelah Taehyung mula memasang muka ceria.

"Haah..omma pun bagitahu Chim jugak. Asal hyung?" tanya Jimin sambil goyang goyangkan lengan milik Yoongi.

"Kau duduk sebelah aku je waktu !" marah Taehyung manja gitu~

ForGot You •Min Yoongi• _COMPLETED_Where stories live. Discover now